Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Misteri, Lelaki Tiba-Tiba Terbakar Di Tengah Jalan


SEORANG lelaki meninggal dunia dalam keadaan misteri apabila dia tiba-tiba terbakar di tengah jalan di Tottenham, north London pada pukul 1 petang. Orang ramai dan bomba berjaya memadamkan api di badan John Nolan, 70, dan dia kemudian dibawa ke hospital pakar dengan helikopter namun meninggal dunia.


Bedah siasat mendapati terdapat luka kebakaran yang teruk dan inkues mengenai kejadian itu akan diadakan pada bulan Mac depan.


Sementara jabatan bomba pula cuba mencari punca kenapa api tiba-tiba tercetus namun gagal. Kematiannya kini dianggap sebagai sukar dijelaskan.


“Kami ada bercakap dengan saksi yang melihat Nolan terbakar, tetapi kami tidak tahu dari mana punca kebakaran itu. Malah saksi juga memberitahu mereka tidak melihat dia bersentuh atau berbual dengan sesiapa pun ketika kejadian tersebut berlaku,’’ kata jurucakap bomba. – MYNEWSHUB.CC


Comments :

0 comments to “Misteri, Lelaki Tiba-Tiba Terbakar Di Tengah Jalan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.