Tag line 'Malu Apa Bossku‘ yang dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak menjadi semakin hangat apabila seorang budak lelaki ditahan oleh polis kerana menggunakan tagline ‘Bossku’ sebagai nombor plat.
Viral di media sosial sebuah video berdurasi 1:16 saat yang di muat naik melalui Facebook JB Traffic Report, yang menunjukkan seorang budak lelaki kelihatan sedang menangis apabila polis menahan dirinya dan diminta untuk membuang sticker no plat 'Bossku'. Budak lelaki itu juga meraung apabila abang-abang polis itu menyakatnya.
Pihak polis menyoal budak tersebut berkaitan plat nombor yang digunakan serta ingin mengeluarkan...