Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Arab Saudi hukum pancung lelaki hina Al-Quran


arab-saudi-hukum-pancung-lelaki-hina-al-quran
RIYADH, (MLP) - Mahkamah Islam Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah menghina agama Islam dan Al-Quran.

Memetik laporan akhbar Saudi Gazette pada Selasa lalu, lelaki berusia lingkungan 20-an itu memuat naik videonya mengoyakkan Al-Quran sebelum menghentak kitab suci agama Islam itu menggunakan kasut.

Lelaki yang namanya tidak didedahkan itu dikatakan turut menyebarkan video tersebut di laman sosial.

“Tertuduh didapati bersalah dan akan dikenakan hukuman pancung,” lapor akhbar berkenaan.

Arab Saudi mengamalkan ajaran Islam Sunni Wahabi yang tegas yang memberi kawalan sepenuhnya kepada sistem keadilan negara itu.

Menurut tafsiran Wahabi mengenai undang-undang Syariah Islam, rakyat yang murtad akan dikenakan hukuman mati. Mereka yang melakukan kesalahan agama yang lain seperti mengamalkan ilmu sihir, kekufuran dan mengkritik para Ulama’ Islam boleh dikenakan hukuman penjara.

Kumpulan hak asasi antarabangsa mengatakan sistem keadilan Arab mengalami kekurangan ketelusan dan proses yang sewajarnya.

Misalnya defendan sering dinafikan hak asas seperti perwakilan undang-undang dan hukuman boleh dikenakan sewenang-wenangnya.

Kerajaan Arab Saudi telah mengambil beberapa langkah untuk pembaharui sistem kehakimannya tetapi tetap menegaskan bahawa sistem asas yang diamalkan tetap adil.

Kredit gambar: newsweek
 

Comments :

0 comments to “ Arab Saudi hukum pancung lelaki hina Al-Quran”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.