
Gambar sekadar hiasan
KUALA LUMPUR 28 Mei - Perayaan Hari Wesak 2018 di Malaysia dianggap amat bersejarah kerana disambut sejurus selepas rakyat Malaysia menzahirkan kemahuan mereka kepada satu perubahan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, sambutan pada tahun ini juga kebetulan serentak dengan kelahiran Malaysia baharu yang terhasil daripada keazaman kuat rakyat Malaysia untuk mencari dan mempertahankan prinsip keadilan.
Menurut, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor zaman permulaan baharu bagi Malaysia itu turut menyerlahkan pentingnya perkhidmatan dan keadilan untuk semua, tadbir...