Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Remaja dakwa tangkap gambar roh


remaja-dakwa-tangkap-gambar-roh
LONDON, (MLP) - Seorang pelajar sekolah mendakwa berjaya merakamkan imej hantu Grey Lady menggunakan telefon pintarnya baru-baru ini di Istana Hampton Court.

Laporan Daily Mail menyebut pelajar tersebut, Holly Hampsheir, merakamkan imej hantu tersebut sewaktu sedang mengambil gambar sepupunya, Brook McGee, ketika mereka berdua mengunjungi istana yang dibina pada kurun ke-16 itu.

Holly memberitahu, sehingga kini dia masih bingung dengan apa yang berlaku dan mengakui tidak nampak kelibat tersebut ketika mengambil gambar.

Pakar fotografi telah mengesahkan gambar itu bukan hasil edit.

Grey Lady yang merupakan pelayan Ratu Elizabeth I, meninggal dunia pada tahun 1562 kerana demam campak.

Foto: Daily Mail
 

Comments :

0 comments to “Remaja dakwa tangkap gambar roh”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.