Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST


senarai-barangan-dan-perkhidmatan-yang-dikenakan-gst
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mula diimplemen pada 1 April 2015 pada kadar 6 peratus. Cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) masing-masing pada kadar 10 peratus dan 6 peratus dahulunya akan digantikan dengan GST.

Kebanyakan barangan dan perkhidmatan (kecuali keperluan asas) akan dikenakan GST termasuklah barangan yang dahulunya tidak dikenakan SST.

Antara barangan dan perkhidmatan yang akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan adalah:

Kad Kredit



Cukai kerajaan sebanyak RM50 yang dikenakan setiap tahun serta RM25 yuran bagi kad tambahan akan dimansuhkan pada 1 April apabila GST mula diimplemen.

Sebaliknya GST akan dikira berdasarkan yuran tahunan kad kredit yakni boleh terangkum dari jumlah RM70 hingga RM1,000 bergantung pada jenis kad.

Buku dan e-buku



Cukai 6 peratus akan dikenakan ke atas semua jenis buku kecuali kamus, ensiklopedia, surat khabar, buku teks, buku rujukan, buku kerja dan kitab-kitab agama. Kesemua terbitan ini tidak tertakluk kepada GST.

Pembekal e-buku tempatan seperti e-sentral dan MPHonline juga akan dikenakan GST manakala syarikat asing seperti Google Play dan Apple iBookstore tidak tergolong dalam cukai 6 peratus tersebut.

Rumah



GST juga dikenakan terhadap bahan-bahan asas pembinaan seperti simen, batu-bata dan pasir bagi kedua-dua hartanah kediaman dan komersial. Jentera berat seperti kren juga dikenakan cukai.

Sebelum ini, bahan-bahan mentah tidak termasuk cukai SST. Harga rumah dianggarkan mengalami kenaikan sebanyak 2.6 peratus maksimum.

Petrol



RON97 akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus.  Bagaimanapun RON95, Diesel dan gas asli cecair (LPG) terkecuali.

Bekalan Elektrik



Isi rumah akan termasuk 6 peratus GST jika penggunaan bil elektrik melebihi 300 unit.

Kereta Terpakai



Pada masa ini, kereta terpakai  adalah tidak tertakluk kepada SST malah tidak tersenarai dalam barangan yang dikenakan GST.

Industri kereta meramalkan bahawa kereta terpakai akan tertakluk kepada cukai tambahan 6 peratus selepas pelaksanaan GST pada bulan April.

Perkhidmatan Perbankan



Bayaran RM1 jika menggunakan perkhidmatan MEPS di ATM akan meningkat kepada RM1.06. Tiada GST akan dikenakan sekiranya membuat pengeluaran dari ATM bank sendiri.

Begitu juga dengan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh bank, seperti pemindahan wang (contohnya pesanan juruwang dan permintaan draf), pindahan telegraf, pertukaran wang, pinjaman, perkhidmatan cek dan kad debit akan turut tertakluk kepada cukai sebanyak 6 peratus (perkhidmatan, komisen atau yuran langganan).

Yuran Kelas Tuisyen



Bermula April, GST akan mula diimplemen ke atas yuran tuisyen, lantaran pusat tuisyen tidak dikategorikan di bawah institusi pendidikan.

Khidmat Kecantikan



Harga perkhidmatan kecantikan seperti rambut, rias kuku dan rawatan muka akan dikenakan 6 peratus GST. Perkhidmatan urut akan dikenakan GST jika jumlah jualan tahunan bagi perniagaan itu adalah RM500,000 dan ke atas.

Selain daripada perkhidmatan kecantikan, kosmetik dan produk lain untuk kulit, rambut dan penjagaan badan juga akan dikenakan GST.

Produk kecantikan yang dijual di lapangan terbang dikira barangan bebas cukai dan tidak termaktub kepada cukai GST.

Walau bagaimanapun, peniaga yang pernah mendaftar akan dapat mengurangkan kos dengan menuntut kredit cukai input bagi premis yuran sewa, kos elektrik dan peralatan yang dibeli untuk menjalankan perkhidmatan. Cukai input merujuk kepada GST yang dibayar oleh perniagaan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang digunakan untuk melaksanakan perniagaan.

Insurans



Semua polisi insurans kecuali insurans hayat akan dikenakan 6 peratus GST bermula April. GST juga tertakluk kepada semua dasar tradisonal dan berkaitan pelaburan yang mempunyai manfaat dari penyakit kritikal atau perubatan kemalangan persendirian.

GST dikenakan ke atas polisi premium tradidional. Bagi polisi berkaitan pelaburan pula, cukai 6 peratus dikenakan ke atas caj insurans. Caj insurans akan meningkat dengan usia kerana caj insurans yang lebih tinggi bagi polisi berkaitan pelaburan.

Kurang dari sebulan sebelum GST mula dilaksanakan, adalah satu perkara yang baik untuk memahami bagaimana GST akan memberi kesan kepada perbelanjaan seharian. Pengetahuan ini dapat membantu merancang perbelanjaan masa hadapan dalam mengurangkan kesan negatif GST.

Kredit gambar: therakyatpost, agendasemasa, publishingperspectives, wikimedia, PA, ooo.my, winpoin, mbsa-mppzon5, ogleschool, fbs.anu
 

Comments :

0 comments to “ Senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.