Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Negara terkecil di dunia

Tahukah anda, terdapat sebuah negara dengan 27 orang populasi bernama Sealand?

Dilihat sekilas, ia tak ubah seperti sebuah pelantar minyak.

Sealand berada sekitar 10 km dari pesisir pantai Britain. Awalnya ia merupakan benteng pertahanan pada Zaman Perang Dunia II pada tahun 1967. Paddy Roy Bates (Knock John) menghuni tempat ini dengan menjalankan stesen radio mereka.

Dia dan keluarganya kemudian menyatakan Sealand sebagai sebuah negara, sehingga menerbitkan pasport sendiri.

Negara ini juga mempunyai matawang sendiri iaitu Dollar Sealand dan turut memiliki sebuah pasukan bola sepak iaitu Sealand All Star.

Pendapatan rakyat negara ini adalah menerusi penjualan cenderamata melalui internet.

Sumber

Penguins of Madagascar: Kembali lagi


Siapa yang takkan jatuh hati dengan kecomelan penguin? Seperti yang kerap kali diungkapkan dalam filem ini, "cute and cuddly, boys. Cute and cuddly".

Penguins of Madagascar dimulakan dengan pengkisahan bagaimana empat penguin comel ala detektif ini bermula, seperti mana yang kita ketahui dan kenali dalam trilogi Madagascar sebelum ini. Kerana karakter mereka sebagai detektif kecil dan comel, plot filem ini juga ringkas; Skipper, Kowalski, Rico dan Private bergabung untuk menghalang bekas rakan se'zoo' mereka, Dave the Octopus aka Dr.Octavius Brine dari menjadikan penguin seluruh dunia sebagai sasaran balas dendamnya.

Dave bolehlah dikatakan sebagai penjahat yang punya sisi yang 'adorable', apatah lagi dengan dialog selamba yang mengaitkan selebriti ternama seperti “Nicolas cage them!” atau “Elijah wood (would) you please take them away?”

Perancangan penguin-penguin untuk menghalang Dave terganggu dengan kehadiran kumpulan penyiasat North Wind, diketuai seekor serigala sombong namun punya kelebihan dari segi pengalaman dan gajet yang canggih.

Cabaran sebenar kumpulan penguin yang diketuai Skipper ini adalah bagaimana mahu bertoleransi, terutama sekali selepas Private turut diculik oleh Dave.

Agak terganggu juga apabila satu-satunya karakter perempuan dalam animasi ini, Eva si burung hantu, yang tugasnya hanya tampil seksi dan menggoda serta tidak punya banyak sumbangan. Feminism much?

Apa pun, secara keseluruhannya, filem ini menghiburkan dan sangat sesuai ditonton bersama keluarga. Lebih hebat jika ditonton dalam versi 3D!

Rating: 8/10

Sumber

5 Pulau tercantik di dunia

Keindahan dunia seakan tidak ada kehabisan, hampir semua negara mempunyai tempat yang menakjubkan. Kebanyakkan pelancong suka berlancong ke pulau- pulau yang cantik. Memang lah, keindahan pulau memberi ketenangan yang cukup memadai.

Apakah pulau kegemaran anda? Kami telah memilih 5 pulau tercantik di dunia.
 
Pulau Santorini 
 
Santorini merupakan pulau yang terletak di Greece dan sering digelar sebagai pulau tercantik di dunia. Keistimewaan pulau ini adalah warna lautnya bagai permata dan keindahan alam di sekeliling yang menakjubkan! Festival tahunan Whale Shark merupakan tarikan utama pulau ini. Semasa festival ini, pengunjung berpeluang untuk berenang bersama beratus-ratus ekor ikan jerung! 
 
Pulau Moorea
 
 
Moorea merupakan sebuah pulau yang terletak di Polinesia, Perancis. Keindahan semula jadinya menjadi daya tarikan pelancong. Tempat ini menjadi pilihan popular bagi pasangan untuk berbulan madu.

Pulau Koh Tao

 
Koh Tao merupakan pulau yang paling popular di Thailand. Pulau ini bagaikan syurga untuk aktiviti selam scuba. Bukan itu sahaja, snorkeling dan mendaki gunung juga antara aktiviti yang paling popular di pulau ini.

Pulau Bora-Bora

 
Bora – bora!! Pulau Bora-Bora terletak di Lautan Pasifik, kepulauan Polinesia, Perancis. Perkataan Bora-Bora berasal dari bahasa Haiti “pora-pora” yang bermaksud “anak pertama”. Pulau ini terletak 230 kilometer di barat laut Papetee dan dikelilingi terumbu karang yang cantik.  

Pulau La Digue

 
Pulau La Digue merupakan pulau keempat terbesar di Seychelles. Keistimewaan pulau ini adalah keindahan kawasan gunung dan payanya di sekelilingnya.

  
  
  
 

5 hotel unik di Malaysia sesuai penginapan anda

Merancang mahu bercuti, tetapi mahukan kelainan tanpa mengeluarkan banyak wang? Tak perlu pergi jauh kerana di Malaysia, anda boleh bercuti dan memilih untuk menginap di hotel-hotel unik ini. Lebih menarik, harganya juga berpatutan!


Time Capsule Retreat (Sg.Lembing, Pahang)


Time Capsule Retreat ialah hotel mini dengan 8 buah bilik hotel yang dibina di dalam kolong konkrit. Setiap bilik dilengkapi sistem penghawa dingin bagi memastikan keselesaan anda. Tandas dan bilik mandi dikongsi bersama dan kos penginapan bermula dari RM 99 semalam.

Bustel (Pantai Klebang, Melaka)
Hasil kreativiti pemilik mewujudkan hotel daripada bas-bas terpakai di negeri Melaka. Bas sudah diubahsuai dengan cantik. Ada katil dan bilik air sama seperti hotel biasa. Bezanya, ianya adalah bas sebenar! Kemudahan bilik air juga dibuat daripada bas terpakai. Kos sekali masuk ialah 30 sen seorang. Harga bilik bermula daripada RM80 semalam.



Tubotel (Langkawi)

Nak rasa pengalaman tidur dalam kolong konkrit? Bolehlah mencuba Tubotel yang terletak di Pantai Chenang ini. Harga bermula dari RM100 tidak termasuk sarapan.

Hotel Kapal Selam (Pantai Klebang)
Juga di Melaka, ia juga sebenarnya sebuah muzium. Pakej bermalam turut disertakan dengan kadar harga RM150 seorang.

Hotel Pelantar Minyak (Sipadan)

Seaventures Dive Resort ialah hotel pertama yang dibina di atas sebuah pelantar minyak yang diubah suai. Ia terletak di perairan kepulauan Sipadan dan juga merangkap sebagai platform untuk peminat aktiviti skuba. Harga bermula dari RM118 semalam.


Sumber











Jual karipap berinti manusia

BRAZIL, (MLP) – Tiga orang dihadapkan ke mahkamah Garanhuns minggu ini di atas kesalahan membunuh dua wanita dan cubaan melenyapkan bukti.

Menurut pendakwa raya, ketiga mereka cuba melenyapkan bukti dengan menggunakan daging mangsa sebagai inti makanan yang dimasak menjadi empanadas (karipap) lalu dijual kepada jiran tetanga.

Jorge Beltrao Negromonte da Silveira berjaya memujuk isteri serta perempuan simpanannya untuk membantu melaksanakan pembunuhan itu.

Menurut Jorge, ketiga-tiga mereka adalah pengikut kultus yang mengimpikan ‘penyucian’ dunia dan mengamalkan kanibalisme.

Kegiatan keji tersebut berjaya dikesan polis apabila kad kredit salah seorang mangsa yang telah ditanda diguna oleh para suspek.

Saki baki mayat kedua-dua mangsa ditanam di halaman rumah. Pihak berkuasa turut menemui sebuah buku berjudul Revelations of A Schizophrenic yang ditulis Jorge di kediamannya. Lelaki berusia 51 tahun itu menceritakan perihal keinginan diri yang dambakan pembunuhan.

Hasil soal siasat mengesahkan Jorge dan isterinya, Isabel Cristina Pires, 50, telah memperdaya kedua-dua mangsa dengan mengatakan bahawa mereka sedang mencari pengasuh anak.

Jorge dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun, manakala Isabel dan Bruna Cristina Oliveira da Silva, 25, masing-masing menerima hukuman penjara 20 tahun.


Sumber

Tiga tahun jual daging babi kepada muslim

SWITZERLAND, (MLP) – Seorang penjual daging ‘halal’ dihadapkan ke mahkamah awal minggu lepas kerana menjual daging babi kepada pelanggan beragama Islam.

Pengusaha daging berbangsa Swiss itu dilaporkan telah menjual sebanyak 3.1 tan daging khinzir sepanjang tiga tahun.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati lelaki tersebut telah menipu pelanggan dengan menyatakan daging terlarang tersebut sebagai daging anak lembu.

“Jika para pelanggan mengetahui bahawa ia merupakan daging babi, mereka tidak akan membelinya kerana Islam melarang penganutnya dari makan daging berkenaan,” jelas pendakwaraya.

Pengusaha bahan mentah itu didakwa atas kesalahan penipuan dan salah nyataan, dan kini berdepan penjara selama enam bulan serta denda sebanyak 18,000 Swiss franc (RM63,000).

Kredit gambar: 5pillarz
Sumber

10 Kasut Gaya Terbaru Yang Boleh Anda Pakai

Sekiranya anda bosan dengan stail kasut yang anda pakai. Anda rasakan kasut anda fesyen lama? Apakata anda lihat kasut-kasut di bawah ini. Mungkin ada yang berkenan dihati anda untuk dicuba pada tahun baharu nanti.

Kasut 1


Kasut 2

Kasut 3

Kasut 4

Kasut 5

Kasut 6

Kasut 7

Kasut 8

Kasut 9

Kasut 10



10 Rumah Menarik Untuk Dilihat

Jika anda dalam perancangan ingin membina rumah pada masa ini, mungkin bentuk-bentuk rumah di bawah boleh memberi inspirasi kepada anda. Pilih rekabentuk yang menarik dan binalah rumahku syurgaku anda.

Rumah 1


Rumah 2

Rumah 3

Rumah 4

Rumah 5

Rumah 6

Rumah 7

Rumah 8

Rumah 9


Rumah 10

Gaun karakter "Frozen" laris dijual

Apabila filem animasi Disney arahan Chris Buck dan Jennifer Lee, "Frozen" ditayangkan pada 2013, ia telah mencetuskan fenomena luar biasa.

Malah dua karakter utama dalam filem tersebut iaitu Elsa dan Anna turut menjadi perhatian. Maka tidak hairanlah apabila segala produk yang menampilkan dua karakter ini laris dijual, termasuklah gaun lakon peranan (role play) untuk kanak-kanak.

Menurut laporan ABC News, Disney Consumer Products (DCP) di bawah The Walt Disney Company mengumumkan, lebih 3 juta pasang gaun karakter Elsa dan Anna telah terjual di kedai Disney dan juga rangkaian pasaran di Amerika Utara sahaja kurang dari tempoh setahun. Malah gaun-gaun berkenaan masih lagi laris dijual sehingga kini.

Semenjak "Frozen" ditayangkan, Disney Publishing Worldwide telah menyiarkan lebih 800 tajuk cetakan secara global dan lebih 35 e-buku di Amerika Syarikat.

Malah lagu runut "Let It Go" telah dimainkan lebih 3.2 juta kali menerusi aplikasi Disney Karaoke: Frozen semenjak ia dilancarkan pada Mei 2014.

Tarikan taman tema "Frozen" juga akan dibuka di Epcot pada tahun 2016.

Sumber

Pelihara maruah kerana istimewanya

ISLAM mengembalikan kemuliaan wanita yang pada mulanya dianggap rendah tarafnya oleh masyarakat Arab jahiliah. ALLAH SWT memuliakan manusia terutama mereka yang beriman yang terdiri daripada lelaki dan wanita.

Justeru dengan kemuliaan inilah manusia diberikan amanah ke atas setiap diri individu untuk menjaganya agar tidak tercemar.

Berbicara mengenai wanita, pastinya kurang lengkap jika tidak menyentuh perihal aurat. Sesetengah wanita memandang enteng mengenai aurat sehingga ada dalam kalangan mereka 'menutup tetapi terbuka'.

Ada juga apabila diajak menutup aurat dijawabnya diri belum bersedia untuk bertudung sepenuhnya. Adakah itu jawapan atau sekadar alasan?

Ulama bersepakat menyatakan aurat berasal daripada kalimah ’Arun, bermakna celaka. Ini kerana sering kali pendedahan aurat membawa kepada kecelakaan dan kerosakan. Perkataan Iryan juga membawa makna aib dan memalukan.

Orang yang mendedahkan aurat adalah berkelakuan tidak sopan dan sangat buruk. Aurun pula membawa makna sesuatu yang menjijikkan. Kerana inilah juga lelaki diwajibkan menundukkan pandangan daripada melihat aurat wanita yang dianggap jijik, dan ia termasuk dalam perkara dosa. Dosa boleh diistilahkan sebagai sesuatu yang menjijikkan jika diperlakukan.


Harga diri

Maruah adalah lambang ketinggian nilai seseorang manusia. Andainya maruah seseorang itu tercemar, nilai dan harga diri seseorang itu sudah tidak ada lagi.

Hakikat semula jadi manusia mempunyai perasaan malu jika bahagian tertentu daripada badan dipertontonkan kepada khalayak ramai. Mendedahkan aurat sama seperti tidak berpakaian. gejala rogol, gangguan seksual, pencabulan kehormatan dan lain-lain banyak berpunca daripada cara berpakaian yang tidak menutup aurat.

Maka hukum yang menjadi peraturan dan panduan dalam Islam semuanya adalah untuk menjaga dan menjamin maruah wanita terutamanya daripada gejala yang tidak sihat berlaku.

ALLAH menciptakan wanita dengan pelbagai keistimewaan diri, seperti kecantikan rupa paras dan fizikal, lemah-lembut, kehalusan kulit dan lain-lain berbeza dengan kaum lelaki. Sehubungan dengan itu, salah satu syariat-Nya ialah mewajibkan wanita menutup aurat.  Tujuannya adalah untuk memuliakan dan menghormati nilai diri setiap Muslimah.

Pendedahan aurat adalah sangat hodoh dan buruk  di sisi syariat. Mendedahkan aurat kepada orang yang bukan mahram secara tidak langsung mencacatkan sifat dan darjat kemanusiaan yang mulia, menunjukkan akhlak yang rendah dan merosakkan masyarakat.

Wanita yang sengaja mendedahkan aurat adalah golongan yang dianggap tidak amanah terhadap diri sendiri yang diperintah ALLAH agar menutupnya dengan rapi dan sempurna.

Dia berfirman: "Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka," (Surah Al-Nur: 31)

Nabi SAW menyifatkan malu adalah sebahagian daripada iman. Menutup aurat dengan berpakaian yang sempurna dan timbulnya rasa malu dalam diri adalah suatu fitrah naluri keinsafan yang hanya terbit daripada jiwa manusia yang beriman. Antara tanda pergi dan hilangnya iman ialah hilangnya perasaan malu.

Nabi SAW bersabda: "Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."

Dr Mohd Afandi Mat Rani
(Beliau adalah Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam)


Sumber

Jadi superhero selamatkan kakak

PENGORBANAN seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Australia telah menyelamatkan nyawa kakaknya yang menderita leukemia limfoblastik akut.

Ibu mereka, Michelle Abbott dari Gold Coast, Queensland, memberitahu dia dan suaminya berasa sangat gembira selepas mendapati sumsum tulang Lachy sesuai dan sepadan dengan kakaknya, Amelia, 5.

Budak tersebut telah didiagnosis menghidapi penyakit itu pada tahap rendah, namun ia menjadi lebih serius dalam tempoh tiga bulan selepas Amelia menjalani rawatan kemoterapi, Disember lalu.

"Peluang untuk dia sembuh hanya 40 peratus dan kami turut menjalani ujian untuk melihat kesesuaian sumsum tulang dengan Amelia. Keputusan ujian tersebut menunjukkan hanya Lachy yang dapat mendermakan bahagian itu kepada kakaknya," kata Michelle.

Pada Julai lalu, proses pemindahan sumsum tulang telah dilakukan ke atas Amelia dan prosedur itu berjaya dilaksanakan.

Kedua-dua adik beradik itu akhirnya bertemu semula buat pertama kali kira-kira lima minggu kemudian.

"Mereka saling berpelukan untuk melepaskan rindu masing-masing. Amelia turut menggelar adiknya sebagai superhero kerana telah menyelamatkan nyawanya. Ikatan mereka menjadi lebih kuat sejak insiden itu," menurut Michelle lagi kepada DailyMail.

Sumber

Filem baharu Tom Cruise

SATU lagi filem aksi daripada pelakon popular, Tom Cruise selepas membintangi blokbuster iaitu Oblivion dan Mission Imposibble 5.

'Edge Of Tomorrow' mengisahkan Leftanan Kol.

Pengarahnya, Doug Liman berkata filem ini menampilkan bangsa manusia terpaksa berlawan dan mati berulang-ulang kali dalam kehidupan realiti dan fantasi.

"Awalnya Cage merupakan pegawai yang tidak pernah menerima latihan ketenteraan terjerumus dalam misi bahaya.

"Terperangkap dalam relung masa, dari masa ke semasa skil dan kemahiran menghadapi musuh semakin meningkat," katanya.

Dalam masa yang sama, Rita Vrataski berjaya membuatkan Cage pandai mengeksploitasi terhadap pertukaran fantasi dan realiti.

William 'Bill' Cage (Tom Cruise) dan Angkatan Tentera Khas Rita Vrataski (Emily Blunt) diarahkan untuk bekerjasama dalam misi menentang bangsa alien yang dikenali sebagai Mimics.




JUDUL : Edge Of Tomorrow
THRILLER : Video Edge Of Tomorrow
DURASI : 113 minit
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Pengarah: Doug Liman
Pelakon: Tom Cruise, Emily Blunt, Marianne Jean-Baptiste, Bill Paxton

Solat merata tempat

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR- “Saya solat di merata-rata tempat tidak kira di mana jua saya berada,” kata Anita Shiar, 27 tahun.

Wanita warga Indonesia itu ditemui orang awam ketika sedang membaca al-Quran di jejambat berdekatan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam.
Menurutnya, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.

“Pemeriksaan kami mendapati beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen,” katanya.

Kata Zainuddin, mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.

Menurutnya, wanita itu mendakwa dirinya sebelum ini seorang yang tidak baik dan pada suatu hari dia bermimpi sesuatu yang buruk.

“Selepas mendapat mimpi tersebut, dia mula insaf dan mula bersolat di mana-mana,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan hospital mengenai keadaan wanita berkenaan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/solat-merata-tempat-1.281248

Sebak lihat kebesaran ALLAH

ALOR SETAR - Seorang mangsa kebakaran sebak menyaksikan tanda kebesaran ALLAH apabila sejadah yang dihampar untuk menunaikan solat Maghrib masih dalam keadaan elok walaupun rumahnya musnah di Kampung Pondok Chegar, Jalan Pantai Johor, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan kejadian yang membabitkan empat rumah berjiran itu berlaku kira-kira jam 7.15 malam, ketika mangsa Nor Hakimah Abdul Talib, 48, sedang mengambil wuduk di rumahnya.

“Semasa berwuduk saya mendengar bunyi bising orang ramai menjerit di luar rumah. Bimbang berlaku sesuatu saya segera menjenguk menerusi tingkap di ruang tamu namun terkejut melihat api sedang marak menjulang tinggi di rumah jiran.

“Dalam keadaan kelam kabut saya segera capai tuala untuk tutup kepala dan api juga sudah mula merebak ke arah tingkat atas rumah,” katanya kepada media, ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Hampar sejadah sebelum wuduk

Menurut Nor Hakimah, memang sudah menjadi rutin baginya menghampar sejadah di ruang solat berhampiran dapur sebelum mengambil wuduk.

“Memang sebak sangat melihat keadaan sejadah masih terletak elok di tempatnya bukti kekuasaan Allah sedangkan hampir keseluruhan bahagian rumah terbakar, hanya kawasan berhampiran dapur sahaja yang terselamat.

“Bingkai-bingkai tertulis kalimah suci al-Quran di sudut pintu masuk ke dapur serta beberapa naskah al-Quran yang diletakkan di atas rak juga langsung tidak terusik,” katanya.

Dia berkata, tindakan pantas dua orang anaknya iaitu Zulfekar Ahmad Shaalani, 18, dan Mohamad Iqbal Ahmad Shaalani, 15, turut menyelamatkan dua ahli keluarga mereka yang kurang sihat.

“Salah seorang anak perempuan saya terlantar demam sejak sebulan lalu berehat di atas katil berdekatan ruang tamu, manakala adik kedua iaitu Mazri, 46, yang mengalami masalah mental tidur di tingkat atas.

“Zulfekar pada awalnya membantu jiran memadam kebakaran namun apabila menyedari keadaan semakin tidak terkawal dia segera berpatah balik dan segera masuk ke dalam rumah memangku keluar kakaknya untuk dihantar ke rumah jiran berdekatan,” katanya.

Menurutnya, sementara Iqbal pula terpaksa menendang pintu di bahagian luar tingkat atas rumah untuk menarik keluar bapa saudaranya kerana tangga dalam rumah sudah hangus dalam kebakaran.

Solat Maghrib tertangguh, terkejut dengar kebakaran.

Suaminya, Marzuki Ahmad, 70, berkata, kejadian berlaku waktu dia sedang bersiap-siap mahu menunaikan solat Maghrib di surau bersebelahan dengan rumahnya.

“Saya terkejut dengar Iqbal menjerit rumah jiran terbakar sebelum bergegas turun. Sewaktu sampai depan rumah api sedang marak merebak ke rumah jiran dan saya bertindak segera menghubungi bomba serta memanggil beberapa jiran terdekat untuk membantu memadam kebakaran.

“Tidak sampai beberapa minit api turut merebak ke arah rumah kami. kerugian yang dialami mencecah hampir RM100,000 membabitkan rumah serta peralatan rumah,” katanya.

Sedar rumah terbakar, waktu mahu mengambil kunci kereta

Seorang lagi mangsa, Fitriah Arifin, 30, berkata, nasib baik sewaktu sedang membasuh pinggan, dia tergerak hati mahu naik ke tingkat atas mengambil kunci kereta.

“Belum sempat melangkah ke anak tangga kedua saya nampak api marak di bahagian atas rumah sebelum bergegas turun sambil menjerit meminta anak-anak, suami serta ayah berlari ke luar.

“Memang tidak sempat capai apa-apa barang pun kerana panik serta mendukung anak bongsu sebelum keluar daripada rumah menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, kebiasaannya anak-anak sudah tidur namun mujurlah ketika kejadian mereka sedang menonton televisyen bersama bapa di ruang tamu dan sempat menyelamatkan diri.

“Walaupun agak sedih dengan kejadian berlaku kerana ini merupakan rumah pusaka peninggalan datuk namun saya reda dengan apa yang berlaku. Kerugian dianggarkan bernilai lebih RM10,000.

“Ini adalah kejadian pertama yang berlaku sejak saya tinggal di sini. Buat sementara waktu kami sekeluarga menumpang di rumah saudara,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Jabatan Bomba Kedah, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.47 malam dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Ahmad Naufal berkata, operasi memadamkan kebakaran melibatkan empat unit jentera bomba dan dibantu tujuh jentera bomba sukarela.

“Sepanjang operasi memadamkan kebakaran kita tidak menghadapi sebarang masalah dan mendapat bekalan air daripada sungai berhampiran tetapi api merebak terlalu cepat kerana kedudukan rumah terlalu dekat.

“Api berjaya dikawal pada pukul 8.04 malam dan kita masih menyiasat kerugian dan punca kebakaran,” katanya.

Sumber 

Water pump boleh membunuh

WATER pump atau pam air enjin pada kenderaan adalah komponen penting dan perlu diberi perhatian.
Ia bertindak sebagai pengalir kitaran air ke dalam enjin untuk sistem penyejukan dan suhu ini akan disukat melalui kepanasan air oleh pengesan tolok suhu yang terletak di bahagian intake manifold.

Tolok akan memberi isyarat untuk mengaktifkan kipas pada radiator apabila suhu air mencapai tahap kepanasan.
Jika terdapat kebocoran, pam air akan pengepam keluar semua air dalam enjin. jika ini berlaku, tolok suhu enjin pada bahagian meter kenderaan tidak akan menunjukkan sebarang perubahan kerana gagal mengesan tahap kepanasan enjin disebabkan ketiadaan air di dalam enjin.

Ini amat merbahaya kerana pemandu tidak menyedari kebocoran pam ketika memandu. Sebarang perubahan yang berlaku adalah seperti enjin akan menghasilkan bunyi lebih kasar diikuti dengan prestasi enjin menurun dengan ketara misalnya menjadi berat ketika memandu.

Jika pemanduan diteruskan, kepanasan yang melampau akan terbentuk dan bagi sesetengah kenderaan, situasi ini menyebabkan minyak enjin terbakar dan menjadi kering seperti tar.

Pada sesetengah kenderaan pula, minyak enjin akan menyembur keluar atau mengalir ke lubang air melalui retakan dalaman enjin atau gasket yang terbakar akibat kepanasan melampau.


TIP PENJAGAAN :

Pastikan air radiator selalu diperiksa sebelum melakukan perjalanan. Jika sudah berkarat, hantar ke bengkel yang bertauliah untuk diselenggara dan membersihkan tangki radiator.

Jika menggunakan coolant, perubahan warna cecair itu perlu diberi perhatian serius. Gantikan cecair ini pada setiap 20,000 km perjalanan atau enam bulan sekali.

Ganti water pump pada setiap kali penggantian timing belt bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


Sumber: http://mytipsbox.wordpress.com/

Indoensia Sekat Vimeo

JAKARTA - INDONESIA. Indonesia, semalam mengenakan larangan ke atas laman perkongsian video terkenal Vimeo kerana didakwa mengandungi kandungan berunsur lucah, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.

Pengumuman sekatan laman yang berpangkalan di Amerika Syarikat terbabit dibuat Kementerian Komunikasi selepas penemuan beberapa laman seperti Art of Nakedness dan Nudie Cutie yang memaparkan imej wanita bogel.

"Tindakan itu dibuat selepas kami menerima aduan mengenai laman web itu,"menurut kementerian itu.

Menurut laporan AFP, sebelum ini, Menteri Komunikasi Tifatul Sembiring melancarkan kempen membantah bahan haram di internet dan kini Vimeo tersenarai sebagai satu daripada 119 laman web lucah.

Sumber

Maklumat di hujung jari Page

USAHAWAN dan saintis komputer Amerika Syarikat ini merupakan pengasas Google. Beliau mula menunjukkan minat dengan bidang teknologi, perniagaan dan inovasi seawal usia kanak-kanak.

Page bertemu dengan Sergey Brin yang banyak membantunya untuk mencipta laman Google ketika melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer di Universiti Stanford. Pada 1998, Page dan Brin melancarkan syarikat Google untuk menyaingi Yahoo yang diasaskan pada 1994.

Sejak ia dilancarkan kira-kira 16 tahun lalu, Google menjadi enjin pencari paling terkenal dengan purata enam bilion pengguna.


Kehidupan Awal

Page dilahirkan pada 26 Mac 1973 di East Lansing, Michigan. Bapanya, Carl Page merupakan perintis dalam bidang sains dan kecerdasan buatan manakala ibunya, Gloria adalah profesor sains komputer di Universiti Michigan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Okemos Monterssori School di Okemos pada 1975 hingga 1979 sebelum menamatkan pengajian sekolah menengah di East Lansing High School pada 1991.

Page berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Komputer di Universiti Michigan dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Sains Komputer dari Universiti Stanford.

Ketika di peringkat pra-siswazah, beliau pernah mencipta pencetak jet dakwat diperbuat daripada bongkah Lego.  Beliau juga merupakan anggota kumpulan kereta solar terkemuka Maize & Blue pada 1993.

Ketika menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PHD), Page mula meneroka sistem jaringan sejagat dan memahami struktur pautan itu sebagai graf besar.


Terjun ke dunia perniagaan

Pada 1998, Page mengasaskan syarikat Google dengan Brin dan mereka turut memegang jawatan sebagai pengerusi bersama selama kira-kira tiga tahun.

Bagaimanapun, mereka bersepakat melantik jurutera perisian, Eric Schmidt sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Google pada 2001.

Pada 2004, Google melancarkan laman sosial Orkut dan memperkenalkan carian Google Dekstop.

Tidak lama selepas itu, Page dan Brin mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO).

Tahun 2005 merupakan zaman kemuncak Google kerana mencipta Google Maps, Blogger Mobile, Google Reader dan iGoogle.

Kira-kira dua tahun selepas itu, Google memeterai perjanjian perkongsian dengan China Mobile dan Salesforce.com.

Perjanjian tersebut bertujuan menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar di Kenya dan Rwanda melalui Google Apps.

Pada 2008, Google melancarkan Google Sites, versi baharu Google Earth dan Google Health, namun perkhidmatan itu dihentikan tiga tahun selepas itu kerana gagal mendapat sambutan.


Menderita lumpuh peti suara

Pada Mei tahun lalu, Page mendedah- kan korda vokalnya mengalami kelumpuhan peti suara selepas saraf bahagian kiri peti suaranya mengalami masalah sama pada 1999.

Menurut Page, beliau telah menderita masalah itu selama 14 tahun dan doktor masih belum dapat mengenal pasti punca sebenarnya.

Bagaimanapun, pada Oktober lalu, Business Insider melaporkan, kelumpuhan peti suara dialami Page adalah disebabkan penyakit autoimun digelar sebagai Tiroiditis Hashimoto.

Sehingga kini, beliau masih berusaha mencari penawar penyakitnya itu.

Sumber

Anak Malaysia Jana RM1K Secara Part Time Dari Rumah

Terbongkar: Rahsia menjana RM800-RM1,000 secara part time dari rumah! Sertai webinar percuma Ini untuk rahsia manjana Duit Automatik dari internet. Klik gambar di bawah untuk penerangan detail. Daftar PERCUMA sekarang.


Dalam webinar ini, kami anda mengajar anda langkah demi langkah cara menjana pendapatan online sebagai affiliate JomNiaga.com. Kami akan membongkar:


- Cara affiliate marketing berfungsi, dan bagaimana anda mendapat komisen
- Cara dan teknik mudah untuk menjana komisen affiliate dalam 48 jam
- Teknik menjana RM800-RM1,000 sebulan secara konsisten melalui JomNiaga
- Cara membina sistem pemasaran yang berfungsi 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Webinar ini terhad kepada 100 orang sahaja, jadi pastikan anda mendaftar sekarang juga.

Anda hanya memerlukan komputer / laptop untuk menyertai webinar kami. Tiada perisian lain yang perlu di muat turun atau di pasang, jadi tiada skill teknikal yang di perlukan.


Budak terjun bangunan

BEIJING - CHINA. Kanak-kanak lelaki 10 tahun maut selepas terjun dari tingkat 30 sebuah bangunan kediaman akibat gagal menulis perkataan ‘maaf’ selepas didenda gurunya di sini, semalam.

Media China melaporkan, kanak-kanak itu didenda menulis perkataan tersebut 1,000 kali kerana bercakap di dalam kelas.

"Maaf saya tidak boleh menyiapkan tulisan ini dan saya mengambil keputusan untuk terjun," memetik nota terakhirnya, menurut AP.

Mayat kanak-kanak malang itu dijumpai di atas bumbung sebuah kereta dalam keadaan parah.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/global/budak-terjun-bangunan-1.216519

Stesen minyak kantoi menipu

IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.

Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.

“Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd.

“Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.

“Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang
diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/stesen-minyak-kantoi-menipu-1.216515

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.