Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Wanita Malaysia terkaya di Australia


wanita-malaysia-terkaya-di-australia MELBOURNE, (MLP) – Wanita warga Malaysia, Vicky Teoh, yang memiliki kekayaan dianggar berjumlah A$938 juta, sekali lagi dinobatkan sebagai Wanita Paling Kaya Di Australia oleh majalah Business Review Weekly (BRW).

Vicky, 57, berhijrah ke Australia bersama suaminya, David Teoh, 58, pada tahun 1986 dan mengasaskan TPG Telecom.

Vicky dilaporkan memiliki sebahagian besar saham TPG dan memainkan peranan aktif dalam penubuhan perniagaan baharu keluarga itu seperti Oscar Wylee, yang terlibat dengan perniagaan runcit cermin mata secara dalam talian.

Senarai terbaharu BRW itu dikeluarkan sempena Hari Wanita, dengan kesemua 30 wanita yang tersenarai adalah mereka yang memiliki kekayaan hasil usaha sendiri dan bukan warisan turun-temurun keluarga.

Sumber

Comments :

0 comments to “ Wanita Malaysia terkaya di Australia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.