Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Menara kediaman Tertinggi di Dunia terbakar


menara-kediaman-di-dubai-terbakar
DUBAI, (MLP) - Salah satu dari menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar, awal pagi tadi.

Menara setinggi 336.1 meter itu dilaporkan terbakar  pada kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan BBC, terdapat dua kebakaran berlaku di menara tersebut dan punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Difahamkan, kebakaran itu bermula di tingkat ke-50 dan merebak ke tingkat ke-70. 

Penduduk telah dipindahkan ke menara bersebelahan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini. 

Sementara itu, kebakaran berjaya dikawal serta beratus-ratus penduduk dibenarkan kembali ke unit pangsapuri masing-masing.
 

Comments :

0 comments to “Menara kediaman Tertinggi di Dunia terbakar”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.