Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Lembu Terbesar Di Dunia


Seekor lembu di Britain mungkin mencatatkan rekod baru dunia sebagai yang terbesar selepas mempunyai ketinggian 1.8 meter dan mempunyai berat hampir satu tan, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun mempunyai saiz sebesar anak gajah, lembu yang dinamakan Chilli itu hanya memakan rumput dan kadang-kala diberi makan lobak.
Chilli yang berusia sembilan tahun dipelihara di Pusat Jagaan Haiwan Ferne di Chard, Somerset di Britain selepas diserahkan oleh tuannya ketika berusia enam hari.
“Kami mula menyedari Chilli lebih besar daripada lembu yang lain ketika ia sedang membesar,” kata pengurus pusat itu, Naomi Clarke.
Pemilik pusat jagaan itu telah menghubungi pihak Guinness Book of Records yang kini sedang meneliti dan membandingkan haiwan itu dengan rekod lembu-lembu yang lain.



Sumber

Comments :

0 comments to “Lembu Terbesar Di Dunia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.