Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Sudirman: 10 lagu paling nostalgia

sudirman-10-lagu-paling-nostalgia

Sempena memperingati 23 tahun pemergian penghibur terhebat tanah air, Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad, MLP menyenaraikan 10 lagu Allahyarham paling digemari segenap lapisan masyarakat.

Hujan 


Sebuah lagu balada dengan lirik merintih pemergian sang kekasih.

Jauh Di Sudut Hati


Pernah kehilangan seseorang? Pasti hati tersentuh dengan bait lagu ini. Betapa sedih meratapi kehilangan, namun terselit juga harapan agar dipertemukan suatu hari nanti.

Milik Siapakah Gadis Ini


Juga sebuah balada, namun kali ini menceritakan kehebatan seorang wanita yang berjaya menambat hati si jejaka.

Nilai Cintamu


Kita hanya mula mahu menghargai apabila si dia pergi meninggalkan kita.

Joget Kenangan Manis


Lagu tradisional berentak ceria, indahnya dunia bila dilamun cinta.

Merisik Khabar


Nukilan lirik Habsah Hassan ini cukup terkesan di hati pendengar. Biar hakikat tertulis dia bukan milik kita, namun rindu masih ada.

Balik Kampung


Siapalah yang tak bersemangat nak balik kampung bila mendengar irama dan bait lirik lagu ini?

One Thousand Million Smiles


Lagu yang mengangkat Sudirman sebagai penghibur nombor satu Asia, berinspirasikan penyatuan masyarakat dunia tanpa mengira latar belakang.

Warisan


Harus diakui, lagu-lagu patriotik Allahyarham sangat dekat di hati rakyat Malaysia.

Salam Terakhir


Lagu berhantu yang bagaikan menghantar mesej bahawa masanya di dunia sudah tidak lama. Antara karya masterpiece yang pernah diterbitkan di Malaysia.

Kredit: Laman Youtube Dayang Nooraminah, Karl Mark, Man Kolek, Syahirul Asyraaf, Sapa Aku, Datuk Sudirman Haji Arshad

Comments :

0 comments to “ Sudirman: 10 lagu paling nostalgia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.