Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

20 nama paling seksi di dunia


20-nama-paling-seksi-di-dunia
Satu kaji selidik unik telah dijalankan oleh portal BabyNameWizard bagi mengkaji pilihan nama yang dianggap paling seksi pada masa kini.

10 nama bagi perempuan yang dianggap mampu mencairkan hati sang lelaki adalah Nicolette, Natalia, Anaïs, Paulina, Alessandra, Chanel, Soraya, Adrianna dan Giuliana.

Manakala seleksi nama-nama seperti Lorenzo, Rhett, Romeo, Mateo, Dimitri, Dane, Marcelo, Dante dan Rémy dianggap mempersona buat kaum adam.

Kajian yang sama mendapati nama-nama individu yang mempunyai ciri-ciri atau elemen dari latin dan Perancis sentiasa digemari ramai.

Memetik laporan LiveScience, nama-nama kaum lelaki dan perempuan yang masing-masing berakhir dengan konsonan ‘O’ dan ‘A’ juga akan diminati.

Selain itu pilihan nama yang mempunyai gandaan huruf lebih baik dari satu huruf setiapnya. Sebagi contoh, ‘Adrianna’ lebih mudah diingati berbanding ‘Adriana’.

Sekitar tahun 1890, nama-nama seperti Gertrude, Bertha, Agnes, Ethel dan Mildred dianggap seksi buat wanita waima Bob, Ernest, Norman, Dick dan Howard pula popular di kalangan lelaki.

Kredit gambar: starbucksmelody
 

Comments :

0 comments to “ 20 nama paling seksi di dunia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.