Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Suami isteri dipenjara kerana berjanggut dan berpurdah


suami-isteri-dipenjara-kerana-berjanggut-dan-berpurdah
BEIJING, (MLP) – Gara-gara menyimpan janggut dan memakai purdah, satu pasangan suami isteri dikenakan hukuman penjara oleh pihak berkuasa tempatan.

Memetik laporan China Youth Daily, mahkamah Bandar Kashgar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun kepada lelaki dari etnik Uighur itu kerana membela janggut. Manakala, isterinya pula dihukum penjara selama dua tahun kerana memakai purdah.

Lelaki berumur 38 tahun itu dikatakan membela janggut sejak 2010, pada masa yang sama isterinya pula mula berpurdah.

Mereka sebelum ini pernah diberikan amaran oleh pihak berkuasa Wilayah Xinjiang, China. Peringatan tersebut langsung tidak diendah lantas menyebabkan keduanya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Pasangan terbabit didapati bersalah atas pertuduhan mencetuskan pergaduhan dan sengaja menimbulkan masalah. Difahamkan dakwaan berkenaan dianggap sesuatu yang biasa digunakan dalam sistem kehakiman di negara itu.

Menurut pihak berkuasa Xinjiang, amalan menyimpan janggut dan berpurdah tidak sesuai diamalkan ekoran sering dikaitkan dengan ekstremis.

Waima program membasmi penyimpanan berjanggut telah dijalankan sejak setahun lalu, kempen ‘Projek kecantikan’ pula menggalakkan wanita tidak memakai purdah.

Tindakan Beijing yang dilihat menekan dan menghalang etnik Uighur mengamalkan budaya serta agama mereka adalah punca ketegangan di Xinjiang yang semakin memuncak. Siri keganasan turut dicatatkan sejak beberapa tahun kebelakangan.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dalam satu siri letupan dan pertempuran dengan pasukan keselamatan. Beijing mendakwa ia berpunca daripada ekstrimis agama dan puak pemisah.

Sekitar April 2014, pihak berkuasa di Daerah Shaya bertindak menawarkan ganjaran tunai kepada sesiapa yang melaporkan sekiranya jiran mereka menyimpan janggut.

Selain itu, Ogos tahun lalu menyaksikan pihak berkuasa Bandar Karamay melarang lelaki berjanggut atau berjubah menaiki bas awam.

Kredit gambar: standup4islam
 

Cikgu Matematik paling tampan di dunia!


cikgu-matematik-paling-tampan-di-dunia Tak ramai daripada kita yang menggemari subjek Matematik di sekolah, betul tak? Tapi bagaimana kalau kita diajar oleh guru Matematik setampan ini?

Pietro Boselli, 26, bukan sahaja kacak, malah sangat bijak. Dia merupakan pensyarah Matematik dan pengkaji di University College London.

Jejaka berketinggian 6'1 ini pernah dianugerahkan 'Faculty Excellence Scholarship' kerana kecemerlangannya, dan dia juga lulus ijazah dengan kepujian kelas pertama.







Kerana kekacakannya, tak hairanlah Pietro juga ada melakukan modelling untuk designer-designer ternama.

Pietro kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang kejuruteraan.

Who says you can't be smart and good looking?

Foto: Daily Mail

Sumber

10 bukti generasi muda ketagih teknologi

Dunia berkembang dengan pesat. Pembaharuaan dan teknologi boleh dikatakan bergerak selari dengan fasa kecanggihan moden. Kini pelbagai teknologi dicipta untuk memudahkan kehidupan manusia.

Kemudahan berasaskan teknologi ini kadang kala menyebabkan individu masa kini hampir terlupa cara yang afdal untuk menjalani kehidupan, berhibur dan lain-lain.

Berikut merupakan 10 poster nukilan Khaleej Times yang memaparkan ketagihan generasi baharu terhadap teknologi yang telah banyak mengubah gaya hidup manusia.



Mana satu lagi penting sebenarnya?



Makan! Tidur! Berak! SELFIE!!!



Anda ini insan lahir di Planet Marikh ke? Tak tahu mengeja.



Mari saya kenalkan dengan kawan saya, nama dia KEHIDUPAN!



Dunia sudah berubah



Prosedur standard sekarang



Poskan surat jemputan kahwin? Sungguh ketinggalan zaman!



Pilih mana satu yang lebih penting...



Bahaya lah!



Haiya, macam mana nak bonding dengan parents???


Adakah anda juga ketagihan teknologi?

Kredit gambar: Khaleej Times, devianart

Sumber

Inilah antara bilik hotel termahal di dunia

Kamarnya pasti luas dan sejuk, dengan lantai marmer, tempat tidur berukir emas, dilengkapi dengan tirai dan permadani mewah. Lalu kita bisa menikmati ketenangan dengan pemandangan mengagumkan yang bisa dinikmati dari dalam kamar. Wah…

Berikut ini antara kamar hotel dengan tarif termahal di dunia, sekadar untuk menambah wawasan kita saja. Tapi, siapa tahu suatu saat Anda berkesempatan menginap di sana.

1. Royal Penthouse Suite (Hotel President Wilson, Swiss)
Tarif hotel per malam: US$ 83.200 atau setara Rp 981,4 juta.
kamar hotel termahal di dunia
Dengan luas 1.800 m², ruangan ini dilengkapi 12 kamar tidur dan enam kamar mandi yang akan memanjakan para tamunya.

Setiap ruangan dihiasi dengan karya seni buatan para pelukis terkenal dan dilambari karpet persia. Kamar ini juga memiliki sebuah TV layar lebar, grand piano, meja biliar, dan ruang gym pribadi.

 Ada pula ruang duduk untuk minum-minum yang membuatnya menjadi sangat eksklusif.

Tak hanya itu! Pemandangan dari kamar pun sangat menakjubkan. Kamar ini bertempat di seluruh bagian lantai atas hotel. Anda bisa melihat panorama Pegunungan Alpen dan Danau Jenewa. Pelayan pribadi pun selalu siaga 24 jam untuk memastikan Anda mendapatkan apapun yang diinginkan.
kamar hotel termahal di dunia
Hotel President Wilson terletak tidak jauh dari markas besar polisi PBB, atau hanya 5 menit jika ditempuh denham berjalan kaki. Karena itulah, hotel ini memiliki pengamanan yang sangat ketat.
kamar hotel termahal di dunia
Manajemen hotel menyediakan lift pribadi dan kamera pengintai di sepanjang koridor. Selain itu, pintu, dinding dan jendela dilapisi baja dan material antipeluru. Kamar ini biasanya dipesan kalangan selebriti dan para kepala negara.

Rekod Baru Lukisan Termahal Di Dunia

Lukisan yang dihasilkan Paul Gauguin pada abad ke-19 berjaya memecahkan rekod karya seni paling mahal apabila dijual pada harga mencecah £197 juta (RM1.06 bilion) pada satu lelongan di Basel, Switzerland, baru-baru ini.

Nafea faa ipoipo

Lukisan yang diberi nama Nafea faa ipoipo itu memaparkan dua wanita Tahiti selepas Paul menghabiskan masa di pulau tropika itu pada penghujung abad ke-19.

Bekas pemiliknya, Rudolf Staechelin yang merupakan seorang pengumpul hasil seni dan berasal dari sini mengesahkan penjualan tersebut.

Dia menyatakan, lukisan itu dijual berikutan harga yang ditawarkan cukup lumayan.

“Persoalannya, mengapa sekarang?

Ia adalah kerana harga yang ditawarkan kepada kami cukup lumayan,” katanya kepada New York Times.

Rudolf bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut, namun ada dakwaan yang mengatakan lukisan itu dibeli oleh kerajaan Qatar.

Jika laporan mengenai jualan tersebut disahkan, ia sekali gus akan memadam rekod sebelum ini yang dipegang artis seni Paul Cezanne selepas lukisannyayang bertajuk The Card Players dilelong pada harga £170 juta (RM918 juta).

Gauguin dan Cezanne merupakan sebahagian daripada pelukis kelahiran Perancis yang melonjak reputasi selepas kematian mereka. –Agensi

Sumber

Kumpulan muzik metal British hina bendera Malaysia


kumpulan-muzik-metal-british-hina-bendera-malaysia
Sebuah kumpulan muzik yang memainkan genre death metal didapati memuat naik gambar bendera Malaysia secara terbalik lantaran bengang dengan tindakan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan mereka mengadakan persembahan di Malaysia.

Band yang dimaksudkan adalah Carcass yang berasal dari British. Menurut status yang dimuat naik di laman Facebook, permohonan kumpulan tersebut untuk mengadakan persembahan pada bulan Mei ini telah ditolak kerajaan Malaysia.


Antara sebab yang turut dinyatakan oleh kerajaan Malaysia adalah kerana lirik-lirik lagu yang terkandung dalam nyanyian Carcass didapati tidak sesuai serta bercanggah dengan budaya di negara ini.

"Sorry Malaysia, no show for you guys in May. Seems like your government officials still haven't updated their calendars to the 21st century - we've had our visas declined on the basis of our "lyrical content". Laughable and embarrassing. Give us a call when you get yourselves a sensible secular state. PS if you're reading this you're too late, we 'already "corrupted" your youth and played Kuching last year!"

Berdasarkan kenyataan berkenaan, Carcass mendakwa mereka telah berjaya 'merosakkan' minda anak muda Malaysia dalam salah satu persembahan mereka di Kuching pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, tindakan biadab Carcass itu telah dikecam oleh para peminat muzik metal di Malaysia mahupun di luar negara.

Antara reaksi para pengguna media sosial adalah:

"Kebanyakan peminat sejati Carcass datang dari negara ini. Tak perlu menterbalikkan bendera kami. Ini satu tindakan yang tidak wajar, kami sangat kecewa dengan tindakan kamu!" - Najmi.

"Saya tak kenal band ini. Saya tak berminat dengan hal-hal politik di Malaysia, tetapi adalah satu tindakan yang biadab menterbalikkan bendera negara kami!" - Daniel.

Kredit gambar: Twitter, Facebook

Senarai 10 Negara Dengan Capaian Internet Terpantas

Senarai 10 Negara Dengan Capaian Internet Terpantas |

Sekarang ni semuanya bergantung pada teknologi. Nak berhubung, mencari maklumat malah hal kerja pun melibatkan teknologi. Jadi kelajuan internet sangat penting dan sangat diperlukan.


Pernah tertanya tak, negara mana yang mempunyai capaian internet yang terpantas di dunia?
Menerusi laporan yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Akamai State of the Internet, Korea Selatan diumumkan sebagai negara yang mempunyai capaian internet yang terpantas di dunia. Kelajuan internet di negara tersebut telah mencapai 22.2 Mbps.

Hong Kong berada di tempat kedua dengan kelajuan 16.8 Mbps dan Jepun pula ditempat ketiga dengan 15.2 Mbps.

Selain tiga negara ini, negara-negara lain yang turut menduduki Senarai 10 Negara Dengan Capaian Internet Terpantas adalah Sweden, Switzerland, Belanda, Latvia, Ireland, Republik Czech dan Finland.

Kredit gambar – mynewshub

Sumber

5 TIPS KECANTIKAN PELIK SELEBRITI

TIPS KECANTIKAN
5 TIPS KECANTIKAN PELIK SLEBRITI, 

 27 Nov – Selebriti-selebriti antarabangsa pastinya kelihatan cantik di majlis-majlis dan acara karpet merah.

Jika kita meminati mana-mana selebriti, pastinya kita ingin menjadi seperti mereka dengan mengikuti tips yang diberikan oleh mereka untuk kelihatan cantik.

Tetapi, adakah ianya di anggap perkara biasa atau pun dibolehkan menggunakan pasir kucing dan sos tomato untuk kecantikan?

Jom ketahui tips-tips pelik selebriti yang dipetik daripada Women Health Magazine dan jawapan daripada pakar mengenai tips tersebut.

Miranda Kerr
Model Victoria Secret ini menggunakan lip balm sebagai ‘shimmery highlighter’ di bahagian mata.

Pakar: Boleh cuba! Ianya berkesan. Tetapi gunakan lip balm yang mengandungi bahan semula jadi kerana lip balm akan membuatkan pori-pori tersumbat dan juga melekit.

Snooki Swears
Personaliti rancangan realiti televisyen dan penari ini menggunakan pasir kucing untuk pengelupasan dan pencerahan.

Pakar: Jangan! Teksturnya yang bergumpal pastinya akan mengingtkan anda tentang masker lumpur, tetapi zarah tanah liatnya adalah jauh berbeza dengan apa yang diformulakan untuk kulit. Ianya akan menyebabkan calar yang akan menjurus kepada kulit terbakar dan jerawat.
Cuba ini: Campurkan soda penaik dengan air ataupun pembersih muka anda, ia akan membantu untuk membersihkan pori-pori tanpa iritasi pada kulit.

Lady Gaga
Penyanyi ini menggunakan pita pelekat untuk menanggalkan mekap pada matanya.

Pakar: Boleh cuba tetapi berhati-hati. Mekap mata ada kalanya susah untuk ditanggalkan lebih-lebih lagi yang mempunyai ‘glitter’. Tetapi gunakan pita pelekat jenis kain yang sangat lembut pada kulit. Tetapi jika kulit anda jenis yang sensitif, elakkan untuk mengikuti tips ini dan gunakan penanggal mekap anda.

Sienna Miller
Pelakon dan model ini menggunakan sos tomato untuk membaiki ketidaksempurnaan rambut berwarna.

Pakar: Jangan! Kerana kesan inai atau pun perwarna rambut tidak mudah untuk dihilangkan begitu sahaja.
Cuba ini: Untuk membaiki warna rambut, anda harus pergi ke salon kerana mereka akan menggunakan campuran 90% alkohol dan ‘mineral oil’ untuk membaikinya.

Miranda Kerr
Satu lagi tips pelik dari model jelita ini adalah menggunakan sudu untuk melentikkan bulu matanya.

Pakar: Boleh cuba! Untuk hasil terbaik, panaskan sudu dengan air panas ataupun pengering rambut. Dengan bahagian dalam sudu menghadap ke atas, guna ibu jari untuk menolak bulu mata naik ke permukaan sudu mengikut lengkung sudu.

[Sumber Foto: womenaroundtown]

Sumber

Bagaimana Caranya Membuka Tutup Botol dengan Kertas A4

Membuka botol dengan kertas A4.
Minum minuman dingin dari botol di siang hari memang menyegarkan, apalagi minuman favorit. Walaupun saat ini minuman di dalam botol mulai sedikit dijual, tetapi masih banyak diperjualbelikan, terutama minuman bersoda.

Nah, bagi Anda yang senang dengan minuman di dalam botol, biasanya akan selalu menyediakan pembuka botol. Karena hanya cara ini yang bisa dilakukan untuk membukanya, tetapi bagaimana jika di sekitar Anda tidak ada alat tersebut?

Tentunya Anda akan dibuat repot, apalagi dahaga sudah menghampiri Anda. Tetapi jangan khawatir, karena ada beberapa cara yang bisa Anda lakukan, mulai dari mencari paku, benda-benda keras, atau kertas A4. Mungkin Anda sedikit penasaran dengan cara menggunakannya bukan?

Tidak perlu usaha yang keras, untuk Anda yang ingin membuka botol minuman, apalagi di dekat Anda hanya ada kertas A4. Caranya pun juga sangat mudah dan bisa diaplikasikan pad berbagai minuman yang disajikan dalam botol.

Cara ini diperkenalkan oleh salah satu akun di YouTube, yang berinisial Rhyn Morgan. Dan Anda bisa melakukannya dengan mudah.

Anda cukup melipat-lipat kertas A4 hingga cukup keras dan kuat, agar bisa mengangkat penutup botol dan lepas dari botolnya. Tidak perlu banyak penjelasan, mari kita simak videonya berikut ini:




Sumber

6 nama kuih tradisi paling pelik


6-nama-kuih-tradisi-paling-pelik "Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam, semua benda alamak boleh ditelan, batu, besi, paku, parang, kayu, papan".

Itu bait-bait lirik lagu berjudul Makan nyanyian Jalil Hamid. Lagu itu menggambarkan kepelbagaian makanan di Malaysia yang walaupun punya nama yang pelik, tapi keenakkannya tak dapat dinafikan.

Kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda beberapa jenis nama kuih yang terdapat di negeri asal saya iaitu Kelantan. Kelantan dianggap ramai sebagai syurga makanan 'eksotik'. Tak percaya? Jom lihat senarai ini!

PUTERI MANDI



Di kalangan orang Kelantan, disebut 'Terri Mandi'. Berbentuk bulat, berwarna-warni dan rasanya lemak manis.

BUTIR NANGKA



Dipanggil Butir Nangka kerana bentuknya seperti biji nangka. Rasanya memang manis dan sesuai dihidang sebagai dessert.

NEKBAT



Selain di Kelantan, Nekbat juga popular di Terengganu. Sekali tengok, bentuknya seperti kuih baulu.

ULAT BULU



Eh? Jangan terkejut ya. Mungkin kerana bentuknya ia dipanggil ulat bulu. Adunan kuih ini tak banyak beza dengan kuih buah Melaka.

CEK MEK MOLEK



Bentuknya memang comel, sesuai dengan namanya. Dihasilkan dari adunan tepung gandum dan ubi keledek dengan gula sebagai inti.

GELEMBUNG BUAYA



Kuih ini bolehlah dikatakan adik beradik dodol. Rasanya lemak manis kelapa parut muda yang disebatikan dengan gula dan tepung.

So there you have it. Yang tak pernah rasa, bolehlah cuba selepas ini. Yang pasti, jangan tertipu dengan nama kerana semuanya sedap-sedap belaka!

Kredit: resipicitarasawan.blogspot.com, malaysiaria.com, intaidapur.blogspot.com, elissmie.com, sapphireruth.blogspot, ejamothman.com, norakristilla.blogspot

 Sumber

5 Ular Paling Cantik Di Dunia

5 Ular Paling Cantik Di Dunia - Tak hanya kulit ular saja yang bisa dibuat menjadi aksesoris fesyen yang cantik. Penampilan hewan melata ini juga bisa didandani hingga terlihat cantik dan stylish. Sejumlah komunitas pecinta ular di media sosial Instagram dan Tumblr, kompak mendandani hewan peliharaannya itu dengan aksesoris yang modis. Beragam jenis ular tampil mengenakan ragam topi, pita, hingga sweater rajut!

Berikut adalah 5 Ular Paling Cantik Di Dunia seperti yang dilansir melalui Buzzfeed, Jumat (16/1/2015) :


Ular Paling Cantik Di Dunia

Ular ini dimilliki oleh pemilik akun Tumblr Noodleninja14. Ia mendandani hewan kesayangannya ini dengan topi bergaya Southwestern yang penuh dengan bunga dan bulu.


Ular Paling Cantik Di Dunia
Pemilik akun Tumblr Earth-Inspired mengunggah foto ular Sanca Kuning yang tampil cantik mengenakan headpiece berwarna biru laut mengilap. Kombinasi kedua warna ini membuat sang ular terlihat jauh lebih manis dan menggemaskan.


Ular Paling Cantik Di Dunia
Pemilik akun Tumblr Fluffybumsandscales mengunggah foto ular kesayangannya yang berkulit merah. Penampilan si kulit merah ini hanya cukup dipermanis dengan topi mungil berwarna hitam. Dan... Voila!


Ular Paling Cantik Di Dunia
Ular kerap diasosiasikan dengan lambang penyihir. Pemilik ular bisa merah ini mendandani hewan kesayangannya itu dengan topi penyihir mungil. Hati-hati... si penyihir ular datang membawa bisa.
Ular Paling Cantik Di Dunia
Hohoho... Snakeklaus datang membawa hadiah untuk pecintanya. Ya, si ular berdandan ala sinterklas, lengkap dengan kado mungil di sampingnya.

Sumber : http://kumpulan-berita-unik.blogspot.com/2015/01/ular-paling-cantik-di-dunia.html

8 makanan pelik di dunia


8-makanan-pelik-di-dunia-yang-harus-dicuba
Seketika melangkah ke negara asing, pastinya hati sunguh teruja untuk menjengah varsiti budaya yang terkandung dalam kehidupan tempatan.

Makanan bersifat universal, maka budaya setempat juga mampu mempengaruhinya. Tidak kira di mana sahaja tempat di dunia, pasti sesebuah negara itu mempunyai seleksi hidangan yang unik dan sungguh berlainan.

Kenali pilihan lapan makanan yang dianggap pelik di dunia.

Balut (Filipina)


Bosan dengan telur rebus? Begitu juga telur goreng atau scrambled egg? Orang Filipina memakan balut yakni embrio itik hampir menetas direbus bersama kulitnya.

Kopi Black Ivory (Thailand)


Rasanya kopi yang enak, lembut dan pekat lazat. Mahu tahu apa rahsianya? Pastinya sentuhan najis gajah. Biji kopi diberi makan kepada gajah lalu dikutip semula semasa haiwan berkenaan melawasnya.

Hákarl (Iceland)


Seketika menjengah ke Iceland, yang terkenal dengan makanan pelik hákarl iaitu ikan jerung yang telah reput. Ikan tersebut direndam dan ditapai selama beberapa bulan sebelum dipotong menjadi kepingan dan dikeringkan.

Beondegi (Korea Selatan)


Pernah terfikir untuk merasai ulat? Inilah beondegi! Pulpa ulat sutera ini dihidang sebagai snek tradisional di Korea Selatan.

Belalang (Seluruh dunia)


Belalang dikenali sebagai salah satu sumber protein. Belalang goreng amat popular di Asia dan mudah didapati di pasar. Di Mexico pula, makanan ini dipanggil chapulines dan sering dihidangkan bersama limau nipis dan bawang putih.

Witchetty grub (Australia)


Lazimnya menjadi makanan ringan, witchetty grub adalah terma yang digunapakai di Australia untuk panggilan larva putih rama-rama yang besar. Snek ini mula-mula sekali diterokai oleh orang asli.

Labah-labah goreng (Cambodia)


Salah satu makanan eksotik yang popular, labah-labah yang dimaksudkan adalah tarantula. Restoran Romdeng yang terletak di Phnom Penh menghidangkan tarantula goreng dengan kuah cicah lada hitam dan limau nipis.

Century eggs (China)


Usah risau, telur-telur ini tidak disimpan selama 100 tahun. Cuma beberapa bulan. Namun itu sudah cukup untuk membuatkan kuning telur bertukar menjadi warna hijau pekat.


Kredit gambar: Paula Bronstein, Getty Images, Samjamphoto, Cambodia's Top Tables, spanishsabores
 

Bingung duit RM5 juta muncul dalam akaun


bingung-duit-rm5-juta-muncul-dalam-akaun
UNITED KINGDOM, (MLP) - Seorang lelaki bingung apabila membuka akaun bank miliknya secara atas talian dan mendapati baki akaunnya melebihi 1 juta pound (RM5 juta)!

Secara kebetulan, Kieran McKeefery sedang membuat persiapan untuk membeli sebuah kereta sehari sebelum wang itu muncul dalam akaunnya.

Kieran, 21, bagaimanapun membuktikan dia seorang yang jujur apabila menelefon pihak bank dan meminta mereka menyiasat dari mana datangnya wang tersebut.

Kieran kemudiannya diberitahu bahawa duit itu datang daripada sebuah syarikat pelaburan dan hanya syarikat berkenaan boleh menarik balik wang tersebut.

Syarikat tersebut hanya mengambil kembali wang berkenaan 10 hari kemudian, dengan Kieran memperolehi faedah simpanan sebanyak 210 pound. 
 

Reka ambulans sendiri untuk isteri


reka-ambulans-sendiri-untuk-isteri
CHINA, (MLP) - Seorang petani reka ambulans sendiri untuk membawa isterinya berulang alik ke hospital dua kali seminggu sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia telah meliputi perjalanan sejauh 50,000 kilometer sejak ia mula digunakan untuk mengangkut isterinya yang lumpuh untuk menjalani rawatan.

Bukan itu sahaja, kereta ambulans itu dengan dilengkapi beg oksigen, ubat kecemasan dan tandas mudah alih.

Kisah lelaki itu menjadi satu lagi contoh kesetiaan ramai pasangan tua di China yang tersebar baru-baru ini.

Sebelum ini, seorang wanita di Sichuan menjadi terkenal selepas gambarnya yang menarik suami lumpuh di atas katil mudah alih untuk berehat di luar rumah tersebar di lamam sosial.
 

‘Berjiran’ dengan mayat dalam penerbangan


‘Berjiran’ dengan mayat dalam penerbangan

berjiran-dengan-mayat-dalam-penerbangan
TANZANIA, (MLP) - Seorang wanita terpaksa ‘berjirankan’ mayat  dalam penerbangan 10 jam ke Tanzania apabila lelaki yang duduk di sebelahnya mati dalam penerbangan.

Menurut wanita itu yang juga wartawan Radio Swede, ketika menaiki penerbangan Kenya Airways di lapangan terbang Amsterdam, lelaki terbabit yang berusia 30-an berkelihatan tidak sihat kerana berpeluh dan sawan.

Malangnya, lelaki itu meninggal dunia selepas dua jam pesawat itu berlepas. 

Menurutnya, anak kapal terpaksa membaringkan mayatnya merentasi tiga tempat duduk dan menutupnya dengan selimut.

Bagaimanapun, kaki mayat didakwa masih terjulur oleh wanita tersebut. 

Wanita itu kemudian membuat aduan mengenai kejadian tersebut kepada syarikat penerbangan. 

Kenya Airways memohon maaf dan memulangkan separuh harga tambang.
 

5 sebab kenapa harus makan coklat!


5-sebab-kenapa-harus-makan-coklat
Anda penggemar coklat? Tentu dah biasa dengar orang cakap coklat menggemukkan dan tak patut diamalkan. Tetapi Cynthia Sass, seorang pakar nutrisi meletakkan lima sebab kenapa anda harus enjoy makan coklat tanpa rasa bersalah!

1. Coklat memiliki antioksidan yang sama dengan teh yang membantu otak anda lebih aktif dan fokus.

2. Coklat mampu menghalang kolestrol dari melekat di dinding arteri, sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

3. Dark Chocolate mengandungi magnesium yang mampu mengurangkan simptom PMS seperti kekejangan, keletihan dan kemurungan.

4. Pengambilan coklat juga membantu pengaliran darah yang lebih teratur, sekaligus bekalan oksigen dan nutrien juga disalurkan dengan lebih baik.

5. Dark chocolate mempunyai kandungan semulajadi yang mampu membangkitkan rasa 'euphoria', satu perasaan yang ditafsirkan ramai seperti perasaan jatuh cinta!
 

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.