Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Donald Trump Isytihar Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Baru Israel Menggantikan Tel Aviv



WASHINGTON: Presiden Donald Trump akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel hari ini, sekali gus menamatkan dasar berhati-hati Amerika Syarikat dan tidak mengendahkan amaran mengenai kesilapan yang boleh mencetuskan keganasan di Asia Barat.


Pegawai kanan pentadbiran berkata, Trump akan membuat pengumuman bersejarah itu - di tengah amaran sekutu Amerika Syarikat di seluruh rantau itu dan dunia - pada jam 1.00 tengah hari waktu tempatan di Rumah Putih. "Beliau akan berkata kerajaan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.


"Beliau menyifatkan ini sebagai pengiktirafan kepada realiti sejarah dan realiti moden," kata pegawai yang enggan dikenali. Menyemarakkan perbalahan berusia beberapa abad antara Yahudi, Islam dan Kristian, Trump juga akan mengarahkan memulakan perpindahan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.


"Ia akan mengambil masa mencari lokasi, menangani soal keselamatan, mereka kemudahan baru, membiayai kemudahan baru dan membinanya. "Ia mengambil masa beberapa tahun, ia akan mengambil masa," katanya, membayangkan langkah itu tidak akan dilakukan segera.


Dalam siri panggilan telefon penting menjelang pengumuman itu, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan, Kesatuan Eropah, Perancis, Jerman dan Turki memberi amaran kepada Trump mengenai tindakan itu. Pegawai kerajaan AS diarah menjauhi Kota Lama di Baitulmaqdis dan Tebing Barat kerana menjangka bantahan besar-besaran.


Sumber : AFP

Comments :

0 comments to “Donald Trump Isytihar Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Baru Israel Menggantikan Tel Aviv”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.