Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

2 hilang di lautan selepas rakam video hiburan


2-hilang-di-lautan-selepas-rakam-video-hiburan

TOKYO, (MLP) - 2 lelaki Jepun hilang di lautan pada hari Isnin, 9 Februari 2015, ketika sedang menunggang sebuah skuter dan basikal sepanjang tembok di tepi laut di dalam seluar dalam mereka.

Seorang jurucakap dari pihak polis berkata bahawa ''2 lelaki terlibat telah hilang apabila mereka telah melompat ke dalam lautan dari tembok penahan ombak ketika sedang merakam video hiburan untuk majlis perkahwinan kawan mereka''.

Lebih daripada 50 anggota polis dan pasukan penyelamat, 2 helikopter dan beberapa kapal telah melibatkan diri dalam misi mencari mangsa - mangsa di persiaran pantai Hyogo. Ia difahamkan juga bahawa terdapat 7 lagi rakan yang berada di lokasi kejadian semasa penggambaran video tersebut.

Ahli kaji cuaca pula telah berkata bahawa ia mungkin akan mengambil masa untuk mencari mangsa-mangsa kerana keadaan ribut bermusim sejuk dan angin kencang yang telah melanda negara Jepun sejak kebelakangan ini. 


Kredit Foto: Japan Times
 
Sumber :  http://news.mylaunchpad.com.my/news/world/article/articleid/645796/2-hilang-di-lautan-selepas-rakam-video-hiburan

Comments :

0 comments to “2 hilang di lautan selepas rakam video hiburan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.