
Basahkan surat khabar dengan sedikit
air lalu taburkan bedak talkum ke atasnya. Gunakan surat khabar tersebut
dengan mengelapnya pada permukaan cermin yang kotor di rumah anda.
Lakukan langkah sama berulang kali sehingga anda berpuas hati.
Gunakan sehelai kain lembap untuk
mencuci cermin yang berkaitan. Selepas itu taburkan atau lumurkan serbuk
kapur tulis yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan seketika kemudian
bersihkan cermin tadi dengan kain lembap yang telah dibilas dengan air
bersih berulang kali sehingga cermin kelihatan bersih dan berkilat.
Masukkan sedikit cuka ke dalam bekas.
Celupkan kain ke dalam bekas cuka untuk digunakan...