Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Robert Kuok kekal individu terkaya Malaysia


robert-kuok-kekal-individu-terkaya-malaysia Meskipun kekayaan kian terjejas akibat penurunan harga minyak dan ringgit, Tan Sri Robert Kuok dan beberapa hartawan perniagaan tempatan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam senarai individu terkaya di Malaysia.

Berdasarkan senarai kelolaan Forbes, Tan Sri Robert Kuok, 91, yang menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan terus mengungguli kedudukan teratas selama 10 tahun berturut-turut.

Kekayaan ahli perniagaan itu susut sebanyak AS$200 juta kepada AS$11.3 bilion namun Kuok Group masih menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.

Berikut adalah senarai penuh dari Forbes:



Nilai kekayaan taikun telekomunikasi, Ananda Krishnan turut susut sebanyak AS$1.6 bilion kepada AS$9.7 bilion. Sebahagiannya disebabkan kejatuhan saham Bumi Armada yang juga syarikat perkhidmatan telaga minyak luar pesisir.

Berganjak satu tangga ke tempat ketiga adalah Tan Sri Quek Leng Chan biarpun kekayaannya susut sebanyak AS$800 juta dalam tempoh setahun kepada AS$5.6 bilion.

Beliau yang memiliki Hong Leong Co, turut terlibat dalam pelaburan sektor minyak dan gas (O&G), pegangan dalam firma Samudra Energy (Indonesia), syarikat Scomi Energy Services (Malaysia), Alam Maritim Resources dan firma Ezion (Singapura).

Kredit gambar: wanista

Sumber

Comments :

0 comments to “ Robert Kuok kekal individu terkaya Malaysia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.