Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Lubang benam 'telan' pasangan muda


lubang-benam-telan-pasangan-muda
SEOUL, (MLP) - Keselamatan awam di negara Korea Selatan kini sedang membimbangkan orang ramai selepas sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan sebuah pasangan muda 'ditelan' ke dalam lubang benam secara tiba- tiba di lorong pejalan kaki di sini. 

Video tersebut yang kini sedang viral di laman media sosial menunjukkan pasangan ini jatuh ke dalam lubang benam di lorong pejalan kaki yang berturap tidak lama selepas mereka turun dari sebuah bas dan orang yang berlalu lalang terkejut apabila kejadian ini berlaku.

Kejadian ini difahamkan berlaku pada hari Jumaat, 20 Februari 2015 pada hari yang ketiga Tahun Baru Cina.

Ahli bomba telah bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan mangsa - mangsa yang jatuh ke dalam lubang benam yang panjangnya berukuran 10 kaki. Tiada kecederaan yang serius yang dilaporkan dan mereka telah menerima rawatan di hospital yang berdekatan. 

Kerajaan Korea Selatan telah mengarahkan satu kajian selidik yang segera di seluruh negara untuk semua tapak pembinaan dan kawasan berdekatan supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.

Comments :

0 comments to “ Lubang benam 'telan' pasangan muda ”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.