Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 makanan paling bahaya


5-makanan-paling-bahaya
Di sini, kami menyenaraikan beberapa makanan yang mungkin menjadi makanan kegemaran kita namun di sebalik keenakkannya, ia sebenarnya boleh menjadi bahaya kepada kesihatan jika tidak dikawal.

Hotdog



Kajian Akademi Pediatrik Amerika mendapati hotdog punya choking hazard, terutamanya bagi kanak-kanak. Mereka menyarankan agar hotdog diletakkan label tersebut, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Kacang



Ia disifatkan merbahaya kerana punya kebarangkalian alergi yang tinggi. Kebanyakan orang yang dihantar ke hospital kerana alergi kacang, tidak mengetahui bahawa mereka punya masalah alahan tersebut.

Sayuran berdaun



Bayam dan kubis antara yang termasuk dalam kategori bahaya kerana kajian Pusat Sains dan Kepentingan Awam Amerika mendapati ia antara medium pembawa wabak, terutama sekali yang dihidangkan di restoran.

Tuna



Amerika Syarikat pernah mengeluarkan amaran pengambilan yang banyak di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan perkembangan sistem saraf bayi terbantut.

Kopi



Anda penggemar kopi? Berhati-hati kerana pengambilan yang berlebihan bukan sahaja membuatkan anda tak boleh tidur, tetapi juga peningkatan kadar denyutan jantung yang tidak normal.

Foto: dishblogger.com, wanista, the guardian

Comments :

0 comments to “ 5 makanan paling bahaya”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.