Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

United Airlines amal 'Islamophobic'


gara-gara-setin-minuman-wanita-tuduh-united-airlines-amal-islamophobic
KUALA LUMPUR: Seorang penumpang wanita mendakwa syarikat penerbangan Amerika Syarikat United Airlines mengamalkan sikap  'Islamophobic' selepas dia berkata berhadapan diskriminasi oleh salah seorang pramugari penerbangan tersebut.

Tahera Ahmad, 31, yang juga merupakan seorang Pengarah sebuah pertubuhan hubungan antara agama di Universiti Northwestern dilaporkan dalam perjalanan ke Washington dari Chicago untuk satu persidangan menggalakkan dialog di kalangan belia Israel dan Palestin.

Pengalaman buruk Tahera yang memakai hijab ketika  kejadian itu telah dikongsi melalui akaun Facebooknya.

Semuanya bermula apabila Tahera meminta satu tin minuman Diet Coke yang masih belum dibuka  kepada pramugari yang bertugas pada hari itu, tetapi petugas terbabit enggan memberikannya atas alasan bertentangan dengan peraturan keselamatan penerbangan United Airlines.

Menurut Tahera, pramugari itu mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk memberi tin yang belum dibuka kepada pelanggan demi keselamatan dimana dibimbangi ia berkemungkinan digunakan sebagai senjata ketika penerbangan.

Tahera yang pada mulanya dapat menerima alasan itu,  kemudiaannya melahirkan rasa terkejut apabila pramugari yang sama memberi satu  tin arak yang belum dibuka kepada penumpang lain di hadapan wanita tersebut.

Malah, apabila pramugari itu ditanya mengenai layanan berbeza tersebut, pramugari itu dengan pantas mengambil balik tin arak itu  lalu membuka tin terbabit dan memberikannya kepada penumpang terbabit.

Kecewa dengan layanan yang dianggap tidak adil itu, Tahera mula bertanyakan kepada penumpang lain sekiranya mereka melihat apa yang baru berlaku yang dipercayai satu tindakan diskriminasi agama.

Bagaimanapun, salah seorang penumpang lelaki kemudiannya  menjawab “anda seorang Islam perlu menutup mulut. Anda tahu anda akan menggunakannya sebagai senjata,"' tambah lelaki itu dengan bahasa kesat.

Tahera yang menyangka penumpang lain akan mempertahankannya mula menangis selepas terasa dihina dengan menggunakan isu agama.

Wanita tersebut kemudian berkongsi kejadian itu di akaun Facebooknya dan kini status itu menjadi viral sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada pengamal media sosial.

Dalam perkembangan yang sama, pengguna media sosial melahirkan sokongan mereka dengan hashtag #unitedfortahera di Twitter dan juga menyeru syarikat penerbangan tersebut untuk meminta maaf bagi mengelak penerbangan itu diboikot oleh pelanggannya.

Sementara itu, menurut jurucakap United Airlines, Charles Hobart, syarikat penerbangan itu tidak pernah mendiskriminasi golongan pekerja mahupun pelanggan mereka.

”Kami sedang menghubungi Tahera untuk mendapatkan penjelasan menyelesaikan isu tersebut,” kata Charles dipetik dari laporan CNN.

Sumber

Comments :

0 comments to “United Airlines amal 'Islamophobic'”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.