Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

WhatsApp, Facebook & Instagram Tergendala

      Seluruh Malaysia dan beberapa buah negara di rantau Asia Tenggara mengalami gangguan untuk menggunakan media sosial Facebook, WhatsApp & Instagram bermula jam 6:30pm tadi.      Hal ini disebabkan sistem tergendala yang menyebabkan 3 media sosial tersebut tidak dapat diakses oleh para pengguna. Namun demikian,  belum ada berita dan makluman rasmi daripada pihak Facebook. KEMAS KINI: WhatsApp, Facebook & Instagram boleh diakses semula sekitar 9pm tadi. ...

[ Berita ] : Sabah Bergegar Lagi

SABAH, 28 MAC : Gempa bumi berskala kecil telah menggegarkan daerah Ranau, Sabah tadi. Gempa bumi yang berukuran 3.0 Skala Richter itu telah mengejutkan penduduk-penduduk Ranau.  Gempa Bumi yang berlaku pada kira-kira jam 1.46 petang tadi paling dirasai oleh penduduk Ranau. Adalah diharapkan semua penduduk Sabah selamat dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.Namun, buat masa ini, tiada amaran Tsunami dikeluarkan. ...

[Minyak Wangi] : Mana Lagi Tahan Lama? 'Eau de Parfum', 'Eau de Toilette' atau 'Eau de Cologne'?

Sebelum pergi sekolah, sembur perfume. Sebelum pergi kerja, sembur perfume. Sebelum pergi dating pun, mesti, wajib, harus dan sunat untuk sembur perfume! Tapi, kalau beli perfume, mesti nak yang tahan lama bukan? Korang beli perfume jenis yang mana satu? Eau de Parfum (EDP), Eau de Toilette (EDT), atau Eau de Cologne (EDC) ? Perfume  Sekarang, agak susah nak cari minyak wangi yang original. Maksud original di sini adalah minyak wangi asli. Minyak wangi original mempunyai tahap kepekatan sebanyak 15% hingga 40%. Biasanya, kalau dah nama pun 'original', harga pun mesti original! Minyak wangi ini harganya sangat mahal dan selalunya...

[Tips] : Cara Ukur Saiz Cincin Di Jari Guna Pembaris

Tidak ramai yang tahu cara untuk mengukur saiz cincin pada jari masing-masing, dan terpaksa pergi ke kedai barangan kemas bagi mengetahui saiz jari sebenar. Terdapat juga golongan jejaka idaman yang ingin menghadiahkan pasangan mereka sebuah cincin sebagai 'surprise', akan tetapi, saiz cincin yang ngam atau bertepatan dengan jari pasangan tidak diketahui. Jangan risau, Malaysia Duniaku datang menyelamat! "Not all heroes wear capes gais!" HOW TO MEASURE ? - UKUR JARI Bahan-bahan: Sediakan kertas, gunting, pembaris dan pen. Arahan: Lilitkan kertas pada jari yang dikehendaki. Setelah selesai menanda, semak ukurannya (dalam milimeter)...

[Terkini] : Filem Upin Ipin Dapat Rating 9.4/10 di IMDb !

Pada 21 Mac 2019, Les 'Copaque Production melancarkan sebuah filem baru bertajuk "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal" (aka Lone Gibbon Kris) dan kami sangat terkejut dengan rating yang telah diberikan di IMDb (Internet Movie Database). IMDb adalah pangkalan data dalam talian yang berkaitan dengan filem, program televisyen, permainan video dan sebagainya. Kebanyakan data dalam IMDb disediakan oleh penyumbang sukarela. Laman ini membolehkan pengguna berdaftar menyerahkan bahan baru dan suntingan kepada penyertaan yang sedia ada. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya mendapat rating 9.4 / 10 yang mengagumkan di IMDb hanya beberapa...

Instagram Story Hacks: 2 "Trick" Yang Kita Tidak Tahu Untuk Android User

Instagram merupakan salah satu aplikasi yang terkenal pada abad ini. Seperti yang kita tahu aplikasi ini sangat terkenal kerana kita boleh kongsikan gambar , video serta melihat berita berita yang berlaku di seluruh dunia termasuk negara kita sendiri. Instagram juga mempunyai beberapa update dan salah satu contohnya adalah "Story".  ia merupakan di antara tempat kita mengkongsikan gambar kita namun kekal selama 24 jam dan kemudian ia terpadam secara sendiri. Namun, adakah anda tahu terdapat beberapa cara atau "Trick" yang kita boleh buat untuk menarikkan lagi Story kita di Instagram?? disini terdapat 2 trick yang anda perlu tahu. 1....

[K-Pop] : Blackpink Lancar Album Baru, Kill This Love, 5 April Ini

Kumpulan gadis K-pop 'BlackPink' amat dikenali menerusi lagu mereka yang bertajuk Ddu-du Ddu-du yang dilancar pada Jun tahun lalu akan mengeluarkan album baru, Kill This Love, minggu depan, kata agensi pengurusannya pada Isnin lalu. Lisa - Jisoo - Jennie - Rose (BlackPink) YG Entertainment, syarikat yang menguruskan kumpulan ini telah mengeluarkan poster teaser di laman web rasminya untuk EP yang akan datang dengan mengumumkan tarikh rasmi album tersebut iaitu pada 5 April 2019. Imej itu menunjukkan ahli Thai band, Lisa, menentang latar belakang merah yang dicetak dengan tajuk album dan tarikh pelancaran dalam teks hitam. YG berkata...

Prototaip Kereta Terbang Akhirnya Dipamerkan

LANGKAWI, 27 MAC : Gembar-Gembur mengenai kereta terbang pertama Malaysia akhirnya terjawab di LIMA 2019. Namun, apa yang dipamerkan adalah mengejutkan. Kereta terbang yang diberi nama "Vector" itu bukanlah berskala besar malah berukuran lebih kurang 1 kaki panjang dan lebarnya. Hal ini turut menimbulkan tanda tanya rakyat, adakah prototaip ini benar-benar mengambil kos RM1 juta seperti yang diumumkan oleh Kerajaan? Selain itu, pencirian atau detail pada prototaip itu juga dilihat meragukan dengan dua figura kelihatan seperti yang dilabel oleh netizen sebagai  "permainan kanak-kanak" dan wujud 4 kipas mini yang mungkin akan membantu...

Kelayakan Piala AFC U23 : Malaysia Tidak Layak Ke Peringkat Seterusnya

Dukacita dimaklumkan bahawa skuad kendalian Ong Kim Swee tidak dapat meneruskan perjuangan di peringkat seterusnya. Hal ini adalah disebabkan daripada mata yang lebih tinggi dikumpul oleh Pasukan lain dalam kumpulan lain berbanding Malaysia. Selain itu, beza jaringan juga menjadi faktor terhadap perkara ini. Namun, Pujian dan kredit harus diberikan kepada corak permainan Malaysia yang dilihat semakin matang dari semasa ke semasa. Harap perkara ini akan terus berterusan. Terima kasih Harimau Muda kerana menyatukan suara penyokong saentaro Malaysia.  Terus membaham Harimau Muda, jangan ada hasrat untuk mengalah! Kita tidak gagal bila...

Indonesia Tuntut Popia Depan Kedutaan Malaysia

Baru-baru ini, sebuah perhimpunan telah diadakan oleh Indonesia untuk menuntut Kuih Popia sebagai warisan dan tradisi mereka. Namun, sudah menjadi kebiasaan untuk segelintir warga Indonesia terus menuntut apa sahaja agar menjadi budaya dan warisan mereka.  Perhimpunan yang diadakan oleh Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia itu menuntut agar Popia atau juga dikenali sebagai Lunpia adalah berasal daripada Negara Garuda itu. Himpunan yang diberi nama Save Lunpia itu dihadiri oleh puluhan orang peserta. Menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, langkah ini diambil untuk menegaskan popiah sebagai warisan budaya nasional...

Kelayakan AFC U23 2019 : Malaysia Ikat China

SHAH ALAM : Malaysia mengikat China dengan keputusan seri 2-2 di stadium Shah Alam tadi selepas  perlawanan yang sengit antara kedua-dua pasukan. Pasukan China yang sebelum ini "makan besar" dikejutkan dengan gol pembukaan seawal minit ke 14' perlawanan hasil hantaran padu Syahmi Safari yang mengenai kaki pemain China, Zhu Chenjie yang kemudiannya termasuk ke gawang sendiri. Selang 4 minit kemudian, pasukan China pula menerjah gawang Malaysia dengan tandukan pemain berjersi nombor 9, Zhang Yuning. Tamat separuh masa pertama, pada minit ke-54 Malaysia kemudiannya menjaringkan gol pendahuluan dengan tindakan bijak diambil oleh Danial...

[Terkini] : Gaza diserang lagi dan Hak Pemilikan Bukit Golan

Serangan roket Rejim Zionis ke atas Gaza DALAM tempoh 24 jam sahaja, ada dua tragedi besar yang menimpa umat Islam: pertama ialah kepungan dan pengeboman besar-besaran Zionis Israel di Gaza bertujuan membunuh seluruh pemimpin Hamas Palestin secara total. Tragedi kedua ialah pengiktirafan Amerika bahawa Bukit Golan yang dijajah Zionis dari Syria kini milik Israel. 2. Tarikh 25 Mac 2019 menjadi saksi betapa bumi Gaza kembali dihujani bom Israel – serentak dengan keangkuhan Presiden Amerika Donald Trump menandatangani pengisytiharan Bukit Golan sebagai milik negara haram Zionis itu. Majlis menandatangani pengiktirafan haram ini tentulah...

Kelayakan Piala AFC U23 : Harimau Muda Atasi Laos

SHAH ALAM : Harimau Muda di bawah kendalian Ong Kim Swee berjaya mengatasi Laos dengan perlawanan yang berakhir tepat pada jam 10.35 malam tadi. Gol sulung perlawanan dijaringkan oleh Safawi Rashid di minit-minit akhir perlawanan. Sepakan percuma yang melencong cantik, terkena tiang dan terpantul oleh Penjaga Gol Laos telah berjaya memasuki gawang Pasukan Laos. Namun, permainan Harimau Muda pada malam ini dilihat sedikit kelam-kabut dengan banyak hantaran-hantaran tidak tepat kepada sasaran walaupun banyak peluang dihasilkan oleh pasukan Malaysia yang hampir-hampir mencatat jaringan. Harimau Muda akan menentang pasukan China selepas ini...

Airmarine Cup 2019 : Malaysia ke-3

BUKIT JALIL : Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akhirnya menunjukkan kebolehan yang sebenar apabila berjaya menundukkan Afghanistan dengan keputusan 2-1 petang tadi. Hal ini sekaligus menjadikan Malaysia pemenang tempat ke-3 bagi edisi ini. Skuad yang sama sebelum ini dilihat longlai dan hilang taringnya apabila ditundukkan oleh Singapura akibat kelalaian barisan pertahanan mengawal pemain muda lincah Singapura, Faris Ramli. Namun, pada perlawanan petang tadi, ternyata Skuad Malaysia lebih fokus dan kreatif mencipta peluang jaringan. Hal ini dibuktikan dengan statistik menunjukkan 13 percubaan dihasilkan dan 7 daripadanya adalah...

Kelayakan Piala AFC U23 : Harimau Malaya baham Filipina

SHAH ALAM : Skuad kendalian Ong Kim Swee yang diperkuat dengan gabungan bekas pemain daripada Piala AFF Suzuki, telah berjaya mengalahkan Pasukan Filipina di tempat sendiri. Harimau Malaya berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 0 dan 2 daripada gol tersebut dijaringkan oleh pemain dengan tag '12 juta' , Akhyar Rashid. Manakala, satu gol lagi dijaringkan oleh pemain gantian lincah, Faisal Halim atau gelarannya Mickey. Gawang Filipina dirobek seawal minit ke-3 dengan sepakan deras daripada Akhyar Rashid hasil hantaran daripada Syahmi Safari. Kemudiannya , selepas asakan demi asakan, pada minit ke-30, Akhyar dengan bergaya menjaringkan...

Serangan di New Zealand, Mufti Gesa PUBG Diharamkan, Syed Saddiq Kata Tiada Kaitan

Jumaat lalu, dunia dikejutkan dengan insiden berdarah di masjid Christchurch, New Zealand berikutan serangan terhadap sebuah masjid yang mengakibatkan berpuluh-puluh Muslim meninggal dunia dan tercedera. Suspek utama (Brenton Tarrant) yang kini telah ditahan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia telah membuat live (liputan secara langsung) di Facebook miliknya ketika dia melakukan serangan. Menerusi video itu, rakaman disiarkan melalui kamera badan daripada perspektif point-of-view dan digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan PlayerUnknown's Battleground (PUBG). Haramkan PUBG : Mufti Susulan daripada serangan tersebut,...

5 Telefon Pintar harga bawah RM1000!

...

KEK BATIK MUDAH CIK PUAN SEDAPP !

                                      bahan-bahan  - Milo ( pek kecil 200g) - buttercup ( saya x pakai semua , pakai separuh ja) - 1 tin susu pekat - serbuk koko - coklat cadbury - biskut mariee cara membuat:- - cairkan buttercup tadi ( separuh pun boleh) - masukkan susu pekat sikit demi sikit ( jangan masukkan 1 tin susu  nanti manis habis kencing manis ahahaha ) - tuangkan Milo tersebut perlahan2 (takut nanti susah nak gaul) - kemudian , gaulkan hingga sebati. - masukkan 2 atau 3 baris coklat cadbury ke dalam adunan tersebut dan...

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.