Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Malaysia Tidak Akan Maju? Ketahui 5 Faktor Ini.


   Malaysia, negara kita. Tempat di mana kita dilahirkan dan tempat di mana kita akan disemadikan. Inilah Malaysia bumi yang bertuah. Negara yang aman dan makmur serta terus membangun. Hanya di negara ini percakapan rakyatnya lebih dari 3 bahasa dalam satu ayat. Di negara ini, kita makan sajian pelbagai budaya dalam satu pinggan yang sama.
     Kini sudah 2018, tidak lama lagi kita akan berada di tahun 2020. Pernahkah anda membayangkan kereta terbang pada tahun 2020? Pasti ramai pernah membayangkannya. Namun, adakah negara kita Malaysia ini benar-benar akan menjadi negara maju seperti yang kita mahukan dan yang akan disanjung oleh negara luar? InshaAllah. Tetapi, kalau tidak tercapai? Apa faktornya?

     Artikel ini bukan artikel politik. Tapi, lebih elok kita ketahui faktor yang akan menghalang negara kita untuk maju dari segi sikap kita sendiri sebagai rakyat Malaysia.

5. ‎Sikap Semasa Memandu

   Syukur kepada Ilahi, kini banyak di antara kita mampu memiliki sekurangnya sebuah kereta dalam sebuah keluarga. Namun, semasa anda memandu adakah anda berhemah? Adakah anda memasang lampu isyarat untuk ke lorong lain, untuk memotong atau untuk masuk ke simpang? Kalau pasang lampu isyarat okay la tu. Jangan kerana kecuaian anda orang lain kena tempiasnya. Jangan fikir pemandu lain tu ahli nujum boleh agak korang nak belok kanan kiri. Lorong kecemasan pun jangan la pandai-pandai nak guna. Cuba bayangkan ahli keluarga anda yang dalam kecemasan? Dan masa ada orang nak melintas jalan lebih baik berikan laluan. Bukannya terus pecut. :)

4. ‎Tidak Menepati Masa & Tidak Amanah

     Hidup sekarang semakin mencabar. Berkeringat demi sesuap nasi menyara hidup sendiri dan hidup keluarga. Kadang-kadang kita stress dengan kerja.  Lagi-lagi kena marah oleh bos. Persoalannya, adakah kita menepati masa untuk masuk ke pejabat? Adakah kita amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugas? Kalau kita kat Malaysia ni kebanyakkannya kalau ditanya "dah jalan ke belum". Dijawab "On  the way, traffic jam" padahal masih  dirumah layan Instagram ataupun Mobile Legend.

3. ‎Melintas Jalan Raya

    Dalam kita menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan kesibukan, kita sering terburu-buru sehinggakan mahu melintas jalan pun kita tidak menoleh kiri dan kanan. Malah, jejantas dan laluan melintas yang ada berdekatan pun kita tidak mahu menggunakannya. Kita lebih percaya kuasa "Tangan" itu lebih kuat dari segalanya. Kuasa tangan? Ya, kebanyakkan daripada kita akan menggunakan tangan untuk menghentikan kereta untuk melintas semata-mata. Ingat kebal sangat ke? huhuhu
     ‎

2. Buang Sampah Merata-Rata & Tidak Menghargai Kemudahan Awam.

   Negara Jepun adalah negara yang patut kita contohi. Rakyatnya berdisiplin dan sangat menitik beratkan kebersihan. menjadi teladan negara di seantero dunia. Kita di Malaysia? Adakah kita sanggup mengutip sampah yang kita nampak di lantai, di jalan raya atau di tempat-tempat awam untuk dibuang ke dalam tong sampah? (Sepatutnya perkara baik tak perlu malu). Adakah kita tidak membuang sampah merata-rata? Lihat sahaja keadaan padang atau dataran selepas konsert/karnival selesai diadakan. Adakah bersih? Selain itu, kemudahan awam di negara kita juga harus kita jaga dan gunakan dengan sebaiknya dan bukannya kita menjadi perosak yang merugikan diri sendiri.

1. ‎Tidak Cinta Akan Negara 

    Malaysia satu-satunya negara kita. Pernah tak anda terfikir atau terdengar kawan-kawan kita berkata "Ah, baik aku pindah ke Singapura je! blablabla....". Macam la negara lain nak terima korang. Haha. Apapun, seharusnya kita kena berbangga dan bersyukur kepada Tuhan kerana menjadi rakyat Malaysia dan menanamkan semangat patriotik dalam jiwa kita. Bukannya kita jatuhkan negara ini, bukannya kita hina negara ini, bukannya kita hancurkan negara ini dan bukannya kita huru-harakan negara ini.

   Akhir kalam, sayangilah negara kita Malaysia bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri kita. Malaysia kini hampir mencapai Wawasan 2020. Sudah banyak perubahan dan kemajuan. 2020 nanti tak perlu pun kereta terbang untuk maju. Negara-negara maju lain diorang tak gunapun kereta terbang. XD. Perbaiki sikap kita untuk mencorak tamadun yang cemerlang. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Bersama majukan #NegaraKu.
Komen & SHARE

P/s: Kepada rakyat Malaysia yang layak mengundi. Jangan lupa turun mengundi rabu ni. Mengundi laksanakan tanggungjawab dan kerana sayang Malaysia.

JOM MENGUNDI
9 MEI 2018 #PRU14

Comments :

0 comments to “Malaysia Tidak Akan Maju? Ketahui 5 Faktor Ini.”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.