Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

GAMBAR TERBESAR DI DUNIA

INILAH GAMBAR TERBESAR DI DUNIA
Gambar tersebar di dunia
INILAH GAMBAR TERBESAR DI DUNIA 

Barangkali mungkin, inilah gambar terbesar di dunia pernah diambil setakat ini. | Untuk menangkap sesuatu gambar, kebiasaannya kita hanya menggunakan kamera pada smartphone, kamera kompak ataupun kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex). Ia kerana mampu untuk diperolehi serta senang dibawa ke mana sahaja lokasi kita berada. Satu kali snap, mampu untuk disimpan terus ke dalam Memory Card (Kad Memori) dek kerana saiz setiap keping gambar itu hanya beberapa Megabyte. Namun, terfikirkan anda..bagaimana pula dengan gambar yang bersaiz paling besar?


Menerusi perkongsian blog ini, pada 5 Januari 2015 pihak NASA (National Aeronautics and Space Administration) telah berjaya menangkap gambar berkapasiti 1.5 bilion piksel imej (69536 x 22230) yang memerlukan saiz lebih daripada 4 GB ruang cakera. Tangkapan imej itu adalah Andromeda Galaxy. Ia ditangkap menggunakan NASA / ESA Teleskop Angkasa Hubble. Satu keping imej Andromeda Galaxy itu, mengandungi anggaran lebih 100 juta bintang yang membawa kepada lebih 40,000 tahun cahaya. Wow...! Bayangkanlah bertapa besarnya gambar itu...

Anda boleh lihat sendiri gambar terbesar di dunia ini menerusi paparan video di bawah. Jika line internet anda lancar, anda boleh mengubah Kualiti video itu kepada (2160p 4K) untuk paparan yang lebih jelas ketika gambar Andromeda Galaxy itu dibesarkan.


Sumber

Comments :

0 comments to “GAMBAR TERBESAR DI DUNIA”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.