Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Hotel baru dengan khidmat robot


hotel-baru-dengan-khidmat-robot
TOKYO, (MLP) - Sebuah hotel dengan khidmat robot dijangka dibuka pada 17 Julai depan di Huis Ten Bosch, di wilayah Nagasaki.

Difahamkan, hotel itu akan menggunakan teknologi terbaru iaitu sistem pengecam muka dan bukannya kunci bilik biasa.

Harian Metro melaporkan, khidmat robot itu akan digunakan dalam menyediakan perkhidmatan porter, membersihkan kamar dan perkhidmatan lain bertujuan mengurangkan kos dan memaksimumkan keselesaan.

Menurut Presiden syarikat Hideo Sawada, mereka akan membina hotel yang paling cekap di dunia dan mereka bercadang menggunakan robot untuk 90 peratus perkhidmatan hotel pada masa akan datang. 

Pelanggan akan dicaj sebanyak 7,000 yen (RM290) untuk satu bilik sementara harga untuk dua bilik ialah kira-kira 9,000 yen (RM360).

Kredit Gambar: Metro

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/news/

Comments :

0 comments to “Hotel baru dengan khidmat robot”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.