Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Lelaki diceraikan kerana dimanjakan ibu


lelaki-diceraikan-kerana-dimanjakan-ibu
JEDDAH, (MLP) - Seorang wanita yang berumur 21 tahun di sini telah memfailkan perceraian di mahkamah daripada suaminya hanya beberapa hari selepas mereka berkahwin.

Ia difahamkan bahawa alasannya adalah kerana dia telah mendapat tahu bahawa suaminya seorang yang dimanjakan oleh ibunya. Wanita tersebut tetap berkeras dan telah memberitahu hakim bahawa dia tetap tidak akan pulang kepada suaminya.

Menurut surat khabar Sada di Saudi Arabia, wanita itu juga tambah berkata bahawa suaminya tidak mempunyai pegangan hidup di depan keluarganya.

Akhirnya, hakim tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa meluluskan permohonannya untuk perceraian dan telah mengarahkan wanita tersebut untuk memulangkan mas hantaran, wang dan hadiah yang diterima kepada bekas suaminya. 

* Gambar sekadar hiasan


Kredit Foto: muhamadibrahim
 

Comments :

0 comments to “Lelaki diceraikan kerana dimanjakan ibu”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.