Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Malu Apa Bossku: Asal Usul Perkataan "Bossku"


    Sejak beberapa hari lepas tular di media sosial sebuah poster & gambar yang terpapar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal dan 3 patah perkataan "Malu Apa Bossku".

    Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal. Namun, 3 perkataan tersebut kini telah menjadi trend terkini di media sosial.

   Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi.

    Semakan di Twitter mendapati perkataan slanga 'bossku' didakwa berasal dari Sabah.

"Perkataan ini asal dari Sabah dan Sabahan guna perkataan bossku terutama bila berjual beli. Orang Semenanjung yang tak tau function 'bossku' ni acah-acah nak pakai dalam daily conversation," tulis @ASyrfe 

Seorang pengguna Twitter @InjangNation juga mendakwa perkataan 'bossku' mula digunakan oleh masyarakat Sabah terutama di daerah Tawau.

"Perkataan 'bos' orang Sabah selalu guna untuk merujuk seorang yang kita tak tahu/kenal nama orang tu. Contoh ayat 'Bos, boleh tanya ke?'. Dia sama macam 'bro' juga la. Di sabah semua orang 'bos', tak kesah la kau bos betul ke, kuli ke, bangla ke, panggilan 'bos' memang biasa," kata @InjangNation

Sebuah laman sesawang Yoodo Community turut medakwa perkataan 'bossku' merupakan bahasa slanga yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu itu.

"Bossku sana bossku sini? Tahukah korang perkataan bossku ini dari Sabah, ianya bermaksud 'kawanku'. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab? Malahan dengan orang tidak dikenali, barulah nampak mesra gitu dan macam biasalah menjadi tular di Semenanjung Malaysia," tulis laman sesawang tersebut.
  Dalam masa yang sama, turut tular sebuah video pendek di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut 'bosku' dan disambut oleh Najib dengan menyebut, 'Malu apa bosku'.


Sumber: Utusan Online, Dewan Bahasa & Pustaka

The Lion King - Movie 2019


From Disney Live Action, director Jon Favreau's all-new “The Lion King” journeys to the African savanna where a future king is born. Simba idolizes his father, King Mufasa, and takes to heart his own royal destiny. But not everyone in the kingdom celebrates the new cub's arrival. Scar, Mufasa's brother—and former heir to the throne—has plans of his own. The battle for Pride Rock is ravaged with betrayal, tragedy and drama, ultimately resulting in Simba's exile. With help from a curious pair of newfound friends, Simba will have to figure out how to grow up and take back what is rightfully his.
2019 ‧ Drama/Adventure
Initial release: July 19, 2019 (USA)
Director: Jon Favreau
Music composed by: Hans Zimmer
Production company: Walt Disney Pictures
Producers: Jon Favreau, Jeffrey Silver, Karen Gilchrist

Nanatsu No Taizai The Movie - Movie 2019


The Seven Deadly Sins the Movie: Prisoners of the Sky 
(劇場版 七つの大罪 天空の囚われ人 Nanatsu no Taizai: Tenkū no Torawarebito)
Filem Tujuh Pendosa Besar : Tahanan Daripada Langit

Filem ini merupakan adaptasi daripada novel atau "manga" (The Seven Deadly Sins) yang ditulis dan diilutrasi oleh Nakaba Suzuki. Filem ini telah ditayang pada 18 Ogos 2018 di pawagam bagi seluruh negara Jepun. Kemudiannya merebak ke negara Korea Selatan pada 29 November 2018 oleh MJ Pictures dan tersebar ke serata dunia melalui laman web "Netflix" pada 31 Disember 2018.

The Seven Deadly Sins the Movie: Prisoners of the Sky  is a 2018 Japanese animated film based on The Seven Deadly Sins manga series written and illustrated by Nakaba Suzuki. The film was released on August 18, 2018 in Japan and later released on November 29, 2018 in South Korea by MJ Pictures, and worldwide by Netflix on December 31, 2018.


Nanatsu No Taizai: Tenkuu No Torawarebito

Filem ini mesti merupakan filem animasi yang terbaik dan dinantikan ramai.
Menurut saya,filem animasi ini adalah filem yang memenuhi citarasa saya kerana ia mempunyai Plot yang pelbagai dan adegan yang menyentuh jiwa dan raga saya. 😍😍😍



Captain Marvel - Movie 2019


Captain Marvel gets caught in the middle of a galactic war between two alien races.
2019 ‧ Fantasy Science Fiction ‧ 2h 8m
Initial release: March 8, 2019 (USA)
Directors: Anna Boden, Ryan Fleck
Based on: Carol Danvers; by: Roy Thomas; Gene Colan
Budget: 152 million USD
Screenplay: Anna Boden, Nicole Perlman, Ryan Fleck

Avengers: Endgame - Movie 2019


   Adrift in space with no food or water, Tony Stark sends a message to Pepper Potts as his oxygen supply starts to dwindle. Meanwhile, the remaining Avengers -- Thor, Black Widow, Captain America and Bruce Banner -- must figure out a way to bring back their vanquished allies for an epic showdown with Thanos -- the evil demigod who decimated the planet and the universe.
2019 ‧ Fantasy/Science Fiction
Initial release: April 26, 2019 (USA)
Directors: Anthony Russo, Joe Russo
Based on: The Avengers; by: Stan Lee; Jack Kirby
Screenplay: Stephen McFeely, Christopher Markus
Story by: Stan Lee, Jack Kirby

Istimewanya Negeri Terengganu Darul Iman!


  Terengganu antara negeri yang popular di Malaysia. Inilah keistimewaan negeri Terengganu Darul Iman.

Asal Usul: Taring anu? 

    Sejarah awal Terengganu adalah tidak jelas namun terdapat bukti menunjukkan bahawa Terengganu pernah menjadi tanah takhlukan Palembang dan Majapahit. Pengasas Kesultanan Terengganu pada hari ini ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenali juga dengan panggilan Bendahara Padang Saujana. 
    Terengganu pernah disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Terengganu juga pernah menghadapi kuasa Siam  & British. 

    Terdapat beberapa cerita menyatakan bahawa nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Budaya: Pusat Bermulanya Ketamadunan Melayu

   Para sejarawan telah mengakui legasi kebudayaan, seni tradisional dan kraftangan Terengganu dari pelbagai bidang seperti songket, batik, tembaga, ukiran kayu, pembuatan bot, dan pertukangan asli adalah lambang keagungan dan kegemilangan artistik, lantas mendapat gelaran “Pusat Bermulanya Ketamadunan Melayu”.

    Terengganu mempunyai populasi seramai 1,210,100 orang dengan  Kepadatan 79/km²  pada tahun 2017 dan majoriti beragama Islam (96.9%). Joget Gamelan adalah warisan Istana Diraja Terengganu dan merupakan satu-satunya pasukan gamelan di Malaysia. 

  Tarian tradisional Ulek Mayang  yang terkenal di negeri ini merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian. Kini, tarian ini sering ditarikan untuk tujuan persembahan.
    Waitimang Landak, Anak Udang, Itik Gembo Gembo dan banyak lagi juga merupakan lagu rakyat yang terkenal di negeri ini.
Pakaian Tradisional

      Pada masa dahulu lelaki dari Terengganu memakai Baju Melayu Teluk belanga yang lebih pendek dari sutera Cina atau kain tenun yang dilengkapi dengan samping limar songket atau kain tenun Bugis. Wanitanya memakai Baju Kurung berpesak kembang dari kain sutera Cina atau kain tenun Terengganu berjalur benang emas atau bunga tabur. Selain dari itu terdapat juga pemakaian Baju Melayu Cekak Musang bagi lelaki dan Baju Kebaya bagi wanita.

     Terengganu juga mempunyai dialek yang unik dan sekiranya anda dapat memahami mesej yang cuba disampaikan, anda akan tahu bahawa rakyat Terengganu sememangnya suka mengusik dan bergurau senda. XD

Dialek/Loghat Terengganu:
se - satu 
duwe - dua 
tige - tiga 
pak - empat 
lime - lima 
nang - enam 
tujoh - tujuh 
lapang - lapan 
smilang - sembilang 
spuloh - sepuluh

pisa - pisau 
kograng - alat kukur kelapa 
payyang - tempayan
tubek - keluar 
derak - keluar 
berjalan-jalan 
comel lote - sangat comel
kelek wak lari - kendong bawa lari 
glebek yeng - gatal (mcm mengada-ngada la) 
Senyum Sokmo - Senyum Selalu
gelak guguk - sangat gelap (tak nampak apa) 
tupol glebek - sangat tumpul 
hudoh sepang ko' ong - sangat2 hodoh
musing ligak - berpusing2 dengan laju 
seppoh woh - bersepah-sepah  
puah - boring  
puah sang - kebosonan
masang catung - tarik muka mucung 14 ( tunjuk muka masam) 
nakouk pahik - sangat penakut 
debbo' - sangat gemuk  
dok rok meppeh - sangat2 tak larat 

Makanan: Kepok Lekor Ikang!!

Keropok Lekor Terengganu
   Terengganu terkenal dengan masakan dan hidangan yang unik seperti nasi dagang (masakan negeri yang diperbuat daripada beras pulut yang dikukus dan dimakan bersama gulai ikan parang), sata (diperbuat daripada ikan), keropok lekor (keropok ikan) dan lain-lain juadah yang manis, dan adakalanya dengan nama yang unik termasuk budu. huhuhuhu sedapnyeeeeee!
Nasi dagang Terengganu

Banyak Tempat-Tempat Menarik Untuk Dikunjungi

   Terengganu merupakan salah satu destinasi utama pelancongan di Malaysia, bukan sahaja kerana tarikan semula jadinya, bahkan kerana kekayaan sejarah, seni warisan dan budayanya.
 Aktiviti yang selalu kita dengar ialah mencandat sotong! Aktiviti ini sering dilakukan diantara bulan April-Ogos teruramanya di Marang sekitar Pulau Kapas.
Pasar Payang
 Berikut Tempat-tempat menarik di Terengganu: 
  1. Pasar Besar Kedai Payang (Sesuai untuk anda yang mencari produk-produk Terengganu)
  2. Taman Tamadun Islam (berdekatan Masjid Kristal)
    Masjid Kristal
  3. Muzium Negeri Terengganu
  4. Masjid Tengku Tengah Zaharah (Merupakan sebuah masjid terapung di kawasan Kuala Awam Lagun Kuala Ibai)
  5. Zoo Kemaman
  6. Pantai Batu Burok
    Pantai Batu Burok
  7. Kompleks Kraft Nor Arfa
  8. Air Terjun Sekayu (terletak di Kuala Bereng)
  9. La Hot Spring (Kolam air panas paling menarik di Terengganu)
  10. Tasik Kenyir
  11. Air Terjun Chemerong (terletak di dalam Hutan Lipur Chemerong)
    Air terjun Chemerong
  12. Kenyir Water Park yang terletak di pulau Poh (15 minit menaiki bot)
  13. Kenyir Elephant Village
  14. Santuari Kelah Sungai Petang
  15. Kelip-kelip Sungai Yah Yah
  16. Pulau Tenggol
  17. Pulau Perhentian
  18. Pulau Redang
    Pulau Perhentian
Terlalu banyak untuk disenaraikan.... [Lihat Senarai & Penerangan Penuh] atau tonton video kat bawah.

Negeri Yang Semakin Pesat Membangun

Daerah
   Terengganu berkeluasan 12,955 km² dan mempunyai 12 bandar utama.

Bandar Utama:

  1. Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air (Ibu negeri)
  2. Gong Badak
  3. Chukai
  4. Jerteh
  5. Dungun
  6. Kuala Berang
  7. Marang
  8. Bandar Permaisuri
  9. Kampung Raja
  10. Kuala Ibai
  11. Kerteh
  12. Kijal
East Coast Economic Region (ECER) 
    Kegiatan utama negeri Terengganu ialah perikanan yang merupakan kegiatan tradisi rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran Laut China Selatan. Pun begitu, semenjak terjumpanya petroleum, sumber minyak merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan negeri Terengganu. Ekonomi negeri Terengganu sekarang ini semakin berkembang. 
   Kini, Terengganu rancak membangun terutamanya di Kuala Terengganu.


 PEMBANGUNAN KUALA TERENGGANU CITY CENTRE (KTCC)
Pelan Induk Pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu(KTCC) merupakan
perancangan Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC
dengan tujuan meningkatkan potensi bandar dan pelancongan sebagai gerbang
pelancongan di Pantai Timur. Ianya melibatkan pembangunan tanah di Muara Utara
dan Selatan Sungai Terengganu yang dianggarkan 180 ekar secara keseluruhan.
KTCC akan dihubungkan dengan oleh mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu
jambatan angkat. Fokus pembangunan KTCC adalah pembangunan berasaskan pelancongan, kediaman, komersil, kesihatan dan pendidikan. Pelaksana bagi pembangunan ini adalah pelabur-pelabur swasta yang berpotensi. -UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
Jambatan Angkat Terengganu
  Apa yang menarik dalam projek ini ialah pembinaan jambatan angkat pertama di Malaysia dan di rantau ini. Jambatan angkat sepanjang 632 meter berharga RM 200 juta ini juga akan menjadi mercu tanda utama pembangunan Terengganu. 


P/s: Penat nak cari maklumat2 ni.. kalau ada kekurangan maafkan admin. InsyaAllah SUKMA 2018 Terengganu no.1😆. Share dan komen.

Sumber & Rujukan:
Wikipedia

Bahasa Melayu PT3: Panduan Tatabahasa (Nota Lengkap)



     Pentaksiran Tingkatan Tiga  atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah. PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. Namun, Pentaksiran Tingkatan Tiga diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014 bermula bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama.


TOPIK:-

TOPIK 1 : KATA GANTI NAMA DIRI
TOPIK 2: KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
TOPIK 3 : KATA BILANGAN
TOPIK 4 : KATA PENGUAT
TOPIK 5 : KATA BANTU
TOPIK 6 : KATA ADJEKTIF
TOPIK 7 : KATA KERJA
TOPIK 8 : KATA MAJMUK
TOPIK 9 : KATA NAFI
TOPIK 10 : KATA PEMERI
TOPIK 11 : KATA PERINTAH
TOPIK 12 : KATA PARTIKEL
TOPIK 13 : AYAT TUNGGAL
TOPIK 14 : SUSUNAN AYAT SONGSANG
TOPIK 15 : AYAT PASIF
TOPIK 16 : FUNGSI –nya DALAM AYAT
TOPIK 17 : KESALAHAN STRUKTUR AYAT
TOPIK 18 : KESILAPAN EJAAN (KATA)
TOPIK 19 : KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)
TOPIK 20 : KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)
TOPIK 21 : PASANGAN KATA MENGELIRUKAN

Istimewanya Perlis Negeri Indera Kayangan!


  Asalamualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni admin nak share tentang keistimewaan Perlis Negeri Indera Kayangan/ Darul Sunnah. Berikut keistimewaanya.

Awalnya Tanah Jajahan Kedah?

  Perlis pada awalnya adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Islam telah mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada abad ke-21 yang dibantu oleh pengaruh Sultan kedah sebagai imej negeri.
   Nama negeri Perlis Indera Kayangannama diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Siam juga pernah menduduki Kedah pada 1821 termasuk Perlis, Kubang & Setul yang merupakan tanah jajahannya. Namun, penduduk tempatan bangkit dan menyebabkan serangan sehingga Siam berundur.

  Perlis menjadi sebuah negeri ketika Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya & sejak itu perlis bukan lagi tanah jajahan Kedah.

Negeri Terkecil Di Malaysia


Perlis- Warna merah kecik tu
  Perlis yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand merupakan negeri terkecil di Malaysia. Perlis hanya mempunyai  keluasan  810 km². Bilangan penduduk pula seramai 231,541 orang dengan kepadatan 282/km² berdasarkan banci 2010. 

Budaya & Bahasa Yang Unik!

   Majoriti penduduk Perlis merupakan kaum Melayu (79.74%) diikuti Cina, India dan lain-lain.  Penganut agama Islam merupakan yang tertinggi (87.9%) dan diikuti Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Namun, kepelbagaian bukan menghalang perpaduan penduduk di Perlis.

   Canggung, Ayam Didik & Cinta Sayang merupakan tarian tradisional yang popular di Perlis. Best tau lagu Canggung. Haha XD (tengok video kat bawah).
Pakaian tradisional yang popular pulak ialah Baju Kebaya Perlis. Labuh dan kain batik lepas atau kain yang dijahit sekali dengan sut merupakan keunikan Baju Kebaya Perlis. bagi pengantin pula, baju yang dipakai pengantin akan dijampi. huhu


 Kepada yang nak kawin dengan orang Perlis, ni admin share...
Loghat Bahasa Melayu Perlis
1. Ayaq = Air
2. Kasuit = Kasut/Selipar
3. Gerek = Basikal (err kat singapore gerek ada makna lain)
4. Tok = Nenek
5. Wan = Atok
6. Chaq = Atok
7. Depa = Mereka (dia orang)
8. Kapo = Korang
9. Mereka = Buat cerita
10. Hang = Kamu / Awak
11. Hangpa = Kamu semua / Awak semua
12. Mak Penakan = Emak Saudara
13. Pak Penakan = Bapa Saudara
14. Anak Penakan = Anak Saudara

Makanan Yang Sedap!


Jeruk Maman
   Jeruk maman merupakan makanan tradisional yang unik yang tak ada kat negeri lain. (Mungkin ada je, tapi tak sama rasa dengan yang ori). Makanan ini diperbuat menggunakan daun Maman yang diperap dengan garam dan beras. pulut mangga/mempelam pun popular jugak. Yang pernah rasa tinggalkan komen kat bawah ye.. hehe

   Makanan yang admin selalu dengar Kerabu Maggi! Dikatakan Kerabu Maggi ni popualar kat Perlis. Sedap ke Kerabu Maggi? Komen sikit.
kerabu maggi

   Selain makanan-makanan yang di atas, banyak jugak makanan yang popular seperti laksa beras, kerabu mangga, tom yam,  nasi ganja gepoh dan lain-lain. "Ganja" tu bukan ganja yang lagi satu tu eh. Ganja yang dimaksudkan disebabkan nasi tersebut akan membuatkan pelanggan akan ketagih sebab sedap. XD
Nasi Ganja Peroh

Tempat Menarik

  Banyak tempat-tempat menarik di Perlis. Antaranya untuk yang minat alam semula jadi bolehlah berkunjung ke Gua Kelam, Hutan Lipur Bukit Bukit Ayer, Tasik Timah Tasoh, Tasik Melati, Taman Negeri Perlis dan banyak lagi.
   Muzium dan mercu tanda terkenal di Perlis pula seperti Galeri Diraja Arau Perlis, Muzium Kota Kayang, Masjid Terapung Al-Hussin & Masjid Alwi.

 Kepada yang kaki shopping sesuai pergi ke Padang Besar pekan yang bersempadan dengan Thailand. Barang-barang yang dijual di Arked Niaga dengan harga yang murah dan berpatutuan, ada jugak barang-barang yang diimport dari Thailand seperti periuk belanga dan bunga-bungaan. Jangan tekejut ada kereta dengan nombor Thailand XD. Tempat lain pula seperti Pasar Wang Kelian.
Arked Niaga, Padang Besar

    Perlis bukanlah seperti KL yang mempunyai banyak Mall, tapi terdapat jugak beberapa pasaraya yang boleh dikunjungi seperti Kompleks Arau (CMart), Giant Superstore Kangar dan Kanyangan Squere (The Store).

Tengok video untuk lebih mengenali tempat-tempat menarik di Perlis.

 Sekian, semoga bermanfaat, Sekiranya ada kekurangan boleh komen kat ruangan komen kat bawah.

P/s: Admin baru sekali datang Perlis, Tu pun tak puas jalan-jalan. InsyaAllah nanti nak datang lagi. 


Sumber & rujukan:
Wikipedia
Prezi (Budaya Perlis)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Indahnya Mimpi
Kembara Makan
Cari Destinasi

Bau Ketiak Lelaki Berkhasiat Kurangkan Stress Kaum Wanita


    Hasil kajian yang bersumberkan Human Biology Department di University Pensylvania membuktikan bahawa bau ketiak lelaki mempunyai khasiat mengurangkan stress kaum wanita. Bau dari ketiak lelaki boleh membantu menurunkan tahap stress, mengatur peredaran haid dan membantu relaksasi.

Ketiak atau dalam bahasa Latin disebut axilla adalah daerah lipatan tubuh manusia yang menghubungkan lengan atas dengan bahu. Ketiak dikenal sebagai salah satu bahagian tubuh yang sensitif saat digelitik dan sebagai salah satu bagian tubuh yang agak tersembunyi.

Mengikut laporan dari Jurnal Biology of Reproduction America, bau ketiak lelaki yang asli dan tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan exsperimen dan ujikaji untuk membuktikan kaum wanita boleh tergoda dengan bau lelaki.

Hasil dari kajian yang dilakukan, perfume semulajadi ini (bau ketiak lelaki) disapukan pada bibir wanita seramai puluhan orang berumur dalam lingkungan 25-45 tahun.

Mereka tidak diberitahu bahawa benda yang disapukan itu adalah bau ketiak / peluh lelaki sebaliknya mereka cuma diberitahu itu adalah satu ujikaji terhadap satu aroma perfume yang baru.

Selepas 6 jam, Skala mood wanita diukur mendapati mood wanita-wanita berkenaan sangat bagus berbanding sebelumnya dan menyokong pendapat bahawa bau ketiak lelaki boleh mengurangkan stress wanita.

Oleh itu para suami kenalah sentiasa menjaga kebersihan ketiak dan memastikan tiada masalah ketiak hitam supaya isteri anda boleh boleh mengamalkan mencium ketiak suami. XD

Sumber/Rujukan: Utusan Islam

Munafik 2 - Movie 2018


30 Ogos 2018 lalu telah ditayangkang filem Munafik 2 yang sangat dinanti-nantikan. Tayangan pertamanya mendapat sambutan yang hangat. Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem seram tersebut mengakui perkara seperti ini jarang berlaku dan sememangnya diluar jangkaan beliau. Filem ini juga sudah mengatasi rekod filem terhangat Malaysia, Hantu Kak Limah yang sebelum ini menugutip RM650,000 pada hari tayangan awal.

Benda sebegini jarang berlaku. Paling tidak pun, untuk tayangan awal sebegini, selalunya hanya boleh mengutip sebanyak RM500,000 ke RM600,000. Alhamdulillah, kerana secara tak langsung, ramai peminat filem kembali ke pawagam untuk menonton filem sekaligus memberi sokongan kepada filem tempatan.

Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya

Bahasa : Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi : P13
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2018
Genre : Seram
Durasi : 2 Jam 1 Minit
Pengedar : Skop Production
Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali
Pengarah : Syamsul Yusof
Format : 2D

Rupanya Ada Kampung Orang Melayu Di Pulau Cocos Australia




Sebuah pulau yang begitu terasing jauh dari negara jajahannya. Bagaikan anak yang terpisah jauh dari ibunya. Cocos Island atau dikenali sebagai Pulau Cocos yang terletak di Lautan India dan lebih tepat lagi berada jauh ke barat di antara pulau Sumatera dan pulau Jawa. Pulau ini dihuni hampir keseluruhannya orang Melayu yang asalnya dari Malaysia dan Indonesia yang beragama Islam berhijrah atau di bawa oleh British ke pulau tersebut bagi melakukan kerja-kerja penanaman, menjaga, memetik serta memperoses kelapa pada tahun 1880-an dahulu.
Lebih 150 tahun yang lepas, akhirnya menetap di kepulauan tersebut. Mereka kini sedang memperjuangkan hak mereka dari kerajaan Australia dan mahu diiktiraf sebagai penduduk asal atau ” Indigenous people” Kepulauan yang menyerupai Maldives dan mempunyai perairan yang cukup bersih dan terjaga.
Pulau Cocos memiliki 27 kepulauan dan penghuninya rata-rata berketurunan melayu Malaysia dan Indonesia dan generasinya masih mengekalkan budaya melayu yang kuat, berpakaian seperti orang melayu dan masih mengekalkan adat istiadat serta cara hidup yang lazimnya dihuni oleh orang melayu.
Terdapat sedikit pertembungan budaya Scottish yang diterapkan dalam kebudayaan seni mereka yang berkemungkinan hasil penjajahan British di kepulauan tersebut.

Kini, Pulau Cocos berada di bawah jajahan Australia setelah British menjual kepulauan tersebut kepada kerajaan Australia. Namun rata-rata rakyat Australia tidak mengetahui akan kewujudan pulau Cocos yang begitu cantik bahkan menakjubkan itu.
Sumber:Express Viral

VIDEO: Resipi Daging Masak Merah Ala Thai. Sedap & mudah!



 Raya korban baru je berlalu, maybe ada yang masih belum masak daging korban. Ni admin cadangkan resipi untuk dicuba!
 Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging lembu - rebus sehingga empuk dg pewarna merah
  • 2 ulas bawang putih - diketuk 
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1 sudu besar cili kisar 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos ikan thai 1/4 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Kacang panjang - jika suka
  • Daun sup/daun bawang 1 biji cili capsicum 1 cili merah 

Cara-cara:
  •  Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk.
  •  Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga sedikit kekuningan. Ketepikan terlebih dahulu. 
  •  Tumis bawang putih hingga naik bau dan seterusnya masukkan cili giling. 
  • Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. 
  •  Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. 
  • Perasakan dengan garam dan gula. 
  • Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.
 Nota: Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato

Video:

Selamat Mencuba!!

Sumber: Azie Kitchen

Video: Resipi Sotong Bakar Sumbat Udang Sos Cili Hijau Manis Ala Thai


Kali ni admin akan kongsikan resipi  Sotong Bakar Sumbat Udang Sos Cili Hijau Manis Ala Thai yang sedang viral di media sosial. Berikut resipinya!!


BAHAN-BAHAN

Sotong saiz besar
Isi udang
Telor

BAHAN-BAHAN SOS
Cili kecik
Gula
Garam
Cuka makanan
Bawang putih
Bawang merah

BAHAN KISAR UNTUK INTI
Bawang merah
Bawang putih
Halia

CARA-CARA MEMBUAT INTI
Hancurkan isi udang
Gaul dgn telur dan bahan kisar

CARA-CARA SUMBAT
Sumbat inti tadi dlm sotong. Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong dan kepala dia bersatu.

CARA-CARA MASAK SOTONG
Bakar sotong sumbat tadi, kemudian bila sudah masak potong sedikit tp jgn bg terpisah.

CARA-CARA BUAT SOS
Kisar semua bahan sos tadi, goreng seketika atas kuali dan biarkan gula hancur. Siap!

CARA-CARA MENGHIDANG
Curah sos cili hidup manis tadi. Siap utk dimakan.
*Bahan2 mengikut kuantiti sotong dan saiz.

Viral Dele Alli Challenge !



Kemenangan Tottenham Hotspur dalam perlawanan sulungnya menetang Newcastle, jelas menunjukkan tindakan menarik yang ditunjukkan oleh pemain pertahanan Tottenham Hotspurs, Dele Alli. Sambutan gawangnya terhadap gol Newcastle United, nampaknya banyak ditiru oleh peminat bola sepak dan juga rakan sepasukannya di Tottenham Hotspurs.

Tetapi, apa yang tampak mudah nampaknya tidak mudah dilakukan, perayaan gol Dele Alli tidak mudah ditiru. Itu kerana, kita perlu membengkokkan tangan dan melakukan lenturan yang mungkin tidak semua orang boleh lakukan.

Simbol mata seterusnya yang ditunjukkan Alli nampaknya memerlukan kaedah yang sukar dan tidak ramai yang merasa sukar untuk menirunya. Apa-apa pun, jangan sampai memudaratkan diri.





Bahaya Momo Challenge!


Pada artikel lepas, Keke Challenge yang berbahaya itu sudah saya bahas. Sekarang, trend challenge kekinian kembali bertambah dan makin berbahaya. Cabaran itu ialah Momo Challenge yang ialah "budaya" baru yang merebak melalui WhatsApp, tetapi ancaman itu tidak bermain-main kerana dah ikut sertakan masalah kehidupan!

Momo Challenge bukan satu cabaran yang seperti Keke Challenge yang memerlukan anda menari dengan kereta yang melaju. Cabaran ini jauh lebih berbahaya daripada itu. Apa yang dipertaruhkan bukanlah kemungkinan untuk diperiksa oleh pihak polis, tetapi kehidupan anda sendiri.

Cabaran ini muncul dalam bentuk akaun yang juga wujud di WhatsApp dan juga YouTube. Sudah tentu pemain cabaran ini mesti terlebih dahulu menambah nombor WhatsApp Momo untuk dapat bersembang dengannya. Pada pandangan awal semua normal kan?

Pada tahap selanjutnya, Momo akan menghantar gambar pada pemainnya, termasuk yang berbaru kekerasan disertai kewajiban bagi pemain untuk melakukan hal tersebut. Kalau pemain tidak mahu, pemain akan terancam oleh Momo sehingga ia takut

Momo Challenge ini mengingatkan kita pada tragedi Blue Whale Challenge yang berbentuk "permainan" dalam beberapa hari, dan di mana para pemain diharuskan untuk bunuh diri pada hari terakhir permainan.

Lalu siapakah Momo?
Identiti Momo tidak dikenal pasti kerana menggunakan gambar yang agak menyeramkan yang ialah ternyata karya Midori Hayashi.

Jadi, ada eloknya kita tak ikut cabaran itu kalau tidak mahu terjadi benda buruk.
Semoga artikel ini boleh bermanfaat untuk anda.
Salam...

Faedah Membaca Buku!


Buku adalah tingkap dunia, dan membaca buku adalah cara untuk membuka tingkap-tingkap ini supaya kita dapat tahu lebih banyak tentang dunia yang kita tidak tahu sebelumnya. Aktiviti ini boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja. Kanak-kanak, remaja, dewasa, dan orang tua.

Buku adalah sumber pelbagai maklumat yang dapat membuka cakrawala kami tentang pelbagai perkara seperti sains, ekonomi, sosial, budaya, politik, dan lainnya. Di samping itu, dengan membaca boleh membantu upah masa hadapan dan boleh menambah kecerdasan pada minda kita.

Berikut adalah beberapa faedah membaca buku yang boleh kita perolehi selain mendidik otak : 

1. Boleh Merangsan Mental
Otak ialah salah satu organ yang memerlukan senaman untuk tetap kuat dan sihat seperti organ lain. Dengan membaca buku, ianya boleh buat otak agar tetap aktif supaya ia boleh melaksanakan fungsi dengan betul. Beberapa kajian menunjukkan bahawa buku bacaan boleh merangsang mental dan juga mencegah Alzheimer dan demensia

2. Boleh Kurangkan Tekanan
Setelah sehari melakukan rutinitas yang buat penat, ia boleh menyebabkan tekanan. Dengan melakukan aktiviti membaca yang boleh dilakukan selama beberapa minit dapat membantu mengurangkan perkembangan hormon stres seperti hormon cortisol. Membaca boleh menjadikan minda lebih rileks supaya dapat mengurangkan tahap stres sebanyak 67%

Selain rileks, membaca buku boleh membawa kedamaian dalaman dan ketenangan. Membaca boleg mengurangkan tekanan darah dan telah ditunjukkan untuk membantu orang yang mengalami gangguan mood tertentu dan penyakit mental yang ringan. Inilah faedah membaca buku yang ramai orang biarkan, banyak orang anggap bahawa membaca buku sebenarnya membuat otakbekerja dan menyebabkan tekanan, walaupun faedah membaca buku mengurangi tekanan.

3. Boleh Menambah Pengetahuan
Dengan membaca buku boleh mengisi kepala tentang pelbagai jenis maklumat baru yang setakat ini belum diketahui yang mungkin berguna untuk kita semua nanti. Lebih banyak pengetahuan yang kia ada, maka kita akan lebih bersedia untuk hadapi cabaran kehidupan baik pada masa sekarang maupun di masa hadapan.

4. Boleh Tambah Perbendaharaan Kata
Semakin banyak kita membaca buku, semakin banyak kita akan mendapat penjelasan mengenai perkara yang belum kita ketahui, dan dapat menambah jumlah perbendaharan kata yang dapat kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Ini sudah tentu dapat bantu kita untuk dapat mengartikulasikan, membantu menyampaikan pendapat dalam bahasa lurus, dan dapat meningkatkan keyakinan ketika berbincang dengan orang lain.

5. Boleh Meningkatkan Kualiti Memori
Dengan membaca  buku boleh menyumbang kepada penigkatan kualiti otak kita dalam proses mengingat pelbagai perkara yang telah kita baca. Sebagai contoh, watak, latar belakang. cita-cita, sejarah, dan pelbagai jenis unsur atau plot. Setiap ingatan dapat membantu menjalin laluan otak dan memperkuatnya. Selain itu, dengan melakukan aktiviti membaca dapat menstabilkan mood seseorang.

6. Melatih Kemahiran Untuk Berfikir dan Menganalisis
Faedah membaca buku boleh melatih otak untuk dapat berfikir lebih kritis dan menganalisis masalah yang dibentangkan dalam apa yang kita baca. Kami suka mendapat akses atau cara untuk masuk ke jalan cerita dan membantu dalam menyelesaikan cerita. Ini dapat membantu mengembangkan watah kita pada  masa yang akan datang.

7. Boleh Meningkatkan Fokus
Apabila membaca buku, kita boleh melatih otak untuk lebih fokus dan menumpukan perhatian kepada apa yang kita baca. Ini akan melatih kita untuk dapat memberu tumpuan lebih kepada melakukan pelbagai aktiviti atau rutin harian.

8. Berlatih Untuk Boleh Menulis dengan Baik
Dengan meningkatkan perbendaharaan kata yang kita dapat dari membaca buku, ianya secara automatik boleh membantu kita untuk membuuat tuilsan kita sendiri dalam bahasa yang sama baik atau lebih baik daripada apa yang telah kita baca sebelum ini

9, Boleh Memperpanjang Pemikiran Seseorang
Seseorang yang suka membaca buku telah dilaporkan mempunyai tahapan kreativiti yang lebih tinggi daripada orang yang tidak suka membaca. Dengan membaca buku, kita dapat berkongisi pengalaman dengan orang lain tentang pelbagai perkara, yang kemudainnya boleh kita buat sebagai pertimbangan untuk dapat memutuskan sesutatu.

10. Boleh Meningkatkan Hubungan Sosial
Kegiatan gemas membaca buku ini juga mempengaruhi aspek kehidupan sosial manusia, di mana ia boleh lebih mengenal berbagai macam ciri-ciri, budaya, maupun kehidupan sosial suatu masyarakat. Sehingga apabila suatu saat ia melawat ke tempat tersebut, ia telah tahu bagaimana cara bersikap untuk menghoramti adat serta budaya mereka.

Nah.. itu dia 10 Faedah membaca buku! Semoga bermanfaat bagi anda!
Salam....


Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.