Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Mahkamah jatuhkan hukuman 200 sebatan kepada mangsa rogol


mahkamah-jatuhkan-hukuman-200-sebatan-kepada-mangsa-rogol
ARAB SAUDI, (MLP) - Seorang wanita yang menjadi mangsa rogol dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan serta 200 sebatan oleh Mahkamah Agung.

Memetik laporan portal PressTV, wanita berkenaan yang merupakan mangsa rogol beramai-ramai telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana berkongsi kepada para media mengenai jenayah yang telah berlaku ke atas dirinya.

Menurut media Iran itu, wanita terbabit dikatakan menaiki kenderaan seorang rakan lelaki sebelum dibawa ke sebuah kawasan terpencil.

Mangsa yang pada ketika itu berusia 19 tahun kemudiannya diperkosa oleh tujuh lelaki lain. Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2006.

Sebelum ini, wanita itu telah dikenakan 90 sebatan kerana berada di dalam kereta bersama lelaki bukan muhrim.

Undang-undang Arab Saudi telah menetapkan bahawa wanita yang keluar di tempat awam haruslah ditemani oleh saudara lelaki pada setiap masa.

Nasib malang wanita berusia 28 tahun itu berterusan apabila peguam yang mewakilinya dilarang mengendalikan kes tersebut. Ia adalah kerana lesen peguam itu telah dirampas pihak mahkamah lantaran bertindak mendedahkan isi kandungan rayuan Mahkamah Agung kepada pihak media.

Walau bagaimanapun, sekumpulan lelaki yang merogol wanita itu hanya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Kredit gambar: ibtimes
 

Comments :

0 comments to “Mahkamah jatuhkan hukuman 200 sebatan kepada mangsa rogol”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.