
Apabila berkunjung ke Johor, nasi beriani pasti antara hidangan wajib malah ia seperti tidak lengkap jika tidak mencuba hidangan ikonik negeri berkenaan. Penulis sendiri terliur pertama kali mencuba nasi beriani di restoran BP Bariani Power di Taman Soga, Batu Pahat, Johor. Tekstur nasi yang lembut dan beraroma serta dihidangkan bersama lauk-pauk yang dimasak bersama rempah ratus membuatkan rasa nasi beriani ini berbeza berbanding restoran lain. Pemiliknya, Siti Khairul Anom Atan, berkata BP Bariani Power mula dibuka pada tahun 1999 secara kecil-kecilan oleh arwah suaminya di kawasan perumahan lama mereka di Taman Soga. Dek sambutan yang...