Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Aktiviti curang 'dihalalkan' di sisi undang-undang


aktiviti-curang-dihalalkan-di-sisi-undang-undang
SEOUL, (MLP) - Di Korea Selatan, ianya kini tidak salah di sisi undang-undang untuk melakukan aktiviti curang selepas Mahkamah Persekutuan pada hari Khamis 28 Februari 2015 telah membuat keputusan untuk memansuhkan undang-undang kecurangan.

Data daripada mahkamah ini telah menunjukkan bahawa sejak tahun 1985, 53,000 rakyat Korea Selatan telah didakwa di bawah undang-undang ini termasuk 900 pada tahun 2014. Terdapat beberapa daripada mereka yang juga pernah dipenjarakan.

Di dalam panel hakim yang terdiri daripada 9 ahli, 7 daripada mereka telah mengundi untuk membatalkan undang-undang ini yang diperkenalkan pada tahun 1953 untuk memelihara nilai-nilai tradisi murni dalam institusi kekeluargaan di negara ini. 

Menurut hakim Park Hai Chul, '' “walaupun melakukan aktiviti curang ini adalah satu perbuatan yang tidak bermoral, kerajaan sepatutnya tidak harus bercampur tangan dalam kehidupan peribadi seseorang individu”. Keputusan ini akan membantu mereka yang mempunyai kes kecurangan sejak tahun 2008 di mana ia boleh disingkirkan ataupun dibicarakan semula. 

Keputusan mahkamah ini telah menyaksikan saham syarikat Unidus Corp., iaitu sebuah syarikat pengeluar kondom, melonjak 15 % dalam sehari di bursa saham tempatan.


Kredit Foto: aphs.worldnomads

Comments :

0 comments to “Aktiviti curang 'dihalalkan' di sisi undang-undang ”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.