Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Suami tetak leher isteri dengan pedang


suami-tetak-leher-isteri-dengan-pedang
INDIA, (MLP) – Pertunjukan jalanan yang dipertonton oleh pasangan suami isteri di Chirala Mandal, India bukan calang-calang hebat kerana aksi yang dilakukan melibatkan lelaki menetak leher isteri menggunakan sebilah pedang.

Pasangan Bhramharamba dan Balashankar Budati mempersembahkan aksi ngeri itu di khalayak ramai. Pertunjukan dimulakan dengan Balashankar mempamerkan tarian bersama senjata tajam terbabit.

Kemudian isterinya, Bhramharamba akan baring di atas tanah sambil meletakkan sebiji buah kelapa di bahagian lehernya.

Seusai tarian, Balashankar Budati akan bertindak menetak buah kelapa yang berada di leher Bhramharamba sekuat mungkin.

Walaubagaimanapun kelihatan hanya buah kelapa berkenaan yang terbelah dua dalam aksi itu. Manakala wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Aksi menarik itu mendapat perhatian produksi antarabangsa dan kemudiannya turut ditayangkan dalam siri World’s Most Talented ke seluruh dunia.

Setiap penonton yang menyaksikan rakaman video tersebut dinasihatkan supaya tidak meniru sama sekali aksi itu kerana berisiko mengalamai kecederaan.

Kredit gambar: mstar
 

Comments :

0 comments to “ Suami tetak leher isteri dengan pedang”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.