Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

15 Foto Haiwan Yang Menjadi Meme Paling Epik Sepanjang Tahun Ini


Tidak perlu nafikan, kehadiran haiwan dalam kehidupan seseorang mampu mengubah manusia. Hal ini kerana haiwan ini mempunyai ‘kuasa’ dalam menyembuhkan kesedihan manusia sekali gus menjadi periang suasana.


Kadangkala, haiwan juga mempunyai ekspresi yang tersendiri dan menghiburkan!


Jadi, kami ingin kongsikan bersama anda 15 haiwan karismatik yang boleh dijadikan sebagai bahan meme. Ianya melucukan, menghiburkan dan mampu memberikan kebahagiaan kepada para manusia.


#1 Labah-labah! Saya takut!


#2 Reaksi apabila kekasih hati mula menjauhkan diri…


#3 Apabila wanita pujaan akhirnya menerima lamaran anda


#4 Lincah sungguh ‘model antarabangsa’ ini bergaya di hadapan kamera


#5 Inilah ‘Avatar’ yang menguasai elemen air


#6 Apabila seseorang yang anda benci cuba membuat lawak jenaka


#7 Apabila anda memakai baju baru dan ibu anda memberi pujian melambung


#8 Datuk dan nenek pertama kali cuba mengambil swafoto bersama


#9 Ibu mengejutkan anda daripada tidur tetapi lima minit kemudian…


#10 Senyumlah kepada dunia!!!


#11 Bosannyaaaaaaaaaaa….


#12 Apa benda ini? Jangan ikut saya!!!


#13 Apa? Ada anjing akan tinggal bersama kita? Oh tidak!!!


#14 Apabila anda sedang mencari barang yang tercicir dan tersentuh sesuatu yang aneh…


#15 Dalam kalangan adik-beradik, pasti ada seorang yang suka merosakkan gambar keluarga seperti ini


Sumber - Era Baru

5 Berlian Paling Mahal Di Atas Muka Bumi


Barang kemas merupakan satu aksesori yang melambangkan kecantikan, kemewahan dan kekayaan. Ia menjadi idaman dan dambaan setiap wanita di dunia ini. Tidak kira warna kulit serta bangsa, pastinya ia menjadi satu kebanggaan jika dapat memilikinya.


Namun, tak semua yang mampu memiliki barang perhiasan ini kerana harganya yang sangat mahal dan menjadi rebutan ramai. Hanya orang yang betul-betul mampu dan bekerja keras untuknya sahaja layak memiliknya.


Kami ingin berkongsi dengan anda 5 barang perhiasan atau barang kemas yang paling mahal di atas muka bumi setakat ini.


5. Cincin Berlian Biru Chopard - RM69.62 juta

Siapa tak kenal dengan syarikat barang kemas Chopard? Sebentuk cincin berlian biru daripada Chopard ini adalah antara barang kemas yang paling mahal di dunia. Apa yang membuatkannya tersangat mahal adalah berlian yang berwarna biru ini sangat didambakan dan bernilai tinggi serta sangat eksklusif.


Cincin yang bertakhta berlian biru berbentuk bujur seberat 9 karat ini dan dipadankan dengan emas putih 18 karat bersama berlian jernih dibahagian tepinya. Tak ada wanita yang tak terpukau apabila melihatkan cincin ini dan harga bagi cincin ini pada ketika ini adalah RM69.62 juta.


4. The Heart of the Ocean - RM85.63 juta

Macam pernah dengar kan nama ni? Ya betul ia adalah rantai yang dipakai oleh Rose dalam filem Titanic. Disebabkan filem ini, The Heart of the Ocean ini menjadi antara barang kemas yang paling terkenal di dunia. Rantai ini merupakan replika asli yang anda lihat di dalam filem tersebut. Rantai ini dihasilkan oleh pereka barang kemas terkenal iaitu Harry Winston.


Ia adalah gabungan berlian biru asli 15 karat. Ia pernah digayakan oleh Gloria Stuart, pelakon watak Rose versi tua dalam Titanic, dan merupakan barang kemas termahal yang pernah dipakai di Anugerah Oscar, iaitu berharga RM85.63 juta. Disebabkan sejarah cinta yang sangat terkenal, rantai ini telah ditiru berharga RM15 juta.


3. The Perfect Pink - RM99.3 juta

Sudahlah cantik, berwarna merah jambu pula. Setiap wanita yang melihatnya pasti akan terpesona. Cincin ini diberi nama The Perfect Pink dan merupakan sebentuk cincin yang sangat unik. Ia mempunyai berlian merah jambu 14.23 karat yang sangat jarang disebabkan oleh warnanya yang sempurna, potongannya serta kejernihannya. Dalam 244 tahun sejarah lelongan, hanya terdapat 18 berlian yang mempunyai 10 karat dan ke atas.


Berlian merah jambu ini diiringi oleh dua bentuk berlian jernih seberat 1.73 dan 1.67 karat. Ia dipasang dan disempurnakan oleh sebentuk cincin emas rose dan putih 18 karat. Nilai cincin The Pink Perfect ini adalah RM99.3 juta.


2. The Graff Pink - RM197.8 juta

Cincin ini merupakan satu lagi hasil tangan pereka barang kemas terkemuka dari Amerika Syarikat, Harry Winston, yang juga menghasilkan The Heart of the Ocean. Cincin ini merupakan barang kemas kedua termahal di dunia. Ia mempunyai berlian merah jambu 24.78 karat dan dipotong dengan potongan segi empat tepat yang sempurna, dengan sudut yang sangat halus dan dipadankan di tengah-tengah dua berlian jernih.


Berlian yang dipasangkan pada sebentuk cincin platinum ini telah dibeli oleh pengumpul barang kemas, Laurence Graff dengan harga RM7.92 juta bagi setiap karat, yang berjumlah RM197.8 juta keseluruhannya. Cincin ini dinamakan bersempena nama keluarganya, Graff.


1. Rantai berlian L’Incomparable - RM235.48 juta

Rantai leher yang diberi nama L’Incomparable Diamond Necklace adalah barang kemas yang termahal di dunia dan mempunyai rekod dunia sebagai barang kemas yang paling bernilai di dunia. Ia merupakan berlian tercantik yang paling besar di dunia seberat 637 karat. Berlian yang berwarna kuning ini telah dijumpai oleh seorang wanita muda Afrika yang sangat miskin di dalam timbunan sampah 30 tahun yang lalu.


Ia kemudiannya telah digilap oleh Mouawad Jewelry selama 4 tahun dan diukir menjadi sebentuk rantai leher bersama-sama 91 berntuk berlian pelbagai potongan termasuk 229.52 karat emas putih yang dipasang pada emas rose 18 karat. Dan harganya pula, adalah yang tertinggi di antara semua rantai leher di dunia ini dengan harga RM235.48 juta.


Sumber - Iluminasi

Anak 3 Tahun Tonton Video Super Hero Tak Senonoh Mampu Merosakkan Akal Dan Sikap Yang Kemudian etagih



Masih ramai ibu bapa yang belum tahu dan sedar akan kehadiran malapetaka yang amat dahsyat di dalam gadget anak-anak yang diberi pada mereka seawal usia 3 tahun. 


Iya, video-video ini menjadi lambakan di dalam aplikasi YouTube kini, tidak percaya? Tuan dan Puan boleh saksikan berlambak video seperti ini dalam list yang melibatkan carian(search) atau cadangan(suggest) untuk video tontonan kanak-kanak.


Watak-watak dalam video ini sama seperti adiwira dan kartun yang diminati oleh majoriti kanak-kanak seperti Spiderman, Princess Elsa, Power Rangers dan sebagainya. Cuma, ia dilakonkan oleh manusia yang melakukan aksi-aksi lucah dan tidak senonoh.


Bayangkan, jika video-video ini menjadi tontonan harian anak-anak kecil kita. Nah, sedikit demi sedikit ia mampu merosakkan akal dan sikap akan berubah menjadi ketagih kepada video soft porn seperti ini.



Cadangan dari saya, pertama, pantau dan kawal sebaik mungkin aktiviti anak-anak khususnya yang melibatkan gadget. Kedua, aktifkan aplikasi parenting control pada gadget(boleh cari di Google). Ketiga, aktifkan aplikasi kunci (lock apps) pada beberapa aplikasi dalam gadget supaya anak-anak tidak boleh melayari aplikasi ini bersendirian tanpa kawalan kita.


Perkara yang wajib dilakukan sekarang pula ialah pergi ke laman YouTube dan cari channel yang dikehendaki(Channel seperti video dalam gambar dibawah). Kemudian, klik channel tersebut dan klik about. Akhir sekali, klik pada simbol flag dan klik Block user.


Moga, penulisan ini dapat membantu kita semua khususnya ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak dari kecil supaya tidak terdedah dengan jarum halus pornografi yang bahaya seperti ini. Aamin.


Sumber - Aris Farhan & TheReporter

'Tahun 2017, Saya Kerugian RM20,000 Kerana Terlalu Percayakan Housemate' - Mangsa



Kerana terlalu percayakan rakan serumah, seorang wanita mengalami kerugian RM20,000, sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Menurut mangsa, Nadia McWillson, dia langsung tidak menyangka rakan serumahnya itu sanggup menipu dan menyalahgunakan dokumen-dokumen peribadinya untuk membuat pembelian kereta terpakai. 


Lebih teruk lagi, suspek juga telah mencuri empat balang berisi wang kertas RM5 yang dikumpulnya sejak tahun 2007 hingga kini yang berjumlah hampir RM4,000, digunakan oleh suspek untuk membayar bayaran pendahuluan pembeli kereta Perodua Axia. 


Semoga kejadian yang menimpa mangsa menjadi pengajaran buat anda semua agar berhati-hati di masa akan datang dan tidak terlalu percaya pada orang di sekeliling. 


TAHUN 2017, di mana saya kehilangan RM20,000 oleh kerana kawan. Ceritanya begini. 


Saya ada kawan, kami kenal pada tahun 2010. We used to work together di salah satu agensi kerajaan. We knew each other, I thought pretty well. But sadly, no. Truely, no. 


Yeah, kitorang pernah satu rumah selama enam tahun. Enam tahun, jumpa hampir setiap hari. So, isu kepercayaan memang tidak wujud langsung because you thought there was no problem, like at all sepanjang enam tahun duduk satu rumah. 


Yes, aku tertipu. How she did it? She used my documentation! Dia gunakan MyKad saya, lesen memandu saya untuk beli kereta Perodua Axia dan kereta itu pun bukan dia yang guna tetapi tunang dia! 


Yes! Dia beli kereta menggunakan nama saya dan kereta itu pula digunakan oleh tunang dia. Seriously saya tak tahu. Kantoi bila semalam ada seorang mamat datang ke rumah dan kata, 


"You tak bayar kereta dah tujuh bulan!" 


And I was like, damn no! Kereta saya, arwah abah saya dah habis bayar kot. Then saya cuba relaks dan berfikir. Siapa penama kedua kereta itu? Kereta jenis apa dan apa nombor pendaftaran kereta itu? 


Happened to be, that guy said "Kereta Axia, JP*12*2." 


Itulah kereta yang tunang housemate saya gunakan. Saya tak sangka, dokumen saya digunakan oleh dia tanpa pengetahuan saya dan saya juga baru tahu betapa senangnya proses beli kereta secondhand. Saya pelik sebab saya langsung tiada di situ untuk tandatangan segala-galanya. Macam mana boleh terlepas?


Jadi, saya terus menghubungi housemate saya itu dan tanya dia apa yang berlaku. Kemudian barulah dia cakap perkara yang sebenar. Selain daripada dia mencuri salinan MyKad dan lesen memandu saya yang dia ambil sendiri dari fail di dalam bilik saya, dia juga mengaku menggunakan duit tabung saya untuk downpayment.


 

Yes, dia tahu saya jenis yang menabung duit kertas RM5, RM10 dan RM20. Jadi, duit note RM5 yang saya simpan dari tahun 2007 hingga 2017 ada lebih 15 balang semuanya, dia guna empat balang penuh duit tabung RM5 saya. Dan saya langsung tak perasan sebab saya fikir saya dah simpan kemas dan semuanya akan selamat. Malangnya tidak. 


Bila saya tanya berapa jumlah duit yang ada dalam empat balang itu, it was almost RM4,000! Ya, hampir RM4,000!


Saya sedih sebab kawan saya sendiri buat begini. My own housemate. Dia kata dia terpaksa buat sebab dia dah nak kahwin dan tunangnya perlukan kereta untuk pergi kerja. Kalau tak ada kereta, tunang dia tak nak kerja. 


Saya sedih, sangat-sangat sedih sebab saya ingatkan saya cuma hilang RM4,000. Tetapi sebenarnya saya rugi RM16,000 sebab saya baru dapat tahu sewa rumah saya bayar double. Kerana percaya, saya selama ini fikir sewa rumah RM1,600, tetapi sebenarnya cuma RM800. 


Ya, cuba bayangkan duit sewa rumah RM800. Tapi dia cakap pada saya sewa rumah RM1,600. So kami bayar RM800 seorang. Ya, saya tertipu. Sumpah saya menangis sekarang. 


Jadi, selama saya duduk berdua dengan dia sejak 2015, cuma saya seorang saja yang bayar duit sewa rumah. Secara teknikalnya, dia tak bayar langsung. 


Ya Allah, saya murung, sakit hati, marah dan sedih. Saya mula duduk dengan dia sejak 2011. Saya tak tahulah dia tipu saya ke tak tentang sewa rumah sebab kami empat orang, bayar sewa pun RM250 seorang. Tetapi sejak 2015, saya mula duduk berdua dengan dia.


Saya ditipu. Apa yang saya patut buat guys? Saya dah ugut dia untuk buat laporan polis. Tetapi jauh di sudut hati saya masih ada rasa kasihan pada dia. Tetapi saya rugi RM20,000. Ya Allah, sepanjang malam saya menangis. 


Thank you guys for the advises and DM. Just consulted with seorang lawyer ini and right now we are on our way to balai polis.


 

Saya rasa sedih sebab saya rasa tertipu oleh kawan baik saya sendiri. But yeah, she can also make me trouble. Ada chances saya bleh diisytiharkan muflis kalau tak bayar. 


You all janganlah cakap saya bodoh. I was at the stage where I am still shock, sebab itu saya tanya apa yang saya patut buat. Sorry gais. 


Sumber - TheReporter & Nadia McWillson

Tweet Wanita Ini Buat Netizen Berbalah



Awal pagi tadi, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar sekumpulan besar penunggang motosikal yang memenuhi sebuah stesen minyak dengan kapsyen yang mengundang pelbagai reaksi netizen. 


"Sampah paling bising," tulisnya. 


Tweet yang dimuat naik jam 3.17 pagi  hari ini telah dikicau semula sebanyak 6,288 kali dan disukai 3,079 warga Twitter.


 

Bagaimanapun, tweet wanita berkenaan menimbulkan rasa kurang senang segelintir individu yang mengecamnya secara terbuka.


 

"Act thats nothing wrong. Benda biasalah tu bila banyak kenderaan. Keadaan akan jadi bising sebab bunyi kenderaan. Bukan diorang saja-saja, dah motor diorang bunyi macam tu plus banyak. So kau nak expect apa? Sunyi sepi macam taman sorga? Gimati masuk syurga je lah kalau macam tu." - Kamalarridha


"Sampah? Amboi, sedapnya cakap orang sampah. Elok sangat ke awak tu nak mengata orang sampah?" - Hazer


"Tegur elok-elok boleh kan? Tak payah nak sampah-sampah. Okay, happy new year, kami terima semua apa yang ditegur dan dihina. Ya, kami kan sampah, takde maruah. Maseh abang-abang dan kakak sekalian." - Hfzhssn


"Kita tak ada hak nak cop kan orang sebagai sampah. Kita bukan tuhan, jadi jangan buat kerja tuhan. Buat kerja akak je tau scroll timeline ha main senyap-senyap okey." - Ahmng



Walau bagaimanapun, ada yang tampil mempertahankan 'teguran' wanita berkenaan. 


"Yang sampah tu bila korang buat bising ramai-ramai dekat stesen minyak tu. Bingit betul. Nak konvoi ramai-ramai tu orang tak kisah." - Muaz


"Yes true, setuju. Semak bila bising-bising. Perangai dah boleh elok-elok dah. Bayar, isi, blah. Shell bukan tempat berkumpul. Nak berkumpul bising-bising, sila ke dataran. Sekian." - Lou


"Mat Moto dan Mat Rempit tiada bezanya kalau korang memekak macam anak **** dan membahayakan/menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Kesimpulannya, mereka sampah." - Bakakashi


"Actually tak kisah nak isi minyak di situ. Tiada siapa berhak nak melarang tetapi yang kitorang bengang sekarang ni, kau main press tali minyak tu berlawan-lawan dengan motor lain, is it still normal bro?" - Amy



Difahamkan, tweet berkenaan masih mendapat respon dari pengguna Twitter yang berbeza pendapat seperti tiada penghujungnya.


Sumber - TheReporter

Kanak-Kanak Diugut Bunuh Dan Dicabul



Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa cabul seorang penunggang motosikal, sebelum berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh orang awam. Menurut wanita yang memuat naik kejadian itu di Facebook, suspek berjaya ditahan dan dipukul sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


 

Difahamkan, mangsa telah didatangi suspek yang berpura-pura bertanya tentang alamat sebelum mengugut menikam mangsa dengan pisau dan mencabulnya. Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen dan orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak bermain di luar rumah tanpa sebarang pengawasan orang dewasa.


Semalam selepas solat Isyak, ada seorang kawan suami datang ke rumah. Tiba-tiba suami ajak kami pergi ke satu lokasi. Sampai di situ, nampak suami dan tiga orang kawannya berada di luar kereta menyoal seorang lelaki. Saya nampak dia berdiri sambil memegang sehelai kertas. Tiba-tiba dia terajang lelaki itu sampai termasuk ke dalam longkang belakang lelaki itu. Dia menjerit suruh lelaki itu bangun sendiri. 


Selama menjadi isteri, tak pernah melihat kemarahan dia memuncak seperti itu. Tangan lelaki yang saban hari membelai anak, mendukung anak. Saya betul-betul tak sangka dia boleh jadi seperti itu. 


Kemudian sebuah kereta peronda tiba dan lelaki itu diserahkan kepada pihak polis. Saya nampak ada seorang lelaki dan seorang budak perempuan kecil berdiri berdekatan suami. Beberapa kali suami belai kepala budak kecil itu. 


Masuk ke dalam kereta, mata suami merah berkaca. Nampak seperti dia baru selepas menahan menangis dan marah. Saya perlahan-lahan bertanya pada dia. Sebenarnya takut sebab ini kali pertama saya melihat suami seperti ini. Dia cuma minta maaf sebab apa yang saya nampak. 


Saya tanya kenapa dan dia beri gambar laporan polis yang dia ambil tadi. Dia suruh saya baca sehingga habis. Sampai di hujung laporan itu ada ayat, "suspek memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut Noor (bukan nama sebenar) dan menarik rambutnya beberapa kali serta mengugut akan menikam dengan pisau kalau Noor menjerit."


Suami cerita, petang semalam Noor bermain di depan kawasan rumah bersama kawan-kawannya. Kemudian ada seorang penunggang motosikal datang dan berpura-pura bertanya tentang alamat rumah. Kemudian lelaki itu mempelawa Noor mengikut dia pergi ke kedai. Tetapi Noor tak nak, sebelum lelaki itu memberitahu dia ada pisau dan mahu menikam Noor.


Jadi, dia bawa Noor ke kawasan sunyi dan Noor turun dan motosikal dan lari. Dia kejar dan tarik rambut Noor, buka seluar dan masukkan.. Maaf, saya dah tak boleh sebut lagi. 


Kemudian Noor lari lagi dan sampai satu gerai makan dia menjerit. Dia panik dan kata dia diculik. Seorang lelaki India yang ada pada malam itu kemudian membawa Noor pulang ke rumahnya. Sementara itu pencabul itu telah melarikan diri. 


Demi Allah, luluh hati saya bila baca. Macam nak menjerit, patutlah suami saya mengamuk tadi. Kelu lidah saya. Umur Noor lapan tahun dan dia merupakan adik kepada kawan suami saya. Saya nampak Noor dia saja sepanjang malam tadi. 


Hati-hati wahai ibu bapa. Kejadian seperti ini boleh berlaku di mana-mana. Jangan lela dan jangan lalai.Sedikit terleka, banyak masalah yang boleh terjadi. Adik kawan suami ini selamat sebab ada seorang pemandu lori yang membantu.


Suami kata Noor masih panik lagi dan tidak mampu mengingati semula situasi kejadian. Jadi, perlu ambil masa. Dan yang paling saya sedih bila suami kata kejadian itu mungkin akan menberikan kesan jangka panjang kepada mangsa. 


Saya faham. Suami kata dah lama sangat masyarakat kita berlembut dalam hal ini. Dia cuma rasa seperti ada raksasa yang mahu keluar dari badannya apabila dia membaca laporan polis itu. Saya sendiri akan naik hantu jika berada di kejadian itu. Saya cuma dengar suami menjerit sebelum dia terajang pencabul itu. 


"Trauma budak itu siapa nak tanggung, bodoh! Kalau dah sangap sangat, pelacur melambak di luar sana! Bukan kau rosakkan emsoi budak ini!"


Dia cuma kata pada saya pagi tadi. Dia ada anak perempuan yang perlu dilindungi dan semua ayah yang ada dalam dunia ini akan melakukan hal yang sama kepada lelaki itu sebab 'raksasa' ada dalam badan setiap lelaki.


 

Jaga anak kita. Ini bukan cerita tahun lepas, ini cerita semalam. Mudah-mudahan Allah melindungi anak dan keluarga kita serta diri kita dari kejahatan jin dan manusia. Amal tiga Qul, fahami makna dan amalkan, baru anda faham.


Sumber - Intan Huzaifah Haniff & TheReporter 

Netizen Kecam Dakwaan Karut Lelaki Ini



Entah apa yang bermain di fikiran lelaki ini. Hanya kerana jururawat cuba memujuknya menemankan isteri yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak di dewan bersalin, lantas didakwanya perbuatan itu boleh melemahkan otak lelaki. 


Lebih teruk lagi, dia mendakwa perbuatan itu adalah agenda Yahudi yang ingin merosakkan orang lain tanpa sedar. 


Berikut penulisan individu berkenaan:


Semasa isteri saya hendak bersalin anak kelima di Hospital Bukit Mertajam pada tahun 2011, jururawat telah cuba memujuk saya berkali-kali untuk temankan isteri semasa bersalin. 


Tetapi peluang di saat isteri saya melahirkan anak, saya bergegas ke surau di dalam hospital untuk segera solat sunat hajat dan berdoa agar anak dan isteri saya selamat. 


Pesan guru saya, suami yang menemankan isteri semasa bersalin boleh melemahkan otak si suami. Melemahkan otak macam mana, tidak pula diterangkan lebih lanjut. 


Bila saya membuat carian di dalam internet, orang Yahudi pun tidak menemankan isteri mereka semasa bersalin. 


Pihak hospital mempromosikan si suami agar temankan isteri bersalin atas alasan logik. Terpulang pada anda untuk membuat pilihan. Betapa liciknya orang Yahudi dalam merosakkan orang lain tanpa kita sedari.


 

Bagaimanapun, netizen di media sosial mengecam lelaki berkenaan yang dianggap mengarut dan sengaja menimbulkan fitnah terhadap pihak hospital. Malah, kata netizen, lelaki itu sebenarnya takut melihat darah.


"Ada satu golongan di mana, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hospital, klinik, doktor, jururawat, dressar, mesti semua mereka akan kaitkan dengan Yahudi. Antaranya adalah golongan anti vaksin, gentle birth, home birth, golongan penjual supplemmen penipu, penjual jus merapu, jamu makjun membongkak yada yada yada.


"Apa yang melemahkan otaknya wahai pakcik, kalau setakat menemankan isteri bersalin? Cakap sajalah yang kau sebenarnya takut melihat darah atau dengan kata mudah, lemah semangat. 


"Siapa guru kau itu? Kasihan sungguh orang otak di kepala, akal di tumit ini. Bila dah tak ada benda nak fitnah, last-last dia akn kona kata semua hal perubatan ini angkara Yahudi, Freemason, Dajal, mata tiga bagai. 



"Dey, tamankanlah isteri. Baru tahu betapa sakitnya nak beranak. Baru kau tahu isteri kau perlu pakai perancang untuk jarakkan kehamilan untuk bagi dia sembuh sepenuhnya dulu. 


"Ini tidak, kau asyik nak anak tanpa memikirkan perasaan isteri yang menjaga, kau pula sedap melepak di kedai mamak," tulis Erna Nadia. 


Sumber - TheReporter

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.