Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kumpulan muzik metal British hina bendera Malaysia


kumpulan-muzik-metal-british-hina-bendera-malaysia
Sebuah kumpulan muzik yang memainkan genre death metal didapati memuat naik gambar bendera Malaysia secara terbalik lantaran bengang dengan tindakan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan mereka mengadakan persembahan di Malaysia.

Band yang dimaksudkan adalah Carcass yang berasal dari British. Menurut status yang dimuat naik di laman Facebook, permohonan kumpulan tersebut untuk mengadakan persembahan pada bulan Mei ini telah ditolak kerajaan Malaysia.


Antara sebab yang turut dinyatakan oleh kerajaan Malaysia adalah kerana lirik-lirik lagu yang terkandung dalam nyanyian Carcass didapati tidak sesuai serta bercanggah dengan budaya di negara ini.

"Sorry Malaysia, no show for you guys in May. Seems like your government officials still haven't updated their calendars to the 21st century - we've had our visas declined on the basis of our "lyrical content". Laughable and embarrassing. Give us a call when you get yourselves a sensible secular state. PS if you're reading this you're too late, we 'already "corrupted" your youth and played Kuching last year!"

Berdasarkan kenyataan berkenaan, Carcass mendakwa mereka telah berjaya 'merosakkan' minda anak muda Malaysia dalam salah satu persembahan mereka di Kuching pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, tindakan biadab Carcass itu telah dikecam oleh para peminat muzik metal di Malaysia mahupun di luar negara.

Antara reaksi para pengguna media sosial adalah:

"Kebanyakan peminat sejati Carcass datang dari negara ini. Tak perlu menterbalikkan bendera kami. Ini satu tindakan yang tidak wajar, kami sangat kecewa dengan tindakan kamu!" - Najmi.

"Saya tak kenal band ini. Saya tak berminat dengan hal-hal politik di Malaysia, tetapi adalah satu tindakan yang biadab menterbalikkan bendera negara kami!" - Daniel.

Kredit gambar: Twitter, Facebook

Comments :

0 comments to “Kumpulan muzik metal British hina bendera Malaysia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.