Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Artis K-Pop terkaya


artis-k-pop-terkaya
Industri hiburan Korea dengan drama siri dan juga budaya K-Pop, berkembang pesat hingga ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kejayaan industri ini secara langsung meningkatkan pendapatan para selebriti Korea dengan populariti yang diperoleh. 

Siapa tak minat industri k-Pop ini? Paras rupa artis Korea yang cantik menjadi daya tarikan utama bagi peminat mereka.

Berikut merupakan empat artis Korea paling kaya dalam tahun 2014. 

Park Jae-Sang


Park Jae-Sang atau lebih dikenali sebagai PSY merupakan salah seorang penyanyi asal Korea yang berjaya di peringkat antarabangsa dengan lagu 'Gangnam Style'.

Lagu dan video klip 'Gangnam Style' itu berjaya mendapat lebih dari 1 bilion penonton di YouTube dan berada di tangga teratas dalam iTunes. PSY kini menjadi artis paling kaya di Korea dengan kekayaan berjumlah RM150 juta.

Choi Siwon

Siwon merupakan salah anggota Super Junior, yang kemudian mula kerjayanya sebagai pelakon dan model. Dia berada di tangga kedua dengan jumlah kekayaan mencapai RM119 juta. 
 
Rain
Penyanyi dan pelakon terkenal yang berasal berasal dari Seoul, Korea Selatan ini juga berjaya peringkat antarabangsa dengan membintangi beberapa film Hollywood. Kekayaan Ji Hoon pada tahun 2014 adalah sebanyak  USD 20 juta atau RM56 juta.

Jung Ji hoon atau dikenali sebagai Rain turut berjaya dalam dunia nyanyian dan menjadi salah seorang selebriti paling kaya di Korea dengan mencapai nilai kekayaan hingga RM80 juta.

Lee Ji-Eun

Lee Ji-Eun atau yang digelar sebagai IU adalah salah seorang penyanyi pop wanita di Korea yang memulakan debut dengan lagu hits 'Miya' pada tahun 2008.

UI yang mendapat tempat 19 dalam senarai wanita paling cantik di ‘The 23rd Annual Independent Critics List of the 100 Most Beautiful Faces’ dikatakan memiliki kekayaan RM50 juta.
Kredit Gambar: Pixshark/ Asian junkie/ Hype.my 

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle-entertainment/article/articleid/645212/artis-k-pop-terkaya

Comments :

0 comments to “ Artis K-Pop terkaya”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.