Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Potong tangan sendiri kerana ketagih layari Internet


potong-tangan-sendiri-kerana-ketagih-layari-internet
CHINA, (MLP) – Seorang remaja dari Nantong pada minggu lepas bertindak memotong tangan sendiri kerana tidak tahan akan keinginan untuk melayari Internet.

Remaja yang dikenali sebagai Wang itu merasakan perbuatan drastiknya itu adalah ‘penawar’ terbaik untuk mengubati masalah ketagihan melayari Internet yang melampau.

Terlebih dahulu, Wang yang berusia 19 tahun mendiagnosis diri sendiri mengalami ‘online addiction’ sebelum menyelinap keluar dari rumah dan menuju ke pantai.

Setibanyaa di sana, Wang menggunakan pisau pemotong daging yang didapati dari dapur rumahnya lalu memotong lengan kiri sendiri.

“Kami tidak dapat menerima apa yang telah terjadi, ia berlaku secara tiba-tiba. Dia adalah seorang budak yang bijak,” terang ibu Wang.

Para doktor berjaya menyambung kembali tangan yang dipotong namun terlalu awal untuk mengesahkan sama ada ia akan berfungsi seperti sediakala.

Kredit gambar: informationng
 

Comments :

0 comments to “Potong tangan sendiri kerana ketagih layari Internet”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.