Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

10 fakta mengenai kisah dongeng anda mungkin tidak tahu


10-fakta-mengenai-kisah-dongeng-anda-mungkin-tidak-tahu
Secara harfiahnya, kisah dongeng memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak mengenal erti pengajaran penting kehidupan.

Sudah hampir 200 tahun usia buku ceritera yang membawa seleksi kisah-kisah dongeng ke seluruh masyarakat dunia. Tidak kira karya adik-beradik Grimm, Charles Perrault mahupun Hans Christian Andersen, kesemua cereka penglipur lara ini telah melalui pelbagai revolusi.

Mari imbas 10 fakta menarik mengenai kisah-kisah dongeng yang mungkin tidak diketahui umum.



Jacob dan Wilhelm Grimm tidak mensasarkan kisah dongeng mereka untuk dibaca golongan kecil. Koleksi adik-beradik Grimm ini adalah sebahagian daripada projek ilmiah untuk mengenal pasti dan mengekalkan semangat rakyat Jerman.



Salah satu cerita yang dikeluarkan dari sisipan pertama adik-beradik Grimm adalah kisah Hans Dumm. Ia mengisahkann seorang lelaki yang mempunyai kuasa untuk membuat wanita mengandung dengan sesuka hati.



Dalam versi asal Sleeping Beauty, putera tidak memaklumkan perihal puteri kepada keluarga, hanya apabila mereka sudah mempunyai dua anak. Mengapa? Kerana ibu putera digambarkan sebagai seorang raksasa yang suka memakan kanak-kanak. Rancangannya untuk memakan cucu sendiri gagal lantas jatuh ke jurang dan mati dimakan ular.



Rendisi Little Red Riding Hood di Itali dan Austria sangat mengerikan. Serigala yang menyamar memberi Littte Red makan nenek sendiri. Gigi nenek sebagai nasi, daging nenek menjadi kepingan stik manakala darah nenek dijadikan minuman.



Ada yang berpendapat bahawa kasut kaca Cinderella sebenarnya adalah kasut berbulu. Kesalahan terjemahan menyebabkan pertukaran itu berlaku.



Disney hampir muflis kerana terlalu banyak mengolah adegan Briar Rose bertemu Putera Phillip buat pertama kali. Juruanimasi menyunting babak itu selama empat kali.



Masih ingatkah telatah dua pari-pari yang bergaduh mengenai warna baju puteri beradu? Perkara itu diadaptasi dari insiden yang sama turut berlaku dalam studio pembikinan.



Pelakon Alyssa Milano tidak mengetahui bahawa wajahnya semasa kecil menjadi inspirasi lakaran untuk Ariel!



Ramai selebriti yang mahu meminjamkan suara bagi watak Tiana. Beyoncé mahukan peranan tersebut tetapi tidak mahu audition. Alicia Keys datang uji bakat sebanyak tiga kali manakala Tyra Banks dan Jennifer Hudson turut mencuba.



Tahukah anda kisah dongeng pertama di dunia adalah The Tale of Two Brothers yang berasal dari cerita Mesir kuno? Mula dikeluarkan sekitar tahun 1300 sebelum masihi dan transkrip asalnya kini ditempatkan di Muzium Britsh.

Kredit gambar: disney-elite, tumblr, yourtango, disneyworld-is-my-home, wiki, thegreatdisneyempire, binarymoon, askmewhenimnotbusy
 

Comments :

0 comments to “ 10 fakta mengenai kisah dongeng anda mungkin tidak tahu”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.