Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Teh ais penyebab kegagalan buah pinggang


teh-ais-penyebab-kegagalan-buah-pinggang
Seorang lelaki yang berasal dari Arkansas mengalami kegagalan buah pinggang dan masalah itu dikaitkan dengan tabit minum teh ais yang keterlaluan.

Memetik laporan Associated Press, lelaki berusia 56 itu dilaporkan minum lebih 16 gelas teh ais bersamaan segelen pada setiap hari.

Black tea dilaporkan mengandungi banyak kompaun dipanggil oxalate. Menurut laporan LiveScience, oxalate sering dikaitkan dengan masalah melibatkan buah pinggang.

Seorang doktor yang membentangkankan kesnya dalam New England Journal of Medicine, mengatakan tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oxalate adalah lebih daripada 1,500mg dalam sehari.

Jumlah tersebut amat tinggi jika dibandingkan dengan rakyat Amerika secara purata.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu. Pemeriksaan hospital mendapat air kencing pesakit berkenaan dipenuhi gentian kristal kalsium oxalate yang sering dikaitkan dengan penyakit batu karang.

Dia kini menjalani rawatan dialisis dan mungkin bergantung padanya untuk seumur hidup.

“Kami tidak pernah menasihati atau menghalang orang ramai dari minum teh. Jika anda sihat dan minum teh secara sederhana, ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang,” jelas para penyelidik.

Tambahan pula, kajian terdahulu pernah mencadangkan bahawa jumlah pengambilan teh yang munasabah dapat membendung masalah kesihatan seperti batu karang,” ujar penyelidik luar kepada Reuters.

Oxalate turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum.

Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih 50mg oxalate dalam sehari tetapi rakyat Amerika kebiasaannya mengambil sekitar 152mg hingga 511mg.

Kredit gambar: halrothphotography
 

Comments :

0 comments to “Teh ais penyebab kegagalan buah pinggang”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.