Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Lukisan artis China, Qi Baishi dijual pada harga AS$144 juta


BEIJING - Set lukisan berus dakwat oleh artis China, Qi Baishi berjaya dijual pada harga AS$144 juta (RM588 juta), sekali gus memecahkan rekod bagi semua lukisan China, menurut sebuah firma lelongan di sini hari ini.


Set 12 lukisan yang dilukis pada 1952 dijual menerusi satu acara lelongan malam Ahad lalu, kata firma lelongan Beijing Poly International Auction dalam satu kenyataan.


Pelukis yang hidup dari tahun 1864 hingga 1957 itu menjadi artis seni China pertama mencatat jualan melebihi AS$100 juta (RM408 juta) untuk lukisan, kata firma lelongan itu.


Lukisan Baishi berjudul 'Twelve Landscape Screens' memaparkan kawasan pergunungan, perkampungan dan pokok dalam tona biru lembut, kelabu, coklat serta merah jambu.


Identiti pembeli lukisan itu tidak didedahkan. - AFP


Comments :

0 comments to “Lukisan artis China, Qi Baishi dijual pada harga AS$144 juta”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.