Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Polis cuba menculik kerana terlalu comel


polis-cuba-menculik-kerana-terlalu-comel
JEPUN, (MLP) - Seorang anggota polis berusia 24 tahun ditahan kerana disyaki cuba menculik seorang budak perempuan berusia 10 tahun.

Menurut Polis , Nobuhiro Akiyama didakwa kerana melarikan kanak-kanak itu pada jam 4 petang pada 15 Januari lalu.

Jurucakap polis berkata, Akiyama memujuk mangsa nenaiki keretanya dengan menggunakan maklumat sulit mengenai keluarga kanak-kanak tersebut. 

“Dia memberitahu kanak – kanak itu bahawa bapanya berada di hospital kerana terbabit dalam satu kemalangan jalan raya,” katanya.

Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit bernasib baik kerana terus beredar dari situ dan dia kemudian mengadu kepada ibunya mengenai kejadian berkenaan.

Difahamkan, siasatan menjadi lebih mudah kepada pihak polis kerana kanak-kanak terbabit memang sering melihat suspek meronda di kawasan kediaman mereka.

Ketika disoal siat, Akiyama menyatakan bahawa dia hanya ingin berkenalan dengan kanak-kanak terbabit kerana terlalu comel.
Kredit Gambar: Abp world

Comments :

0 comments to “ Polis cuba menculik kerana terlalu comel”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.