Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

9 fakta puteri Disney yang anda perlu tahu


9-fakta-puteri-disney-yang-anda-perlu-tahu
Sempena meraikan filem Disney Cinderella edisi 2015, MLP berikan beberapa fakta tentang puteri-puteri rekaan Disney yang anda perlu tahu.



1. Disney telah mereka banyak watak puteri, namun bukan semua disahkan sebagai puteri Disney yang rasmi. Setakat ini yang sudah tersenarai ialah Snow White, Mulan, Aurora, Belle, Tiana, Rapunzel, Ariel, Cinderella, Jasmine, Pocahontas dan Merida.



2. Disney telah merancang satu sekuel Snow White dengan tajuk Snow White Returns, namun tidak diterbitkan.



3. Pocahontas merupakan satu-satunya watak puteri yang diadaptasi dari kisah sebenar. Pocahontas di alam realiti wujud sekitar tahun 1500.



4. Puteri Aurora (Sleeping Beauty) adalah puteri dengan dialog paling sedikit. Mana taknya, dia tidur separuh daripada cerita!



5. Belle (Beauty and the Beast) mungkin puteri Disney paling cantik dengan sense of style, namun mungkin ramai yang tak perasan di kampung tempat tinggalnya, hanya dia yang berpakaian biru? Dan si jelik juga berpakaian biru. Biru pada pakaian menunjukkan mereka tidak 'belong' dalam dunia sekeliling mereka, that they are a pair of unique individuals.



6. Pengasas Disney, Walt Disney, dikatakan sangat menggemari moment di mana Cinderella ditukar menjadi puteri, daripada pakaian orang gaji kepada ballgown seorang puteri. Malah orang yang rapat dengan beliau pernah berkata Cinderella adalah watak puteri paling disayangi Walt.



7. Watak Aladdin sebenarnya direka agak gemuk dan selekeh. Namun selepas watak Puteri Jasmine siap direka, watak Aladdin terpaksa ditukar kerana perwatakan Jasmine terlalu sempurna.



8. Puteri Disney paling muda ialah Snow White, yang direka sebagai seorang gadis berusia 14 tahun. Cinderella dan Tiana (Princess and the Frog) pula adalah yang paling matang, berusia 19 tahun.



9. Cinderella adalah satu-satunya watak puteri Disney tanpa darah diraja.

Foto: Disney

Sumber

Comments :

0 comments to “ 9 fakta puteri Disney yang anda perlu tahu”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.