Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

‘Berjiran’ dengan mayat dalam penerbangan


‘Berjiran’ dengan mayat dalam penerbangan

berjiran-dengan-mayat-dalam-penerbangan
TANZANIA, (MLP) - Seorang wanita terpaksa ‘berjirankan’ mayat  dalam penerbangan 10 jam ke Tanzania apabila lelaki yang duduk di sebelahnya mati dalam penerbangan.

Menurut wanita itu yang juga wartawan Radio Swede, ketika menaiki penerbangan Kenya Airways di lapangan terbang Amsterdam, lelaki terbabit yang berusia 30-an berkelihatan tidak sihat kerana berpeluh dan sawan.

Malangnya, lelaki itu meninggal dunia selepas dua jam pesawat itu berlepas. 

Menurutnya, anak kapal terpaksa membaringkan mayatnya merentasi tiga tempat duduk dan menutupnya dengan selimut.

Bagaimanapun, kaki mayat didakwa masih terjulur oleh wanita tersebut. 

Wanita itu kemudian membuat aduan mengenai kejadian tersebut kepada syarikat penerbangan. 

Kenya Airways memohon maaf dan memulangkan separuh harga tambang.
 

Comments :

0 comments to “‘Berjiran’ dengan mayat dalam penerbangan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.