Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Wanita didakwa kerana mengambil gambar lelaki yang sedang mati


wanita-didakwa-kerana-mengambil-gambar-lelaki-yang-sedang-mati
VOLVOGRAD, (MLP) - Seorang wanita yang berumur 27 tahun, Xenos Prokhorova telah mengambil gambar seorang lelaki yang sedang diserang sakit jantung dan telah memuat naiknya ke laman Facebook  tanpa menolongnya.

Xenos dalam perjalanan pulang dari kerja apabila terserempak dengan Vadim Pokrovskii, 22, yang tengah diserang penyakit jantung di bandar Rusia ini. Dia dilaporkan telah mengeluarkan telefon pintar, mengambil beberapa keping gambar dan terus berjalan dari situ.

Salah satu rakan Xenos di laman Facebook, Yuri Shcherbakov telah melihat gambar tersebut dan sedar bahawa kejadian ini telah berlaku di luar bangunan pangsapurinya . Dia kemudiannya telah bergegas ke lokasi kejadian. Apabila tiba di situ, mangsa masih terlantar di tepi jalan dan Yuri telah memanggil ambulans dengan serta-merta.

Orang yang lalu-lalang tidak menolong mangsa kerana mengingatkan bahawa dia seorang ketagih alkohol ataupun penagih dadah. 

Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan dan Xenos telah ditahan oleh pihak berkuasa dan akan didakwa kerana tidak menolong seorang yang sedang bergelut untuk nyawanya. 


Kredit Foto: search engine journal
 

Comments :

0 comments to “Wanita didakwa kerana mengambil gambar lelaki yang sedang mati ”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.