Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

[Terkini] : Gaza diserang lagi dan Hak Pemilikan Bukit Golan


Serangan roket Rejim Zionis ke atas Gaza


DALAM tempoh 24 jam sahaja, ada dua tragedi besar yang menimpa umat Islam: pertama ialah kepungan dan pengeboman besar-besaran Zionis Israel di Gaza bertujuan membunuh seluruh pemimpin Hamas Palestin secara total. Tragedi kedua ialah pengiktirafan Amerika bahawa Bukit Golan yang dijajah Zionis dari Syria kini milik Israel.

2. Tarikh 25 Mac 2019 menjadi saksi betapa bumi Gaza kembali dihujani bom Israel – serentak dengan keangkuhan Presiden Amerika Donald Trump menandatangani pengisytiharan Bukit Golan sebagai milik negara haram Zionis itu. Majlis menandatangani pengiktirafan haram ini tentulah turut dihadiri Perdana Menteri Israel Netanyahu.

3. Langkah hina ini menyamai tindakan Trump sebelum ini yang mengiktiraf Baitulmaqdis – tempat suci ketiga umat Islam – sebagai ibu negara haram Israel pada Disember 2017. Seperti mana status Baitulmaqdis yang pada hakikatnya dijajah oleh Israel, begitulah juga dengan Bukit Golan.

4. Jika Baitulmaqdis dijajah secara berperingkat-peringkat oleh Israel melalui Perang 1948 dan kemudiannya melalui Perang Enam Hari 1967, Bukit Golan pula dirampas dari Syria dalam Perang Enam Hari 1967 dan dipertahankan melalui Perang Ramadan (atau Perang Yom Kippur) 1973. Sejak 1981, Israel meluaskan pendudukan haram mereka di sana meski pun dikecam masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi Majlis Keselamatan 497 dan Resolusi 242.

5. Resolusi Majlis Keselamatan 497 jelas menyatakan bahawa ‘keputusan Israel untuk melaksanakan undang-undang, bidang kuasa, dan pentadbiran di wilayah Bukit Golan milik Syria yang diduduki adalah batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan perundangan antarabangsa’.

6. Resolusi Majlis Keselamatan 242 pula memberi garis panduan jelas bahawa wilayah yang dirampas melalui peperangan adalah tidak sah untuk dimasukkan sebagai wilayah milik negara yang menjajah berkenaan.

7. Hakikatnya, Amerika jelas hipokrit apabila mereka dahulu berdegar-degar menentang tindakan Rusia mengambil alih wilayah Crimea pada 2014 – meski pun ia disokong sebulat suara melalui referendum warga Crimea sendiri dan juga latar sejarah Kesatuan Soviet dahulu.

8. Pentadbiran Donald Trump juga hipokrit apabila bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan Taiwan daripada ancaman penjajahan China; beliau sebaliknya berlindung di sebalik alasan yang tidak masuk akal apabila menandatangani perisytiharan Bukit Golan sebagai milik Israel.

9. Donald Trump menggunakan alasan kononnya Bukit Golan bakal menjadi sasaran untuk melancarkan serangan ganas – contohnya dari Iran, pengganas di selatan Syria, dan Hezbollah – ke atas Israel.

10. Syria yang baru sahaja dalam proses pemulihan pasca-ISIS tentu sahaja tidak akan berdiam diri dengan perisytiharan ini; Damsyik menyifatkan tindakan Trump ini sebagai ‘serangan ke atas kedaulatan dan integriti wilayah Syria’ lalu menjadikan Amerika sebagai musuh seluruh orang Arab.

11. Hampir serentak dengan perisytiharan Trump yang disaksikan Benjamin Netanyahu di Washington, Israel telah melancarkan serangan roket dan bom bertubi-tubi ke atas bangunan yang dituduh IDF sebagai pejabat Ismail Haniyeh di kejiranan Rimal, Gaza.

12. Serangan ini disifatkan Netanyahu sebagai tindak balas kepada serangan roket yang dituduh dari Hamas di Tel Aviv – sebaliknya Hamas menafikan tuduhan ini. Lebih melampau, rejim Zionis kini telah memulakan operasi pembunuhan para pemimpin Hamas di seluruh Gaza.

13. Secara tersiratnya, Netanyahu sebenarnya bakal berdepan pilihan raya Israel pada 9 April ini, dan beliau dicabar sengit bekas jeneral IDF Benny Gantz. Buat pertama kalinya, tinjauan pada awal Mac menunjukkan bahawa Benny Gantz kini mendahului Netanyahu.

14. Donald Trump pula baru sahaja ‘bebas’ daripada hambatan kontroversi campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden Amerika 2016. Ringkasan laporan siasatan Robert Mueller menyaksikan Trump diputuskan AG sebagai tidak berkomplot dengan Rusia sewaktu kempen untuk mensabotaj calon Demokrat ketika itu, Hillary Clinton.

15. Keputusan terkini ini tentulah melegakan Trump – namun ia tetap boleh menjadi motivasi besar sewaktu beliau mengumumkan hasrat untuk mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel beberapa hari lalu.

16. Saat ini, tidak kira berapa banyak sekali pun kecaman demi kecaman dilaungkan terhadap Israel dan Amerika Syarikat, kedua-dua negara ini jelas sekali membakul sampah segala undang-undang antarabangsa mahu pun piawaian hak asasi manusia.

17. Dalam kalangan pemimpin Dunia Islam pula, mereka lebih mengutamakan peperangan sesama sendiri seperti di Yaman sejak 2015 dan juga pemulauan Qatar sejak 2017. Mesir pasca-Ikhwan Muslimin pula ibarat singa yang tidak lagi bergigi – sekadar menjadi pemerhati tatkala saudara dan jiran mereka di Gaza dibom Zionis.

18. Meskipun negara-negara Arab semakin hampir untuk memiliki kerangka pakatan ketenteraan ala-NATO Arab (Middle East Strategic Alliance MESA), hampir mustahil pakatan itu nanti dijadikan sandaran tekanan apatah lagi dikerahkan untuk melindungi saudara mereka di Gaza mahu pun kedaulatan wilayah Bukit Golan daripada terus dijajah Zionis.

19. Sesungguhnya, tidak wajar kita memandang rendah keupayaan Hamas melindungi diri mereka dengan izin Allah s.w.t. Al-Quran sendiri telah mencatatkan bagaimana kisah Nabi Daud a.s. menewaskan Jalut (Goliath) yang lebih perkasa. Telah tercatat dalam Sirah bagaimana angkatan tentera Islam yang bersaiz lebih kecil berjaya memenangi Perang Badar. Sejarah sendiri membuktikan bagaimana Hamas berulang kali berjaya menahan dan menangkis serangan yang dilancarkan Zionis Israel sebelum ini.

Ya ALLAH, lindungilah Hamas. Lindungilah Gaza. Lindungilah Bukit Golan. Peliharakanlah kami umat di akhir zaman.

**Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Trump (Kiri) , Netanyahu (Tengah)


Bukit Golan


Sumber :  https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/20205

Kelayakan Piala AFC U23 : Harimau Muda Atasi Laos



SHAH ALAM : Harimau Muda di bawah kendalian Ong Kim Swee berjaya mengatasi Laos dengan perlawanan yang berakhir tepat pada jam 10.35 malam tadi.


Gol sulung perlawanan dijaringkan oleh Safawi Rashid di minit-minit akhir perlawanan. Sepakan percuma yang melencong cantik, terkena tiang dan terpantul oleh Penjaga Gol Laos telah berjaya memasuki gawang Pasukan Laos.


Namun, permainan Harimau Muda pada malam ini dilihat sedikit kelam-kabut dengan banyak hantaran-hantaran tidak tepat kepada sasaran walaupun banyak peluang dihasilkan oleh pasukan Malaysia yang hampir-hampir mencatat jaringan.


Harimau Muda akan menentang pasukan China selepas ini yang dijangka akan menurunkan kesebelasan terbaik yang pastinya akan menguji kebolehan dan taring sebenar Harimau Muda.


Adalah diharapkan pasukan Malaysia dapat memperbaiki segala kelompangan dan kegoyahan permainan dan memberi sepenuh komitmen dan fokus kepada perlawanan seterusnya.


Semoga berjaya, Harimau Malaya

Airmarine Cup 2019 : Malaysia ke-3




BUKIT JALIL : Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akhirnya menunjukkan kebolehan yang sebenar apabila berjaya menundukkan Afghanistan dengan keputusan 2-1 petang tadi. Hal ini sekaligus menjadikan Malaysia pemenang tempat ke-3 bagi edisi ini.



Skuad yang sama sebelum ini dilihat longlai dan hilang taringnya apabila ditundukkan oleh Singapura akibat kelalaian barisan pertahanan mengawal pemain muda lincah Singapura, Faris Ramli. Namun, pada perlawanan petang tadi, ternyata Skuad Malaysia lebih fokus dan kreatif mencipta peluang jaringan. Hal ini dibuktikan dengan statistik menunjukkan 13 percubaan dihasilkan dan 7 daripadanya adalah percubaan tepat. 

Pemain bertubuh kecil, Faiz Nasir nyata persis dengan peribahasa Melayu, "Kecil-kecil cili padi" apabila meledak gol cantik dengan tendangan deras tepat ke penjuru kiri gol Afghanistan. Sebelum itu, pemain Afghanistan, Faisal Sayestesh juga meledak gol cantik dengan sepakan lencong yang berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat atau gelarannya Apek.


Gol kemenangan pula adalah hasil kesilapan pemain pertahanan Afghanistan yang menendang masuk bola hasil hantaran lencong Matthew Davies yang mengelirukan pemain lawan.

Kemenangan ini hanyalah suatu permulaan kepada perjuangan yang masih sangat panjang, konsistensi dan fokus perlu ditingkatkan dalam diri pemain agar tidak timbul tenggelam sebaliknya terus berprestasi cemerlang. Apapun, tahniah diucapkan kepada pemain dan semua pihak yang terlibat.

Ayuh, Harimau Malaya, kita robek Asia!

Kelayakan Piala AFC U23 : Harimau Malaya baham Filipina


SHAH ALAM : Skuad kendalian Ong Kim Swee yang diperkuat dengan gabungan bekas pemain daripada Piala AFF Suzuki, telah berjaya mengalahkan Pasukan Filipina di tempat sendiri.

Harimau Malaya berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 0 dan 2 daripada gol tersebut dijaringkan oleh pemain dengan tag '12 juta' , Akhyar Rashid. Manakala, satu gol lagi dijaringkan oleh pemain gantian lincah, Faisal Halim atau gelarannya Mickey.

Gawang Filipina dirobek seawal minit ke-3 dengan sepakan deras daripada Akhyar Rashid hasil hantaran daripada Syahmi Safari. Kemudiannya , selepas asakan demi asakan, pada minit ke-30, Akhyar dengan bergaya menjaringkan sebuah lagi gol dengan teknik "Back heel" selepas bola tersebut gagal dikawal kemas oleh Syamer Kutty Abba. Manakala gol ke-3 dijaringkan Faisal Halim dengan gelecekan dan skill individu yang menarik yang berjaya menewaskan penjaga gol Filipina, Michael Asong pada minit ke-80.

Semestinya kejayaan ini akan menjadi penanda aras kepada skuad Ong Kim Swee kerana mereka akan bertemu dengan pasukan Laos, yang sebelum ini diratah China dengan keputusan 5-0. Kedua-dua pasukan akan bertemu pada Ahad, 24 Mac 2019, dengan sepak mula pada jam 8.45 malam.

Adalah diharapkan bahawa Harimau Malaya tidak alpa dengan kemenangan ini sebaliknya terus cakna dan bersedia menghadapi perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Selamat berjuang!

Serangan di New Zealand, Mufti Gesa PUBG Diharamkan, Syed Saddiq Kata Tiada Kaitan


Jumaat lalu, dunia dikejutkan dengan insiden berdarah di masjid Christchurch, New Zealand berikutan serangan terhadap sebuah masjid yang mengakibatkan berpuluh-puluh Muslim meninggal dunia dan tercedera.

Suspek utama (Brenton Tarrant) yang kini telah ditahan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia telah membuat live (liputan secara langsung) di Facebook miliknya ketika dia melakukan serangan. Menerusi video itu, rakaman disiarkan melalui kamera badan daripada perspektif point-of-view dan digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan PlayerUnknown's Battleground (PUBG).

Haramkan PUBG : Mufti

Susulan daripada serangan tersebut, Mufti kerajaan Negeri Sembilan telah menggesa pihak kerajaan untuk mengharamkan permainan video berkenaan. Permainan itu dilihat mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan, kata Datuk Mohd Yusof Ahmad (Mufti Negeri Sembilan).

Mohd Yusof berkata, bagi umat Islam ia bukan perkara baik tambahan pula boleh dimainkan sesiapa menggunakan komputer riba dan telefon bimbit.
Sebagai kerajaan, perhatikanlah baik dan buruk dan sebagai Menteri fikirlah adakah ia sesuai dijadikan sukan E-Sport” katanya.
“Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas” 

Walaubagaimanpun, kenyataan tersebut telah dijawab oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.

“Percayalah ada atau tidak games (permainan berunsur penembakan dalam talian), kalau orang (suspek) dah ada fahaman exterisme… mereka akan buat dan lakukan keganasan itu,” -katanya.

Syed Saddiq berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Festival Asia GT di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau telah memberi penjelasan penuh di Instagram (@syedsaddiq) berikutan kenyataan tidak setuju mengenai pengharaman PUBG. 

''Kita perlu memastikan anak muda kita tidak ketagih untuk main game dan pada masa sama, kalau ada unsur keganasan yang agak jelas, kita hanya benarkan mereka yang berumur 18 tahun ke atas untuk bermain game tersebut,"






5 Telefon Pintar harga bawah RM1000!

KEK BATIK MUDAH CIK PUAN SEDAPP !


                                     Image result for kek batik


bahan-bahan
 - Milo ( pek kecil 200g)
- buttercup ( saya x pakai semua , pakai separuh ja)
- 1 tin susu pekat
- serbuk koko
- coklat cadbury
- biskut mariee



cara membuat:-

- cairkan buttercup tadi ( separuh pun boleh)
- masukkan susu pekat sikit demi sikit ( jangan masukkan 1 tin susu  nanti manis habis kencing manis ahahaha )
- tuangkan Milo tersebut perlahan2 (takut nanti susah nak gaul)
- kemudian , gaulkan hingga sebati.
- masukkan 2 atau 3 baris coklat cadbury ke dalam adunan tersebut dan gaul hingga sebati.
-masukkan biskut Marie ( kalau adunan coklat tu banyak , 1 pek biskut marie pun boleh, tapi saya selalunya masukkan biskut tu separuh ja heheh ) Patah2 kan biskut menjadi 2 bahagian.

#tambahan:-

- kalau telebih rajin , cairkan coklat cadbury ( didihkan air panas , kemudian tuangkan kedalam 1 bekas dan cairkan coklat tersebut . oh iya, jangan didihkan dkat api)
- letakkan coklat yang tersebut di atas kek batik yang sudah selesai di susun.


SIAP !😍😎



resepi kek batik sukatan cawan

sumber: gambar google

kek batik telah pun siappppp :D

SELAMAT MENCUBA !💗😋😊

Keputusan SPM 2018 Pada 14 Mac


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan 14 Mac ini. 

 Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan hari ini, berkata calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.


Keputusan SPM calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.


Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888 atau laman sesawang sppat.moe.gov.my/semakan yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 14 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 20 Mac

Sumber: Berita HarianAstro Awani

Siri Akhir Zaman : Mindcontrol



   Dalam menyelusuri zaman kemodenan sains dan teknologi ini, muncul satu pendapat, akan satu konspirasi, yang menyedarkan kita dan kembali ke realiti, namun masih ada yang di alam fantasi.


  Adakah pada hari-hari biasa yang kita lalui, kawalan minda ataupun Mindcontrol benar-benar berlaku? Atau apa mungkin tanpa sedar, kita sebenarnya sedang 'dikawal'?


  Untuk kita mengetahui dan merancang perjalanan di masa hadapan, kita perlu menilai sejarah. Kerana sejarah itu penting dan memberi pengajaran. 


  Dunia pernah digemparkan dengan peristiwa MK-ULTRA. MK-Ultra merupakan operasi rahsia Central Intelligence Agency CIA dimana mereka menjalankan eksperimen ke atas rakyat Amerika Syarikat secara rahsia.


  Tujuan eksperimen ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti bagaimana dadah seperti LSD dan dadah lain berfungsi dalam mengawal minda, mengumpul maklumat dan sebagainya. Projek ini dijalankan secara sulit daripada 1953 hingga 1973.


  Namun begitu, perkara ini hanya didedahkan kepada orang ramai pada tahun 1975. Hanya setelah berjuta-juta orang terkesan daripadanya.

Sumber : Pinterest.com

  Jelaslah di sini bahawa, mereka boleh mengawal minda kita, dan dadah adalah salah satu medium mereka. Lihat sahaja bagaimana penyalahgunaan dadah pada hari ini berada pada kadar yang membimbangkan.


  Selain itu, antara medium yang turut digunakan adalah melalui media massa dan media sosial. Sedar atau tidak, kita ibarat dikawal bila sahaja menatap televisyen atau mungkin telefon pintar yang berada di tangan kita sekarang.


  Pelbagai propaganda, keseronokan dan hiburan tersedia hanya dengan satu klik sahaja . Kita terus lalai, dan alpa seperti berada di awang-awangan dan seakan-akan boleh terbang. 


Nantikan sambungan Siri Akhir Zaman dalam artikel yang seterusnya.

  

[VIDEO] Subahanallah! Puluhan Burung Helang Berlegar Di Udara Semasa Perhimpunan Aman Bantah Penghinaan Nabi


IPOH: Jumaat lalu, kira-kira 500 orang menghadiri Himpunan Ummah Bantah Hina Nabi anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Ummah, di perkarangan Medan Selera Dato’ Sagor bersebelahan Masjid Sultan Idris Shah II, selepas solat Jumaat hari ini.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Ummah Perak dan Jaringan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerak Ummah selepas solat Jumaat.

“Tindakan menghina Nabi Muhammad SAW merupakan satu ancaman kepada agama dan perpaduan kaum. Jika budaya ini diteruskan, ia boleh mencetuskan sesuatu yang tidak baik, khususnya dalam beragama yang mana Islam merupakan agama Persekutuan,” kata Fairuz Hafiz Othman selaku Penyelaras program tersebut.

Program tersebut juga dianjurkan di negeri-negeri lain seperti Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan Putrajaya sebagai tanda solidariti umat Islam bagi membantah penghinaan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

 Semasa program itu berlangsung, berlaku fenomena luar biasa dimana sekumpulan burung helang terbang berlegar di udara. Burung helang kebiasaanya tidak terbang berkelompok. Subahanallah!



Sumber: Express Viral




PRK Semenyih: "Aku Dah Sedia Terima Yang Buruk" -Uncle Kentang


Kuan Chee Heng dalam akaun Facebooknya sebentar tadi telah memuat naik status. “Jangan kamu risau untuk aku. Aku dah bersedia menerima yang buruk,” tulisnya dalam status tersebut. 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang seolah-olah mengetahui dia akan berdepan kekalahan dalam pertarungan empat penjuru itu. Beliau juga meminta pengikut di akaun Facebook miliknya tidak berduka cita dengan kekalahnya itu.

“Tolong ‘rileks’. Saya hanya mencari 50 undi ke 100 undi. Jangan kamu risau untuk aku. Aku dah bersedia menerima yang buruk. Tetapi saya mahu pengikut jangan berdukacita.

“Kita telah cipta satu rangkaian orang susah di Semenyih dah. So rileks ye. Jangan bersusah hati untuk uncle,” tulisnya dalam status itu.

Kekalahan teruk dalam PRK telah dapat beliau jangkakan apabila menentang tiga lagi calon, masing-masing Zakaria Hanafi (BN); Muhammad Aiman Zainali (PH) dan Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul. Namun, beliau tetap tenang dan berasa lega kerana impiannya bertandung mewakili orang susah dapat dipenuhi.

PRK Semenyih telah menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula kerusi tradisinya di Semenyih apabila calonnya Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undian.

Sumber: Astro Awani

[RASMI] BN Menang Pilihan Raya Kecil Semenyih


SEMENYIH: Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula kerusi tradisinya di Semenyih apabila calonnya Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undian.

Zakaria, 58, meraih 19,780 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi; Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi).

Jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Semenyih meningkat kepada 73.24% berbanding beberapa PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.


Kemenangan BN ini telah menambah satu lagi kerusi di DUN Selangor kepada lima selepas menang empat kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lalu, manakala PH menguasai 50 kerusi dan satu kerusi milik PAS.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian Allahyarham Bakhtiar Mohd Noor di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Sumber: Metro OnlineAstro AwaniBernama

VIDEO: Budak Lelaki Ini Pasang No. Plat 'Bossku' Dekat Motor. Ini Tindakan Polis...



Tag line 'Malu Apa Bossku‘ yang dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak menjadi semakin hangat apabila seorang budak lelaki ditahan oleh polis kerana menggunakan tagline ‘Bossku’ sebagai nombor plat.

Viral di media sosial sebuah video berdurasi 1:16 saat yang di muat naik melalui Facebook JB Traffic Report, yang menunjukkan seorang budak lelaki kelihatan sedang menangis apabila polis menahan dirinya dan diminta untuk membuang sticker no plat 'Bossku'. Budak lelaki itu juga meraung apabila abang-abang polis itu menyakatnya.



Pihak polis menyoal budak tersebut berkaitan plat nombor yang digunakan serta ingin mengeluarkan saman jika budak itu tidak menanggalkannya.

Pihak polis juga meminta budak tersebut menghubungi ibu bapanya supaya tampil ke tempat kejadian sambil menyakat untuk menggari tangannya jika dia tidak berhenti menangis.

Kebanyakan netizen terhibur dan memberi komen terhadap reaksi kesedihan budak lelaki tersebut.
Sumber:  Oh BulanJB Traffic Report

VIDEO: Feri Penumpang Langkawi Terbakar


Menerusi Berita Harian, sebuah feri penumpang terbakar semasa dalam perjalanan dari jeti pekan Kuah ke Kuala Perlis. Kebakaran itu terjadi selepas baru sepuluh minit feri tersebut berlepas dari jeti. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Kedah kejadian berlaku kira-kira pada jam 3 petang tadi.


Kesemua penumpang feri tersebut berjaya diselamatkan selepas beberapa bot nelayan dan bot pelancong yang berhampiran menyedari kejadian itu.

Maklumat awal juga mendapati, terdapat mangsa yang bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, punca kejadian masih dalam siasatan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kedah berkata bahawa pihaknya telah menerima panggilan kecemasan jam 2.48 petang dan terus segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pantai.

PPBM Mungkin Akan Lebarkan Sayap Ke Labuan


LABUAN: Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli tidak menolak kemungkinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan masuk ke Labuan selepas ia 'dapat bertapak' di Sabah.


Katanya kini terdapat satu kumpulan yang beliau kenal sedang berusaha untuk menubuhkan bahagian parti itu di sini dan telah mendaftarkan ramai penduduk sebagai ahli Bersatu.


"Sudah tentulah sekiranya kepimpinan Bersatu telah memutuskan untuk masuk ke Sabah, kami amat yakin ia akhirnya akan berkembang juga ke Labuan, dan kami amat mengalu-alukan perkara itu," katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Kesihatan UTC di sini hari ini.


Beliau berkata landskap politik semasa menyebabkan banyak orang ingin melihat perubahan politik mengikut acuan politik mereka sendiri.


"Sebagai presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafei Apdal telah mengeluarkan kenyataan positif bahawa partinya tidak akan menyekat Bersatu daripada memasuki Sabah. Saya sebagai anggota Parlimen dari parti Warisan perlu akur dengan kenyataan itu," katanya.


Rozman berkata beliau juga tidak menolak kemungkinan (sekiranya Bersatu telah masuk ke Labuan), akan ada permintaan untuk menyertai senarai kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH) pada masa depan.


"Bersatu juga adalah salah satu parti komponen PH, sudah tentu mereka (pemimpin) mahu dimasukkan dalam senarai PH, apabila parti telah menyertainya tetapi kami mempunyai formula untuk memastikan semua orang diberi ruang, " kata Rozman.


Beliau berkata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh adalah seorang pemimpin Bersatu dan Rozman percaya parti itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri untuk memberi sumbangan kepada penduduk Labuan.


Para pemerhati politik tempatan menjangka kemasukan Bersatu ke Labuan akan menyaksikan penyusunan semula senarai anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Majlis Perwakilan Penduduk kerana penyenaraian mereka adalah berdasarkan nisbah parti-parti politik dalam PH yang terdiri daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Warisan dan DAP. -- BERNAMA


Sumber: Bernama

Ketiak & Badan Anda Berbau Busuk? Ini Sebabnya...


Assalamualaikum & salam sejahtera, 

  Pernah tak terfikir kenapa badan dan ketiak berbau sedangkan mandi 3 kali sehari? Artikel kali ini akan memberikan 5 sebab kenapa badan berbau!

1. Badan ada dua kelenjar berbeza

Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak, "tut" dan sebagainya. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.


2. Makanan

Makanan yang kita makan juga sebenarnya akan mempengaruhi bau badan. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.


3. Rambut boleh mengeluarkan bau

Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.


4. Stress

Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Hal ini disebabkan, bukan sahaja anda yang stress malah bau-bau yang anda hasilkan juga akan menyebabkan orang lain jiwa kacau. Haha. XD


5. Penggunaan produk yang salah

Penggunaan produk seperti sabun akti bakteria secara berlebihan juga akan menyebabkan badan berbau. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh. Boleh guna tapi jangan berlebihan 😉


Sumber: Remaja


La Tahzan : Peritnya sebuah pengharapan





                            Image result for tumblr human





 kita ni manusia yang hanya mampu meancang semua dengan sempurna akan tetapi kadang kita alpa bahawa Allah itu lagi sebaik- baik perancang berbanding manusia .

" Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit adalah berharap kepada manusia" - Ali bin Abi Talib.

perkara di atas sudah jelas menyatakan bahawa setiap apa yang kita harapkan janganlah berlebihan . pengharapan yang bilamana kita terlalu mengharapkan sesuatu perkara akan menjadi milik kita sebaliknya tidak .bagi segelintir manusia sudah pasti akan menyatakan "cakap senang la, kau tak pernah lalui benda ni" . Persoalannya mengapa kita perlu berharap pada manusia sedangkan Allah yang ada sentiasa bersama kita juga akan bantu bila kita ditimpa masalah. MANUSIA bukan tempat untuk kita bergantung sepanjang masa.



"Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari gundah gulana dan rasa sedih ...." (HR.Bukhari dan Muslim )

Carilah pencipta kita bila kita ditimpa masalah atau halangan kerana bukan semua yang kita kongsi masalah kita dengan manusia akan dapat menyelesaikan semuanya. Ingat! disebalik musibah dan cabaran yang kita hadapi ada hikmahnya , "Allah tidak akan menguji hambanya diluar Kemampuan seseorang itu" 



Akhir sekali, jelaslah bahawa a[abila kita terlalu mudah untuk berharap kepada manusia kelak kita sendiri yang akan merana kerana kadang kita sendiri alpa bahawa Allah sentiasa ada bersama kita . Maka banyakkan beribadah ,berdoa agar dengan masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan bukan hanya tahu bersedih sepanjang masa tanpa memohon pertolongan DariNya. Wallahualam.

Kenapa Ketiak dan Badan Berbau Busuk? Ini Faktanya...


Assalamualaikum & salam sejahtera, 

  Pernah tak terfikir kenapa badan dan ketiak berbau sedangkan mandi 3 kali sehari? Artikel kali ini akan memberikan 5 sebab kenapa badan berbau!

1. Badan ada dua kelenjar berbeza

Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak, "tut" dan sebagainya. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.


2. Makanan

Makanan yang kita makan juga sebenarnya akan mempengaruhi bau badan. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.


3. Rambut boleh mengeluarkan bau

Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.


4. Stress

Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Hal ini disebabkan, bukan sahaja anda yang stress malah bau-bau yang anda hasilkan juga akan menyebabkan orang lain jiwa kacau. Haha. XD


5. Penggunaan produk yang salah

Penggunaan produk seperti sabun akti bakteria secara berlebihan juga akan menyebabkan badan berbau. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh. Boleh guna tapi jangan berlebihan 😉


Sumber: Remaja



Muslim : Gelaran semata-mata ?



  Muslim merupakan gelaran yang diberikan kepada insan yang menganuti agama Islam, Agama Allah. Namun gelaran ini sering disia-siakan bagaikan melepaskan betuk di tangga.

  Sebagai seorang muslim, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita untuk mengaplikasikan dan mengamalkan segala amalan dan suruhan Allah Azzawajalla atau istilahnya, kehidupan beragama. Kehidupan yang berlandaskan kepada agama dan ajaran Islam sudah semestinya akan terus lurus tanpa dipesongkan oleh anasir dan hasutan yang membinasakan. 

  Terdapat beberapa kriteria muslim yang baik yang boleh diperolehi daripada hadis-hadis sahih yang menjelaskan apa sebenarnya definisi muslim yang baik itu.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW bersabda: "Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.” (Hadith riwayat al-Bukhari,No. 10, 6484, Muslim, No. 40)

  Dapat diperhatikan daripada hadis tersebut akan betapa pentingnya seorang muslim memelihara lidah dan tangannya dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana, lidah dan tangannya yang turut menjadi punca atau boleh diibaratkan sebagai lombong dosa tanpa kita menyedarinya. Sebagai contoh, menyebarkan fitnah, mencuri, mengucapkan perkataan-perkataan kesat dan sebagainya.

   Seyogia itu, sebagai seorang muslim, kita sewajarnya memelihara tutur kata dan perlakuan kita kerana kita mencerminkan agama Islam itu sendiri terutama sekali, dalam zaman modenisasi dan akhir zaman yang mencabar ini, mudah sekali untuk kita melakukan kesalahan-kesalahan tersebut sekiranya iman kita tidak teguh dan goyah. 

   Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha mengukuhkan dan mengutuhkan iman dan kesatuan kita sebagai muslimin dan muslimat. Usah biar pengaruh dan anasir yang membinasakan memusnahkan iman kita. Teguhkan iman kita seperti tembok yang kental dan tebal, tidak bergerak walau sejengkal pun dibadai ombak ganas menerpa. Sesungguhnya Islam itu indah, dan Islam itu kuat.


Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.