Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kisah Bart, si kucing 'Zombie'


kisah-bart-si-kucing-zombie
Kita biasa dengar ungkapan yang kucing punya sembilan nyawa. Nah, cerita ini salah satu contoh bahawa mungkin ada kebenaran pada ungkapan tersebut.

Bart merupakan kucing kesayangan Ellis Hutson dan keluarganya. Namun apabila si comel itu mati kerana kemalangan, mereka pasrah melepaskannya pergi. Bart dikebumikan berdekatan kawasan ia mati.

Namun mengejutkan apabila lima hari kemudian, ia dijumpai merayau di kawasan kejiranan rumah tuannya.



Ketika ditemui semula, kucing tersebut cedera parah, lemah dan mengalami dehidrasi. Kucing terbabit dikatakan menggali sendiri untuk keluar dari kuburnya dan merangkak perlahan-lahan untuk pulang.

Ellis kemudian membawa kucingnya ke pusat Humane Society untuk rawatan. Mulut Bart terpaksa dijahit manakala salah satu matanya terpaksa dibuang.

Pakar bagaimanapun menjelaskan Bart mungkin hanya tidak sedarkan diri ketika dikebumikan.

Bart kini masih dirawat dan dijangka akan dibenarkan pulang minggu hadapan. 
 

Comments :

0 comments to “ Kisah Bart, si kucing 'Zombie'”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.