Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Top 5 Fakta Unik Di Malaysia




Fakta Unik Tentang Putrajaya & Kuala Lumpur.


1. Putrajaya VS Janda Baik.


Tahukah anda apa kaitan Janda Baik, Pahang dan Putrajaya?
Sebelum wujudnya Putrajaya yang kita kenali sekarang, ia merupakan sebuah kawasan estet getah dan ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Prang Besar.
Pada pertengahan 1980-an, Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad telah bercadang untuk memindahkan pentadbiran Kerajaan Pusat dari Kuala Lumpur ke suatu kawasan baharu.
Dua tempat telah dicadangkan dalam pelan tersebut ialah Prang Besar di Selangor dan Janda Baik di Pahang.

Beliau inginkan suatu kawasan yang jauhnya dalam 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur serta berhampiran dengan lapangan terbang. Maka, jelaslah Prang Besar telah dipilih akhirnya dan seterusnya dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat dan dikenali sebagai Putrajaya seperti sekarang.
2. Bulatan Terbesar Di Dunia.
Bulatan jalanraya (roundabout) terbesar di dunia terletak di Putrajaya.
Terletak di Presint 1, Putrajaya. Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah bulatan terbesar di dunia! Dengan jaringan sistem 15 jalan keluar/masuk serta diameter mencecah sepanjang 3.5 kilometer, ia telah diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad apabila melihat Bulatan Avenue des Champs-Élysées di Paris, Perancis, semasa lawatan beliau ke sana.
3. Limbungan Kapal Terbesar Asia Tenggara.

Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE) merupakan sebuah syarikat dengan limbungan kapal terbesar Asia Tenggara. Kepesatan industri perkapalan Labuan didorong oleh kedudukan geografi strategik Labuan sebagai hub logistik ke Borneo secara amnya serta Sabah, Sarawak dan Brunei secara khususnya. Limbungan kapal di Labuan ini mempunyai rekod dan prestasi cemerlang dalam bidang minyak & gas, kejuruteraan, serta pembinaan dan juga membaik pulih kapal.
4. Industri Minyak & Gas Yang Pesat.

30% daripada pendapatan industri minyak & gas Malaysia adalah dari Labuan. Perkara menarik tentang Labuan juga adalah ia merupakan pengeluar methanol terbesar di Asia Tenggara dan ke-4 terbesar di dunia melalui Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd.
5. Ibu Kota Paling Banyak Panahan Kilat Di Dunia.
Selalu dengar mak ayah kita pesan, jangan main kat luar masa hujan takut kena panah petir / kilat kan? Sebenarnya, mak dan ayahcakap itu memang betul!
Kajian telah menunjukkan Kuala Lumpur menduduki tangga pertama sebagai ibu kota yang menerima ribut/panahan kilat di dunia! Sebanyak 250 hari dalam setahun, Kuala Lumpur akan menerima hujan dan ribut petir dan kawasan Subang dicatatkan sebagai antara kawasan tertinggi.
Sumber: Celik Hartanah

Comments :

0 comments to “Top 5 Fakta Unik Di Malaysia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.