Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

FOTO : koleksi kereta "retro" yang digunakan pada masa dahulu kala

Sarapan termurah

Jasin: Walaupun berdepan dengan kos bahan mentah yang semakin meningkat peniaga gerai di Kilometer 13, Jalan Bukit Tembakau di pekan Umbai, di sini, masih mengekalkan harga nasi lemak kukus dan secawan teh pada harga RM1.

Kedai makan milik Anuwar Mat Sani, 43, yang jaraknya hanya 15 kilometer dari Bandar Melaka itu menawarkan sarapan pada harga paling patut buat penduduk sekitar Umbai, malah peniaga itu mendakwa tidak pernah menaikkan harga sejak mula berniaga pada 2010.

Anuwar juga tidak lokek dan pemurah kerana sedia melayan kerenah pelanggan yang mahu menu seperti menambah telur goreng dan menukar kepada Milo ais kerana caj tambahan dikenakan hanya RM1.

Menurutnya, antara faktor dia tidak menaikkan harga nasi lemak disebabkan tidak mahu hilang daya penarik pelanggan ke kedainya selain beranggapan pelanggannya berhak mendapat harga yang sepatutnya untuk bersarapan.

Selain itu, katanya, harga murah itu ditawarkan kerana dia tidak perlu membayar sewa bulanan kedai kerana berniaga di premis miliknya sendiri sekali gus, mampu menyerap kos tambahan setiap kali berlaku kenaikan harga barang mentah di pasaran.

“Alhamdulillah, walaupun saya perlu menggaji tiga pekerja, saya masih mampu menawarkan harga minuman dan makanan berpatutan di kawasan ini,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Anuwar, bagi sepinggan nasi lemak berlauk, setiap ketul ayam goreng dikenakan harga RM2 dan tambahan 50 sen bagi ayam masak sambal.

Katanya, bagi setiap minuman panas pula berharga 50 sen manakala minuman ditambah susu atau berais berharga RM1.

“Ramai yang tertanya-tanya mampukah saya meraih keuntungan pada harga begitu murah berbanding keadaan semasa.

“Tapi saya menyatakan cukuplah dengan keuntungan yang ada walaupun tidak banyak,” katanya.
Premis perniagaan milik anak jati kampung itu dibuka bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan ditutup pada hari Jumaat.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/53781

Bandar pelik di dunia

Setiap kali merancang percutian sudah pasti lokasi atau bandar yang paling menarik dan cantik di seluruh dunia yang menjadi pilihan utama.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sukakan kelainan di bawah ini disenaraikan bandar paling pelik di dunia yang boleh dilawati.

Bandar Kerdil, China
Bandar yang terletak di wilayah Kunming ini digelar Bandar Kerdil kerana semua penduduknya mempunyai ketinggian bawah 1.3 meter.

Komuniti yang ditubuhkan pada 2009 oleh sekumpulan orang kerdil ini lengkap dengan perkhidmatan bomba dan polis.

Penduduk di sini membina rumah mereka seperti taman tema termasuk berbentuk cendawan.
Mereka turut memakai kostum seperti yang terdapat dalam cerita dongeng untuk menarik kedatangan pelancong di sini.

“Orang kerdil sering menjadi bahan jenaka dan dieksploitasi oleh orang normal.

“Tetapi komuniti kami di sini semuanya orang kerdil dan apa yang kami lakukan adalah untuk diri sendiri,” kata jurucakap bandar itu, Fu Tien.

San Juan Chamula, Mexico
San Juan Chamula adalah sebuah bandar terpencil di kawasan tanah tinggi di negeri Chiapas, Mexico.

Penduduk di sini tidak suka gambar mereka dirakamkan kerana percaya sebahagian jiwa mereka diambil bersama imej berkenaan.

Suasana di bandar ini sedikit menyeramkan dan pengunjung boleh melawat sebuah gereja di sini yang terkenal dengan amalan ilmu hitam.

Bayi di sini juga diberi minum air Coca Cola supaya mereka sendawa sekali gus membuang roh jahat daripada badan mereka.

Pulau Aoshima, Jepun
Pulau terpencil yang terletak di selatan Jepun ini turut dikenali sebagai Pulau Kucing kerana jumlah haiwan itu berlipat kali ganda lebih banyak berbanding penduduknya sendiri.

Pada asalnya kucing dibawa ke pulau itu untuk mengawal tikus yang sering merosakkan peralatan menangkap ikan di bot nelayan.

Bagaimanapun, apabila industri perikanan semakin hilang akibat ramai penduduk berhijrah ke bandar, populasi kucing mula meningkat.

Sehingga kini, lebih 120 kucing tinggal di Aoshima bersama hanya segelintir penduduk yang kebanyakannya warga emas yang tinggal di sini sejak Perang Dunia Kedua.

Coober Pedy, Australia
Seramai 3,500 penduduk tinggal di bandar perlombongan di selatan Australia ini tetapi apa yang luar biasa semua mereka tinggal di bawah tanah.

Semua penduduk membina kediaman mereka di bawah tanah atau gua lumpur malah bandar ini turut dilengkapi dengan gereja, muzium, galeri seni dan juga bar bawah tanah.

Pelancong yang datang ke bandar ini juga boleh tinggal di hotel bawah tanah bagi merasai pengalaman seperti penduduk tempatan.

Bandar ini adalah antara pengeluar batu opal dunia dan menjadi sumber utama pendapatan mereka.

Kawasan lapang yang tandus menjadikan suhu di bandar ini mencecah sehingga 50 darjah celsius dan lokasi yang paling sesuai untuk didiami adalah di bawah tanah.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/52040

Manusia goyang kaki

Peranti elektronik akan mengambil alih manusia untuk menjadi pengguna Internet paling besar dalam dunia baru yang membabitkan sensor elektronik, rumah pintar dan tanda atau tag yang mampu mengesan tabiat dan pergerakan pengguna.

Revolusi teknologi masa depan akan menyaksikan manusia, perkakasan elektronik, objek dan pangkalan data berhubungan dalam masa sebenar melalui Internet.

Dalam dunia masa kini, kita menuju ke era baru yang nyata dengan menyaksikan Internet akan muncul sebagai kuasa utama pelbagai penggunaan sedangkan manusia hanya menjadi minoriti.

Fiksyen sains secara perlahan menjadikan fakta sains itu ke dalam ‘Internet of Things’ atau Internet (IoT) atau Internet untuk segalanya berasaskan sambungan sistem rangkaian yang sentiasa wujud.

Dunia kini menghasilkan kepintaran dengan menyaksikan objek seakan-akan hidup yang membolehkannya berkomunikasi dengan sistem rangkaian.

Perkakasan rumah yang dikawal secara jauh oleh komputer kini sudah wujud selain kereta prototaip dengan sensor mengelak kemalangan manakala telefon pintar boleh digunakan sebagai tiket kapal terbang.

Salah satu ciri IoT paling dekat pastinya gabungan mesin dan kerja rumah seperti membasuh pakaian yang mula diterokai syarikat pengeluar barangan elektrik.

Memandangkan aktiviti dobi sudah menjadi kewajipan namun mungkin satu tugas yang membosankan bagi sesetengah orang dan boleh menjadi beban kepada jadual sibuk anda memerlukan inovasi baru melalui IoT.

Memperuntukkan masa untuk memasukkan pakaian, menunggu pusingan habis, tempoh ‘spin’ dan mengeluarkannya dari mesin basuh sebelum menggeringkannya pasti memenatkan dan kadang-kadang membuatkan kita hilang masa begitu saja.

Nasib baik sesetengah pengeluar mesin basuh seperti Samsung mencipta mesin basuh pintar yang mudah dikawal menggunakan aplikasi pada telefon pintar anda.

Ia sekali gus membolehkan pengguna untuk memulakan dan menghentikan kitaran aktiviti basuhan hanya dengan mengklik butang maya dari telefon pintar mereka.

Mesin sama membolehkan anda melaksanakan tugas lain ketika mesin mengendalikan pakaian. Mesin ini mempunyai pelbagai ciri yang membolehkannya untuk mengendalikan dobi pengguna dengan cara yang lebih baik.

Gelaran Pintar
Kebanyakan produk IoT hanya dipacu dengan cip kecil sebesar ibu jari tetapi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.

Intel misalnya menjadikan IoT sebagai salah satu cabang perniagaan yang penting memandangkan menjangkakan produk masa depan berupaya menerima gelaran pintar apabila dapat berkomunikasi, berinteraksi malah memberi maklum balas antara satu sama lain.

Kebanyakannya diproses melalui sistem perkomputeran ‘cloud’. Bayangkan ketika Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2015 di Las Vegas, Amerika Syarikat awal tahun ini, banyak syarikat mempamerkan produk IoT mereka.

Contohnya, BMW yang mempertontonkan kenderaan elektrik mereka yang dapat dikawal dari jam tangan pintar Samsung Gear S.

Bagi memacu pengeluaran produk IoT, Intel sendiri mengambil inisiatif menghasilkan produk dan sistem berkaitan apabila mempamerkan produk prototaip mereka seperti Intel Edison iaitu sistem komputer lengkap yang boleh beroperasi sendiri dengan saiz hanya sebesar kad memori SD.

Edison boleh dimuatkan ke dalam prototaip Intel Galileo untuk memberi lebih banyak fungsi. Selain itu, Intel mempamerkan Compu­stick, sistem komputer lengkap dalam bentuk pemacu USB yang boleh disambung pada skrin dan monitor kemudiannya terus beroperasi seperti komputer biasa.

Google juga menjadikan IoT sasaran baru mereka. Ia dapat dilihat dengan penghasilan kereta Google yang berjaya memenangi hak cipta paten kereta tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat.

Kecanggihan dan keunikan kereta ini terletak pada keupayaan sistem perisian yang dibantu dengan aplikasi sambungan Internet.

Kenderaan dilengkapi dengan pengesan laser pengimbas 360 darjah dalam radius 183 meter untuk mendapatkan pemetaan 3D sekeliling dan kemudiannya bergerak sendiri apabila destinasi sudah ditetapkan menerusi sistem kedudukan pengesan global (GPS) dan sistem keselamatan lain yang diaktifkan.

Radar akan mengesan kelajuan kenderaan di hadapan manakala satu unit pemprosesan berkeupayaan tinggi akan menilai aktiviti pergerakan kereta Google dan kenderaan lain.

Unit pengesan yang diletakkan pada bahagian depan setiap tayar akan memastikan pergerakan kenderaan seiring dengan maklumat aktiviti kenderaan lain serta had laju di sesuatu kawasan.

Setiap unit kenderaan Google ini akan dilengkapi perisian dan jaringan Internet berkelajuan tinggi.

Perkakasan

Aktiviti kenderaan lain akan dikongsi bersama dalam satu sistem mewujudkan jaringan perhubungan antara kenderaan lain. Ini membolehkan hala tuju kenderaan, kelajuan dan kedudukan kenderaan dapat dikenal pasti.

Disebabkan IoT kini menjadi semakin sinonim dengan semua perkakasan pengguna masa kini yang berhubung dengan Internet, ia sekali gus mendekatkan pengguna dengan perkakasan tanpa memerlukan sentuhan fizikal.

Kemunculan peranti, perkakasan dan bandar pintar semakin banyak diperkatakan masyarakat kini dan turut digerakkan inisiatif kerajaan.

Untuk memudahkan penghasilan, penyediaan dan pelaksanaan IoT kepada masyarakat umum, satu model rujukan ‘point to point’ yang menggabungkan perhubungan dan keselamatan pada IoT perlu dibangunkan.

Berdasarkan sistem terbabit, inovasi dapat dibawa ke pasaran umum dengan lebih pantas manakala kerumitan sistem dapat dikurangkan dan menjadi semakin mudah untuk dilaksanakan berulang kali.

Sebagai contoh, syarikat hartanah Rudin Management di New York mengembangkan perkhidmatan mereka menggunakan sistem tenaga pintar pada bangunan mereka.

Dalam setahun, mereka mampu menjimatkan lebih RM3.6 juta apabila IoT membantu mereka berubah dari syarikat hartanah kepada syarikat teknologi pintar hartanah terutama berkaitan kawalan seperti penggunaan elektrik dan sebagainya.

IoT akan merubah apa anda lihat sekarang dalam tempoh kurang dua tahun. Ia sudahpun dilihat secara prototaip dan produk sebenar melangkaui industri seperti peralatan elektrik, rumah pintar, kilang pintar, perubatan pintar, tempat letak kereta pintar, jalan pintar dan bermacam lagi.

Ia dibantu dengan penggunaan pelbagai sensor dan peranti yang berhubung ke cloud melalui Internet, memproses data yang diterima dan menghantar semula data diproses.

Menariknya, semua proses ini boleh diselia melalui pelbagai peranti yang digunakan pengguna biasa.
Hanya satu saja persoalan kepada masyarakat, adakah kita sudah bersedia dengan ledakan IoT nanti?

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/52227

Laluan khas untuk si comel berkaki dua

LONDON - BRITAIN. Prihatin! Dek kerana bimbang akan keselamatan itik yang sering bersesak di atas jalan,  satu laluan khas dibina bagi memastikan haiwan itu selamat dan ada laluan sendiri.

Itulah yang dilakukan oleh Yayasan Canal & River Trust. Yayasan ini bertangungjawab membina laluan pejalan kaki untuk itik di sekitar kota London, Birmingham dan Manchester.

Kota-kota ini memang memiliki sungai dan tasik  yang cukup luas. Biasanya di sekitar kawasan ini terdapat jalan kecil yang dilalui oleh pejalan kaki dan motosikal.

Oleh kerana sering menganggu laluan kenderaan dan manusia, yayasan ini memutuskan untuk menyediakan haiwan berkaki dua tersebut laluan sendiri.

Tujuannya adalah untuk mendorong pejalan kaki agar lebih prihatin terhadap alam sekitar, di samping untuk memberi keselesaan kepada itik-itik tersebut.

Dengan adanya ‘Duck Lanes’ , diharapkan manusia agar dapat menghormati hak itik sepertimana manusia.

Sumber

Tetamu ditimpa hujan najis manusia

Philadelphia (Amerika Syarikat): Berpuluh-puluh tetamu yang hadir pada satu parti hari jadi di sini bertempiaran lari selepas mereka tiba-tiba dihujani najis manusia.

Kejadian menjijikkan itu menyebabkan hampir 40 tetamu majlis hari jadi yang diadakan di halaman sebuah rumah itu terkena najis.

Semua makanan, hadiah, khemah dan halaman kediaman itu juga diliputi dengan najis serta bau yang meloyakan.

Seorang tetamu, Kirstie Rogy berkata, dia percaya najis itu dibuang sebuah kapal terbang yang melintasi kawasan berkenaan.

“Selepas selesai memotong kek tiba-tiba kami dihujani dengan cecair dan ketulan berwarna coklat yang turun dari langit.

“Semua tetamu melarikan diri dengan masuk ke dalam rumah dan ada yang berlindung di bawah khemah serta meja.

“Kami menyedari cecair yang turun seperti hujan itu adalah najis manusia selepas ia mengeluarkan bau sangat busuk,” katanya.

Menurutnya, mereka sudah membuat laporan polis dan mengenal pasti lima pesawat yang melalui kawasan itu ketika kejadian.

Peraturan penerbangan mewajibkan pesawat membuang sisa buangan manusia ketika mendarat di lapangan terbang.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan juga menyiasat kejadian itu. - Agensi

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/53048

Jatuh tebing ketika rakam gambar selfie

Bali: Seorang lelaki warga Singapura maut selepas terjatuh dari sebuah tebing di Pulau Nusa Lembongan, di sini, ketika cuba merakamkan gambar selfie.

Mohamed Aslam Shahul, 21, yang bercuti bersama lapan rakannya meninggal dunia, Khamis lalu selepas terjatuh ke laut ketika mengambil gambar dari tebing setinggi dua meter.

“Mohamed Aslam dipukul ombak ketika berada di atas tebing menyebabkan dia hilang keseimbangan badan dan jatuh ke dalam laut.

“Mangsa yang tidak pandai berenang mati akibat lemas,” kata jurucakap polis, Gede Arianta.

Menurut Arianta, mayat Aslam ditemui di dasar laut sedalam lima meter oleh penduduk tempatan.

Penduduk tempatan membawa mangsa ke pusat kesihatan Jungut Batu, tetapi dia disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sanglah dan sudah diterbangkan ke Singapura kelmarin,” jelasnya. - Agensi

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/53050

Bush: 'Dapat gred C pun boleh jadi presiden'


bush-dapat-gred-c-pun-boleh-jadi-presiden
Jika anda bukan pelajar cemerlang di sekolah, jangan bimbang. Anda tetap punya masa depan yang cerah.

Itu yang dinyatakan bekas Presiden Amerika Syarikat,  George W. Bush. Kata Bush, adalah sesuatu yang sangat memberangsangkan bagi mereka yang lulus cemerlang di sekolah.

Tetapi jika tidak, itu tidak bermakna anda tidak boleh menjadi seseorang yang dibanggakan suatu hari nanti.

"Bagi anda yang tamat pelajaran dengan cemerlang, syabas. Bagi yang lulus dengan gred C, saya ingin beritahu anda; anda juga boleh jadi presiden," kata Bush.

Kata-kata itu diucapkan Bush ketika majlis graduasi Southern Methodist University, Texas minggu lalu dan ia menjadi perbualan ramai.

Pendapat Bush itu disokong oleh pendapat ahli astrofizik, Neil deGrasse Tyson dalam satu ucapannya beberapa hari selepas itu, yang menyatakan gred sangat tidak relevan dalam dunia hari ini.

Bush merupakan pelajar sederhana ketika bergelar pelajar di Yale, dengan kebanyakan gred yang diperolehinya ketika itu adalah C. 
 

Tertembak diri sendiri semasa ambil gambar selfie


tertembak-diri-sendiri-semasa-ambil-gambar-selfie
RUSIA, (MLP) - Seorang gadis warga Rusia secara tidak sengaja tertembak diri sendiri menggunakan pistol semasa mengambil gambar selfie.

Gadis berusia 21 tahun itu dikatakan menjumpai sepucuk pistol 9mm di pejabatnya di Moscow yang ditinggalkan seorang pengawal keselamatan, pada Khamis.

Menurut jurucakap polis, gadis itu kemudiannya berhasrat untuk menangkap gambar selfie sambil memegang senjata api tersebut.

Menggunakan sebelah tangan untuk merakam selfie, gadis itu secara tidak sengaja menekan picu pistol lalu tertembak dahi sendiri dari jarak yang dekat.

Jurucakap hospital Sklifosovsky di Moscow, gadis berkenaan kemudiannya dikejarkan untuk diberi rawatan dan sehingga kini berada dalam keadaan yang serius.

Polis kini sedang menyiasat kesahihan cerita bagaimana gadis itu yang merupakan pekerja pejabat mempunyai akses terhadap pistol terbabit.

Siasatan awal mendapati, pengawal keselamatan itu telah meninggalkan pistolnya di tempat kerja sebelum pulang bercuti.

Trending mengambil dan memuat naik gambar selfie telah mengundang bencana terhadap beberapa individu di seluruh dunia.

Misalnya satu tinjauan yang dibuat di Amerika Syarikat mendapati, 17 peratus rakyatnya mengaku mengambil selfie semasa memandu.

Seorang pelancong dari Singapura pula maut selepas terjatuh dari tebing ketika mahu mengambil gambar selfie di Nusa Lembongan, Bali pada Khamis lalu.

Baru-baru ini, seorang graduan dari Malaysia mendapat kecaman hebat kerana mengambil gambar selfie dalam istiadat formal konvokesyen.

Satu kejadian nahas kapal terbang kecil di Denver, Amerika Syarikat pada Februari lalu dikatakan berpunca apabila juruterbangnya gagal mengawal pesawat kerana  mengambil gambar selfie.

November tahun 2014, seorang pelajar dalam percutian ke Sepanyol maut apabila terjatuh dari jambatan Puente de Triana di Seville ketika cuba mengambil gambar selfie.

Kredit gambar: pixshark
 

'Anak patung' yang pandai menjahit

Gadis berusia 18 tahun ini bukan gadis biasa. Selain memiliki wajah yang cantik, dia juga punya kreativiti dan bakat menjahit yang luar biasa.

Angela Clayton merupakan seorang tukang jahit dan pereka kostum dari New York. Angela telah menjahit sendiri banyak kostum watak fantasi terkenal seperti Cinderella, Merida dan Elsa.

Dia juga sudah mula mereka kostum mengikut imaginasinya sendiri. Kata Angela, dia lebih berpuas hati apabila menjahit pakaian yang direka sendiri.

Kostum Elsa yang dijahitnya mengambil masa hampir 250 jam untuk disiapkan, dengan 170 jam daripada waktu tersebut dihabiskan untuk membentuk leretan 'cape' di belakang dress berkenaan menggunakan tangan.

Rekaan yang paling digemari Angela adalah sehelai dress berkonsepkan Krismas, yang dijahit menggunakan lampu LED.

Angela tidak pernah memasuki mana-mana kelas jahitan, sebaliknya hanya belajar sendiri. Minat mereka pakaian bermula selepas dia berjinak-jinak dengan lukisan 'sketch' pakaian.

Buat masa ini, Angela berhasrat untuk mereka lebih banyak dress berkonsepkan medieval atau Inggeris kuno.

Jika anda berminat untuk belajar bagaimana Angela menghasilkan rekaannya, bolehlah berkunjung ke channel Youtube Angela.

Gambar sekadar hiasan

Sumber

Guru diarah gugur kandungan atau dipecat

CHINA, (MLP) – Biarpun pernah mendapat izin untuk menambah anak, seorang guru di Beijing diarahkan untuk menggugurkan kandungan atau dibuang kerja.

Memetik laporan LifeNews, guru berkenaan yang sebelum ini mendapat izin menambah anak telah diarahkan untuk menggugurkan kandungannya selepas dipindahkan tempat bertugas.

Ia adalah kerana sekolah barunya mempunyai undang-undang yang berlainan.

Difahamkan guru yang sedang hamil itu dikenali sebagai Qin Yi. Dia dan suaminya, Meng Shaoping memiliki anak dengan pasangan terdahulu.

Biro pendidikan serta suruhanjaya kesihatan dan perancang keluarga di daerah Libo, Guizhou menyatakan pasangan terbabit tidak dibenarkan untuk mempunyai zuriat walaupun baru sahaja berkahwin.

Menurut notis yang diedarkan dalam talian dan akhbar tempatan, Qin yang kini hamil lima bulan, harus menggugurkan kandungan sebelum tibanya hujung bulan ini sekiranya tidak mahu dipecat dari jawatan sekarang.

Kenyataan itu turut disahkan pegawai dari suruhanjaya berkenaan.

Pegawai tersebut mengatakan pasangan itu sebelum ini telah memohon kebenaran untuk mempunyai anak dari pihak berkuasa di bandar Huangshan, timur wilayah Anhui, tempat dia mendaftarkan kediamannya.

Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada Qin menukar lokasi kediamannya kepada Anhui awal tahun ini bagi mendapatkan kebenaran untuk melahirkan anak.

Wilayah Anhui membenarkan pasangan memiliki satu anak lagi sekiranya mereka tidak mempunyai lebih dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Gambar sekadar hiasan.
 

Sumber

Video: 10 perkataan annoying di media sosial


video-10-perkataan-annoying-di-media-sosial Lazimnya pengguna-pengguna media sosial akan menggunakan singkatan atau perkataan istimewa tatkala berbual di alam siber.

Netizen tegar akan memahami apakah maksud ‘terma- terma’ ini namun buat mereka yang tidak biasa dengannya boleh jadi binggung pula.

Ketahui antara 10 perkataan paling menjengkelkan, yang selalu digunakan oleh pengamal media sosial.



Sumber

Elphie? Gajah pun sudah pandai berselfie


elphie-gajah-pun-sudah-pandai-berselfie  Seorang pelancong Kanada, Christian LeBlanc, 22, dilaporkan berjaya ber’selfie’ dengan seekor gajah semasa menyuap makanan kepada haiwan itu di Koh Phagan, Thailand.

Lebih mengejutkan, rakaman selfie itu dibuat oleh gajah itu sendiri selepas merampas telefon pintar pelancong Kanada itu ketika diberi makanan.

Rakaman itu, yang dikenali sebagai 'elphie' yang membawa maksud ber'selfie' dengan gajah, kini turut menjadi kegilaan pelancong.

Christian yang sebelum itu sedang merakam selfie sambil menyuap pisang kepada haiwan itu terkejut apabila gajah berkenaan merampas telefon pintarnya dan merakam selfie bersamanya.

Menurut Christian yang juga seorang penuntut di Bangkok, telefon pintarnya pada masa itu berada dalam keadaan “time lapse” sebelum gajah itu bertindak merampasnya.

Rakaman selfie itu kemudiannya dibuat secara tidak sengaja ketika gajah itu menghulur belalainya dengan  lensa kamera menghala ke arah kedua-dua mereka.

“Saya rasa mungkin nasib menyebelahi saya pada hari itu. Oleh kerana telefon saya berada dalam keadaan ‘time lapse’, ia menjadi mudah untuk merakam gambar kami,” tambah Christian.

Christian juga berkata, ini merupakan rakaman selfie yang paling terbaik dalam hidupnya dan dia juga berhasrat untuk ber‘selfie’ dengan ikan paus di Filipina nanti.


Sumber

Obama cipta rekod dunia di Twitter


obama-cipta-rekod-dunia-di-twitter
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mencatat sejarah apabila berjaya menempa nama dalam buku Guinness World Record.

Obama berjaya memperoleh 1 juta pengikut (followers) di Twitter dalam masa paling pantas sekaligus menewaskan rekod yang dipegang pelakon, Robert Downey Jr.

Isnin lalu, presiden yang berusia 53 tahun itu menyertai laman mikro berkenaan menerusi akaun @POTUS yakni akaun peribadi untuk Presiden Amerika Syarikat, akronim bagi ‘President of the United States’.



April lalu, Robert Downey Jr menyertai Twitter dan mencipta rekod apabila memperoleh 1 juta pengikut dalam tempoh 23 jam dan 22 minit.

Barack Obama berjaya memecahkan rekod itu dalam hanya lima jam sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, akaun berkenaan memiliki lebih 2.2 juta pengikut.

Dalam salah satu tweet pertamanya, Obama menyatakan bahawa akaun itu akan diberikan kepada presiden Amerika Syarikat yang seterusnya apabila dia tidak lagi menduduki White House.

Sebelum ini Obama mempunyai akaun Twitter bagi tujuan rasmi yang dikendalikan oleh staf pengurusannya.

Kredit gambar: Amazonaws

Lahir kembar 2 'set'


lahir-kembar-2-set Sambutan Hari Ibu tahun ini lebih bermakna buat seorang wanita di Utah, Amerika Syarikat apabila diaakhirnya berjaya memiliki apa yang diidam-idamkannya selama ini; anak.

Hampir lapan tahun mencuba untuk memiliki cahaya mata, Ashley Gardner akhirnya dikurniakan bukan seorang, bukan dua orang tetapi empat orang anak sekaligus!

Ashley dan suaminya, Tyson, membuat rawatan IVF tahun lalu dan ia bukan sahaja berjaya, malah Ashley diberitahu yang dia bakal menimang kembar empat.

Apa yang menarik, kembar empat itu lahir sebagai dua set berlainan. Ia terjadi apabila dua telur Ashley yang disenyawakan terbahagi dua; satu keadaan yang hanya berlaku satu dalam sejuta.

Empat kembar perempuan itu dilahirkan sihat walaupun awal 12 minggu dari tarikh jangkaan, Disember lalu. Mereka dinamakan Indie, Esme, Scarlett dan Evie.

Ashley dalam laman blognya, gardnersquad.com, mengakui Hari Ibu selama ini sering membuatnya merasa sedih.

"Ia mengingatkan saya tentang sesuatu yang saya tak miliki, iaitu anak.

"Jika anda masih menanti kehadiran cahaya mata, anda seorang yang sangat hebat. Ingat, kebahagiaan menanti anda di hadapan. Yang penting, jangan putus asa," pesan Ashley.

Sumber

Labah-labah serang bandar Australia


labah-labah-serang-bandar-australia
Sebuah bandar kecil di Australia bertukar rupa apabila dikunjungi ribuan labah-labah.

Bandar Goulburn yang terletak di selatan Australia, kelihatan seperti sebuah lokasi penggambaran filem seram, dengan labah-labah dilihat bersarang di merata sudut bandar itu.

Penduduk tempatan mendakwa jumlah sarang labah-labah yang banyak itu hampir menutup pancaran matahari. Malah, mereka juga mendakwa labah-labah akan bersarang di segenap sudut, termasuklah rambut manusia.

"Anda tak akan dapat keluar rumah tanpa dihurung labah-labah. Bukan setakat rambut, malah janggut saya juga 'dihuni' labah-labah," kata seorang penduduk.

Fenomena ini merupakan situasi biasa di bandar tersebut, terutama ketika pertengahan tahun. Dalam waktu ini, labah-labah akan bermigrasi dari satu lokasi ke lokasi lain, dengan cara membina sarang di pokok dan apa sahaja yang ditemui di sepanjang laluannya. 
 

Kisah cinta unik Sophie dan Dave


Kadangkala apa yang terjadi di dalam hidup kita tidak dijangka, tetapi itulah yang dinamakan takdir.

Mungkin itu gambaran paling tepat untuk pasangan Sophie Coles dan Dave McDermott dari Leicestershire, United Kingdom ini. Mereka bukan sahaja berasal dari daerah yang sama, membesar di daerah yang sama dan bersekolah di daerah yang sama, malah mereka juga dilahirkan di hospital yang sama.

Lebih menarik, mereka juga dilahirkan pada tarikh yang sama, dan waktu kelahiran mereka hanya berbeza dua jam sahaja.

Mereka dilahirkan di Leicester Royal Infirmary pada 14 Mac 1989.

Pasangan ini mula berpacaran 10 tahun lepas dan hanya menyedari kebetulan tersebut beberapa bulan kemudian.

Mereka kemudiannya sama-sama menyambung pelajaran di Leeds University; Dave melanjutkan pelajaran dalam bidang Alam Sekitar manakala Sophie mengambil ijazah Sains Sukan.

Mereka berkahwin Sabtu lalu di kampung halaman mereka. 
 

Denda Di Zaman Sekolah Yang Pasti Kita Ingat

1. Kena berdiri di tempat duduk masing-masing sepanjang waktu kelas



Image via Youtube.com
Selalunya ini terjadi bila cikgu dah jadi geram. Sebabkan seorang dua buat hal, satu kelas kena.


2. Kena berdiri di atas kerusi



Image via UdeyIsmail.net

Kalau tak buat kerja sekolah atau tak boleh jawab soalan, inilah akibatnya.



3. Kena berdiri di atas meja



Image via Blogspot.com

Ini selalunya terjadi kepada pelajar yang paling nakal dalam kelas.


4. Kena berdiri di luar kelas



Image via Blogspot.com

Kadang-kadang ada yang sampai kena berdiri di depan perhimpunan.


5. Kena tulis ayat berulang-ulang di papan hitam...



Image via Telegraph.com

Kalau kena denda ini, jawabnya balik lambat.


6. ... ataupun dalam buku nota



Image via Blogspot.com

Lepas tu lenguh tangan. Ye lah. Kadang-kadang sampai 200 atau 300 ayat. 1000 pun ada!

Sumber

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.