Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ini Senarai Negara Paling Banyak Berhutang Dalam Dunia


Mempunyai hutang luar negara yang tinggi boleh menyebabkan terjadinya konflik dalam kerajaan selain krisis ekonomi dalam sesebuah negara.


Jika pasaran kewangan menganggap kemampuan sesebuah negara untuk menjelaskan hutang tidak mencukupi atau tidak menentu, pinjaman selanjutnya akan dikenakan faedah yang lebih tinggi atau terus ditolak. Akhirnya, ekonomi negara itu mungkin tercekik dan lemas akibat kekurangan kredit.


Hutang luar negara adalah sebahagian hutang kerajaan yang dipinjam daripada pemiutang dari luar negara. Pemiutang ini termasuklah bank perdagangan swasta, kerajaan lain atau mana-mana institusi kewangan antarabangsa seperti IMF dan Bank Dunia.


Hutang luar negara yang mampan adalah sejenis hutang yang membolehkan negara melaksanakan kewajipannya membayar hutang dalam amaun sebenar tanpa apa-apa tunggakan di samping mengambil kira penjadualan semula bayaran atau pembayaran. Pada masa yang sama, membenarkan pertumbuhan ekonomi dalam negara sewajarnya.


Untuk membantu negara-negara berpendapatan rendah mencapai matlamat ini, IMF dan Bank Dunia telah mewujudkan Rangka Kerja Kelestarian Hutang pada tahun 2005 untuk menilai keadaan secara berkala dan memberi cadangan untuk menangani sebarang risiko.


Penunjuk yang paling biasa digunakan untuk menyatakan dan membandingkan hutang luar negara ialah Hutang Luar Negara Kasar.


IMF, BIS, OECD dan Bank Dunia berkongsi definisi yang sama untuknya iaitu "amaun tertunggak sebenar, semasa, dan bukan kontingen, liabiliti yang memerlukan pembayaran faedah dan/atau prinsipal oleh penghutang bila-bila masa pada masa akan datang dan yang terhutang kepada bukan pemastautin oleh penduduk sesebuah ekonomi."


Jika anda perhatikan, definisi itu merujuk kepada "penduduk" dan bukan kewarganegaraan. Penunjuk itu juga termasuklah kedua-dua pinjaman prinsipal berserta faedah pinjaman. Pinjaman perlu dibayar menggunakan mata wang semasa perjanjian ditandatangani, kebiasaannya dalam mata wang asing.


Sekarang, mari kita lihat 5 negara yang paling banyak mempunyai hutang luar negara pada suku akhir 2016 (USD juta):


Amerika Syarikat 18,325,489

Euro 14,292,310

United Kingdom 7,486,249

Perancis 4,991,533

Jerman 4,891,076


Dan ini pula 5 negara dengan hutang luar negara paling sedikit:


Kyrgyzstan 7,867

Macedonia 7,646

Moldova 6,595

Seychelles 3,103

West Bank & Gaza 1,749


Berapa banyak pula hutang luar negara kita?


Sehingga berakhir 2016, Malaysia mempunyai hutang luar negara sebanyak USD 220.5 bilion bersamaan RM894.3 bilion.


Terkini, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, berakhir suku ketiga 2017 sahaja, negara kita menanggung hutang luar negara kasar sebanyak RM873.8 bilion.


Namun, jangan cepat melatah. Jumlah itu telahpun menurun berbanding RM877.5 bilion pada akhir bulan Jun lalu. Pertumbuhan ekonomi di negara kita juga sedang berkembang dengan baik. Dengan KDNK 6.2% bagi suku ketiga tahun ini, ia merupakan satu pencapaian terbaik perkembangan ekonomi negara sejak tahun 2014. Jadi, tidak akan ada isu negara tergadai kedaulatan atau seumpamanya.


Kita pinjam RM10 duit kawan minggu lepas dah bayar belum?


Sumber - Iluminasi

Comments :

0 comments to “Ini Senarai Negara Paling Banyak Berhutang Dalam Dunia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.