
TAMBANG `cekik darah’ apabila seorang pemandu teksi mengugut penumpang lelaki warga Bangladesh membayar tambang sebanyak RM6,000 bagi perjalanan sejauh kira-kira tujuh kilometer.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang kelmarin, apabila mangsa berusia 41 tahun mahu menggunakan perkhidmatan teksi bagi perjalanan dari Jalan San Peng menuju ke Sunway Putra Mall, di sini.
Menurut sumber polis, mangsa yang bersendirian menahan teksi model Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an untuk ke lokasi berkenaan.
“Ketika dalam perjalanan, mangsa bertanya jumlah tambang perlu dibayar kepada pemandu teksi terbabit selepas mendapati...