Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tips untuk kenderaan sebelum pulang berhari raya


Satu perkara pada kereta yang sering dipandang remeh tetapi sebenarnya ia memegang satu amanah terpenting dalam aspek keselamatan ketika memandu. Selalunya, orang akan fokus kepada enjin, bateri, radiator ... dsb. Tidak kurang juga yang mementingkan cat yang berkilat seperti 'basah' dan bau wangi dalam kereta. Tapi kita lupa nak fokuskan kepada TAYAR.

Ramai yang tak fokus kepada TAYAR sedangkan itulah satu-satunya komponen kenderaan yang memastikan kereta kita masih berada di atas jalan raya!

Kita sering memandu laju-laju tetapi tahukah kita bahawa bahagian kereta kita yang menyentuh jalan raya adalah kecil? Kalau dilihat dari sisi memanglah tayar itu besar dan lebar dan ada empat (4) pula. Cuba lihat betul-betul, permukaan tayar yang menyentuh jalan hanyalah sebesar TAPAK TANGAN setiap satu.

Ianya seperti kita merangkak dengan dua kaki dan dua tangan, dan kita merangkak pada kelajuan 100km/j atau lebih. Jangan ambil sambil lewa tentang tayar.

1. Tayar terpaksa menampung berat kereta dan segala bebannya. Dan jumlah berat itu ditampung oleh permukaan tayar seluas empat tapak tangan sahaja.

  • Kereta jenis sedan biasanya mempunyai berat melebihi 1 tan (tanpa muatan). Kalau kereta itu sendat dengan penumpang yang puratanya 60kg setiap seorang, berat kereta sedan itu akan bertambah lagi sebanyak 240kg atau lebih. Kereta yang lebih mewah dan kukuh mempunyai berat yang lebih tinggi.
  • Kereta jenis kompak seperti kancil dan viva mempunyai berat kira-kira 800kg dan lebih. Kalau ditambah dengan penumpang dan segala beban yang dibawa, jumlah beratnya akan melebihi 1 tan juga.
2. Tayar mempunyai tempoh hayat tertentu dan tempoh 'shelf life' tertentu juga.
  • Biasanya, tempoh hayat 'shelf life' adalah 3 tahun dari tarik ia dikilangkan.
  • Jika sedang digunakan, tempoh hayatnya adalah bergantung kepada kadar kehausan (wear) tayar. Secara teori, kadar kehausan tayar adalah berkadar langsung dengan jarak pemanduan. Secara purata, tayar akan haus dalam tempoh 35,000km - 40,000km, jadi sila lihat meter anda. Namun begitu, ianya bergantung kepada jenis / jenama tayar. Tayar yang lembut agak sedap dipandu kerana lebih senyap dan lebih mencengkam tetapi cepat haus.
  • Tayar yang 'keras' akan haus lebih lambat dan kadang-kadang melebihi 40,000km. Tapi kalau sudah melebihi tempoh hayatnya (lebih kurang 3 tahun) tayar mesti ditukar juga.
  • Jarak 40,000km itu secara puratanya dicapai dalam tempoh 2 tahun. Jadi, 6 bulan sebelum mencecah jarak itu, eloklah mula menabung. Harga sebiji tayar lebih kurang RM160 - RM200, itu tak termasuk upah 'alignment' dan 'balancing'.
  • Getah tayar akan menjadi 'tua' apabila terdedah dengan panas dan cuaca. Getah yang telah tua akan mengeras. Selain menjadi keras, sempadan butir (grain boundary) akan menjadi nyata atau dengan kata lain, permukaan tayar akan merekah kerana rantaian polimer getah itu sudah mulai putus-putus. Jika tidak ditukar, dikhuatiri tayar akan meletup akibat tekanan.
3. Alur (groove) atau 'bunga' pada tayar berfungsi untuk 'menyalirkan' air pada permukaan jalan. Jika air tidak dialirkan dengan cepat dan sempurna, tayar tidak dapat mencengkam jalan dan fenomena ini digelar 'aqua planning/panning'.
  • Berat kereta akan menekan tayar kepada permukaan jalan yang basah. Bunga tayar bertindak seperti 'pam air' yang akan memancutkan air ke dalam alur bunga tayar itu dan juga keluar dari tayar.
  • Jika bunga tayar sudah nipis, proses 'mengepam air' menjadi tidak cekap dan tidak efektif. Ini akan menyebabkan kereta tidak mampu bertindak seperti yang kita inginkan. Maksudnya, kalau kita nak brek, kereta tak mahu berhenti. Kalau kita membelok, kereta akan meluncur terus dan terlajak atau terbabas.
  • Pada tayar jenama tertentu, ada tanda yang diletakkan. Biasanya pada alur itu akan terdapat satu 'jambatan' atau 'bridge' getah yang biasanya kita anggap itu adalah 'menufacturing defect' atau lebihan getah ketika acuan. Sebenarnya, jika permukaan tayar sudah sama rata dengan 'bridge' itu bermakna bunga tayar sudah nipis. Ada juga tanda tiga segi atau 'diamond' atau 'arrow' di tepi tayar. Jika ada kesan lelas pada 'diamond' ini bermakna bunga tayar sudah nipis.
4. Fungsi tayar dibantu oleh sistem suspensi (sistem spring) dan penyerap hentak (absorber). Jika dua sistem ini gagal, tayar akan gagal berfungsi secara optimum.
  • Sistem suspensi bertujuan untuk menjadikan pemanduan itu selesa. Jika tidak, kita terasa seperti memandu kereta lembu. Namun, spring akan menjadikan kereta membuai-buai jika jalan tidak rata atau jalan berlopak. Penyerap hentak pula akan bertindak pada arah berlawanan daripada arah hayunan spring tadi, menjadikan kereta tidak berbuai-buai.
  • Kereta yang membuai-buai adalah bahaya, lebih-lebih lagi jika mengambil selekoh dan menjadi lebih bahaya jika kereta membawa ramai orang.
  • Sebenarnya cengkaman tayar berfungsi dengan berat kereta yakni daya geseran (atau cengkaman) berkadaran dengan koefisien geseran dan berat kereta. Jikalau kita mengambil selekoh dan pada ketika itu kereta melambung ke atas dek kereta berbuai, berat kereta pada ketika itu berada di udara dan cengkaman tayar akan menjadi lemah dan kereta boleh terbabas.
  • Sila tukar penyerap hentak jika didapati kereta anda 'berbuai-buai'.
5. Periksa tekanan angin tayar, ia mungkin boleh mengurangkan lelasan (wear) pada tayar.... selain menjimatkan minyak petrol.
  • Tayar yang kurang tekanan angin akan menggunakan permukaan bunga yang lebih. Ini akan menjadikan tayar itu lelas pada kadar yang bukan sepatutnya. Ini merugikan kita kerana harga tayar bukanlah murah.
  • Cengkaman tayar yang berlebihan akan menjadi 'beban' kepada kuasa enjin. Kuasa enjin diperlukan pula untuk melawan (overcome) beban atau 'drag' ini, menjadikan kita terpaksa menekan lebih pendikit minyak.
  • Tapi jika tekanan angin terlalu tinggi, pemanduan akan menjadi tidak ceria kerana nanti terlanggar seketul batu kelikir pun kereta terasa terhentak. Hentakkan dan gegaran ini akan menyebabkan 'letih lesu' atau fatigue. Kesan lesu ini bukan sahaja masuk melalui gegaran badan (yang menyebabkan bola mata bergerak-gerak lebih cepat untuk terus fokus), bunyi bising juga akan memasuki gegendang telinga dan menyebabkan kita lesu. Pemandu yang lesu adalah pemandu yang berbahaya.
6. Pilih jenis tayar yang bersesuaian dengan kereta anda. Dengan lebih tepat, pilih tayar yang sesuai dengan berat kereta dan sistem brek.
  • Ketika mengambil selekoh atau membrek, momentum kereta (yakni berat dan kelajuan kereta) akan bertindak terus kepada dinding tayar.
  • Bayangkan begini, kereta ingin terus bergerak akibat momentum atau lajakkan tetapi tayar pula mencengkam erat permukaan jalan. Dinding tayar akan menerima 'stress' yang tinggi pada ketika ini. Jika tayar yang tidak sesuai digunakan, dinding tayar akan pecah akibat daya ini.
  • Sila ikut saranan pihak pengeluar kereta tentang saiz tayar anda kerana saiz tayar tersebut telah pun diuji di litar ujian. Percayalah, ada tayar yang pecah ketika mengambil selekoh di litar ujian sebelum ketemu dengan saiz dan rekabentuk tayar yang sesuai. 
  • Sebagai panduan mudah, kalau hendak tukar saiz tayar sekalipun, sila jangan terlalu jauh daripada saiz asal yang dipasangkan oleh pihak pengeluar kereta. Atau untuk lebih selamat, kalau masih mahu menukar tayar kepada yang lebih 'fancy', sila beli yang berjenama dan ianya pasti bukan murah.
Sumber :  akuyangakut.blogspot.com

Tips Ketika Berhari Raya

Ketika bulan Ramadhan, kadar metabolisma seseorang adalah rendah berbanding hari-hari biasa, dan situasi ini berterusan sehinggalah tanggal 1 Syawal. Sekiranya makan secara tidak terkawal ketika Hari Raya, pasti akan menyebabkan kegemukan kerana kadar metabolisma yang rendah itu.

 1 Syawal merupakan ‘hadiah’ berharga buat seluruh umat Islam setelah mengharungi puasa selama sebulan, dan sewajarnya ia bukanlah hari yang sesuai untuk mengamalkan diet atau ‘kurang makan’. It’s a self reward day. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai adalah suatu kemestian, manakala merasai kesemua juadah yang dihidangkan pula menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada tuan rumah yang telah bersusah-payah menyediakan makanan buat tetamunya.

Kita tidak dapat menolak hakikat yang ia bukanlah hari yang sesuai untuk diet, namun ramai juga yang risau kerana takut makan secara berlebihan lalu mengakibatkan kegemukkan. Oleh yang demikian, berikut senarai 5 tips berguna untuk mengatasi dilema ini ketika Aidilfitri.

1 – Air putih itu kosong kalori
Ketika berkunjung ke rumah famili/rakan-rakan/jiran tetangga di hari raya, satu benda yang pasti kita semua perasan ialah, makanannya yang pelbagai, bergantung kepada negeri asal kelahiran si tuan rumah. Namun satu benda yang kalau anda semua perasan ialah, air yang dihidangkan mungkin tak jauh bezanya dengan air yang ada (dan dihidangkan) di rumah kita, atau ketika hari bukan raya. Kalau tak sirap, air kordial, kalau tak kordial, air Sunquick, kalau tak Sunquick, Rebina, kalau tak Rebina, air gas/soda botol. There is no uniqueness and special among the drinks!
Melainkan kalau si tuan rumah tu menghidangkan anda dengan minuman ‘exotic‘ seperti manggo lassi, banana cream shake, atau air jus buah-buahan sebenar, itu barulah unik dan lain daripada yang lain, dan tak salah jika nak merasa. Ingat, SS bukan mengajar kalian untuk ‘berlagak kaya’ dalam memilih air minuman, tetapi ini adalah fakta. Kesimpulannya, usah membazirkan kuota kalori yang ada dengan air-air ‘manis biasa’ yang boleh kita rasa di luar hari raya. Pilihlah air putih, sky juice, air kosong, atau apa saja yang korang panggil (Tengok, siapa cakap SS ajar ‘berlagak kaya’ dalam memilih air minuman? Air kosong je tu).
Kuota kalori yang berjaya diselamatkan untuk satu rumah = 65kcal
Katakan anda berkunjung dalam 10 buah rumah hari itu, maka kuota kalori yang berjaya diselamatkan ialah = 650kcal!

2 – Berjalan kaki
Oh, rumah yang hendak dikunjungi tu terletak dalam taman kediaman yang sama, atau dalam kampung yang sama. Namun perlukah untuk kita menunggang motosikal atau menaiki kereta untuk ke rumah tu? Jawapannya, tak perlu. Rasionalnya? Anda akan menggunakan lebih kalori dengan berjalan kaki ke lokasi berkenaan. Disamping itu, anda juga mempunyai lebih peluang untuk beramah mesra dan bertukar-tukar duit raya dengan orang yang diselisih ketika berjalan.
Kuota kalori yang berjaya ditambah untuk satu rumah = 14kcal (5 minit berjalan)
Katakan anda berkunjung dalam 10 buah rumah hari itu, maka kuota kalori yang berjaya ditambah ialah = 140kcal!

3 – Sibukkan diri melayan tetamu
Perlukah kita berkunjung sakan kerumah famili/rakan-rakan/jiran tetangga untuk beraya sepanjang hari? Jawapannya tentulah tidak bukan? Anda juga perlu melayan tetamu yang hadir untuk beraya di rumah, dari menyediakan minuman, membasuh dulang-dulang dan pinggan-pinggan kotor, mengelap meja; semua itu menggunakan kalori. Lebih ramai tetamu yang hadir, maka lebih sibuklah anda pada hari itu, maka lebih banyak anda menggunakan kalori! Ya, tetamu itu adalah nikmat…
Kuota kalori yang berjaya ditambah untuk sekumpulan tetamu = 28kcal (15 minit satu sesi)
Katakan 10 kumpulan tetamu telah berkunjung ke rumah anda, maka kuota kalori yang berjaya ditambah ialah = 280kcal!

4 – Hindari perut kosong
Jangan sesekali meninggalkan perut anda dalam keadaan kosong sebelum pergi beraya kerana ini akan menggalakkan anda makan secara berlebihan. SS cadangkan agar minum segelas susu rendah lemak atau segelas minuman coklat panas sebelum meninggalkan rumah. Kenapa mesti susu atau minuman coklat? Jawapannya mudah. Segelas susu atau minuman coklat panas sebelum menikmati juadah makan berpotensi untuk mengurangkan selera makan anda.
5 - Niat hanya untuk merasa
Tidak bererti anda perlu melantak kesemua hidangan yang tersedia sehingga kenyang. Andaikan diri anda sebagai ‘pengkritik makanan’ yang cuma perlu menentukan sama ada makanan tersebut sedap atau tidak. Satu cucuk sate sudah memadai, seketul kuih juga sudah memadai. Ingat, ‘merasa makanan’ itu perkara yang mulia, namun ‘makan kesemuanya’ adalah sesuatu yang cela!

Sumber : Sususejat.com

Nak hilangkan JERAWAT? PARUT? STRETCHMARKS? CELA? DIJAMIN 500% BERKESAN

Nak hilangkan JERAWAT? PARUT? STRETCHMARKS? CELA? DIJAMIN 500% BERKESAN.

Alhamdulillah.... Dah ramai yang berjaya dengan produk kami.. Nak lihat testimoni pembeli ? klik http://bit.ly/MukaPutih

MEMBERSIH MEMUTIH MENCERAHKAN KULIT WAJAH & BADAN.

? MENGHILANGKAN JERAWAT/PARUT/PIGMENTASI/ STRETCHMARKS DAN CELA
? MENGURANGKAN KEDUT SERTA MENEGANGKAN
? MENCERAHKAN KULIT YG KUSAM/GELAP TERMASUK BAHAGIAN BADAN
? MENYAMARATAKAN TONA KULIT
? MENGHILANGKAN HITAM DI BAHAGIAN KETIAK DAN PEHA
? MENGHILANGKAN MINYAK BERLEBIHAN
? WAJAH LEBIH PUTIH BERSERI
? KULIT LEBIH LICIN
? MEMUDARKAN JERAGAT
? MENGHILANGKAN BLACKHEAD/WHITEHEAD

DIJAMIN 500% BERKESAN!

1) Like Page => https://www.facebook.com/sihatcantikjom
2) sms"SV49" ke 0126249067 untuk dapatkan diskaun.

SMS SV49 ke 012 624 9067 Untuk DISKAUN Sabun Vitamin A,C,E!
Biasanya RM70. Hari ini untuk 10 orang pertama RM49 termasuk poslaju.

No Kelulusan KKM: NOT130602311K

Stok sentiasa habis. Cuba dan insyaAllah anda akan happy!

Untuk tuntut diskaun, SMS SV49 ke 012 624 9067 sekarang!

Arahan mudah seterusnya akan diberikan :)
Thanks dears!

p/s - Kilang mendapat kelulusan GMP, produk berdaftar dengan BPFK (farmasi) dan disahkan HALAL

p/p/s: Nak tengok testimoni? klik http://bit.ly/MukaPutih

Orang sanggup beli telefon bimbit dari ada tandas

PERTUBUHAN Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan, enam daripada tujuh bilion penduduk dunia memiliki telefon bimbit tetapi hanya 4.5 bilion mempunyai tandas di rumah.

Laporan statistik mengejutkan ini mendorong organisasi antarabangsa melancarkan kempen global bagi meningkatkan kebersihan kepada 2.5 bilion orang yang berhadapan dengan risiko kesihatan.

Timbalan Ketua Setiausaha PBB, Jan Eliasson menjelaskan, statistik ini mencerminkan kemiskinan melampau di beberapa negara dunia.

“Masalah ini perlu ditangani segera bagi memenuhi matlamat PBB untuk mengurangkan masalah penduduk yang berhadapan dengan kemudahan kebersihan  menjelang akhir 2015,” katanya.

Beliau turut menyelar sikap pemimpin dunia yang hanya menetapkan misi pembangunan milenium untuk memerangi kemiskinan namun  masalah kemudahan kebersihan terus dipinggirkan.

“Amalan membuang air besar secara terbuka yang boleh menyebarkan penyakit, perlu dihentikan segera   dan perlu berada pada kadar sifar menjelang 2025,” katanya.
Menurutnya, walaupun bilangan penduduk membuang air besar secara terbuka menurun 271 juta sejak tahun 1990, tetapi perbuatan itu  masih diamalkan 1.1 bilion orang atau 15 peratus daripada penduduk dunia.

“Ia adalah salah satu punca utama cirit-birit yang mengakibatkan kematian lebih daripada 750,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun setiap tahun,” katanya.

Eliasson berkata, sebanyak 22 negara dengan lebih daripada 80 peratus penduduk membuang air besar secara terbuka di dunia.

Menurut seorang pegawai PBB, Brazil, China, India, Indonesia, Kemboja, Ethiopia, Kenya, Madagascar, Malawi, Mozambique, Nepal, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Zambia, Afghanistan, Burkina
Faso, Chad, Congo, Niger, Sudan dan Selatan Sudan antara masih mengamalkan perbuatan itu.

“Di India sebanyak 60 peratus daripada jumlah penduduknya mengamalkan tabiat membuang air besar terbuka. Perbuatan itu dilihat amat bertentangan dengan pemilikan telefon mudah alih yang meningkat di negara itu,” katanya.

Beliau berkata, kini terdapat peningkatan mendadak penggunaan telefon bimbit dengan hampir satu bilion pengguna berbanding 45 juta pada 2002.

“Laporan menunjukkan, kedai telefon bimbit kini semakin banyak di India termasuk kilang Nokia terbesar di dunia ditempatkan di Chennai. Mereka mampu membeli telefon bimbit tetapi tidak mampu membina tandas di rumah. Perkara ini amat mendukacitakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kanak-Kanak Sedunia (Unicef) Martin Mogwanja berkata, matlamat kebersihan unggul digariskan PBB hanya boleh tercapai pada 2075 dan bukannya 2015.

“Keuntungan ekonomi global daripada pelaburan sektor kebersihan dianggarkan 170 bilion pound setahun dan masalah kebersihan menjejaskan pertumbuhan ekonomi adalah sekitar antara 0.5
peratus dan 7.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar setiap negara,” katanya dipetik laporan MailOnline

Ogos tahun lalu, pengasas Microsoft, Bill Gates melancarkan kempen ‘menginovasi tandas’ untuk mengurangi angka kanak-kanak meninggal dunia yang berpunca daripada masalah kebersihan.

The Gates Foundation  menawarkan AS$42 juta untuk meminta penduduk dunia membuat tandas dengan menggunakan teknologi penjimatan air.

Sumber : sinarharian.com.my

Air kencing pengecas telefon bimbit

SEORANG saintis dari, Universiti West England, Britain, berjaya menghasilkan pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik atau sel bahan api mikrob (MFC).

Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia.

"Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal," katanya kepada MailOnline.

Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat.

Cara Elak Iklan Ketika Layari Internet

Ada beberapa cara kemasukan iklan yang digunakan untuk menarik perhatian ketika pengguna melayari laman web. Antaranya pop up, pop under, penggunaan flash dan sebagainya.



Ada juga iklan dihasilkan menggunakan program yang dipasang tanpa pengetahuan pengguna (spyware) atau dipasang dengan pengetahuan pengguna (adware).
Beberapa langkah pencegahan atau pengurangan kemasukan iklan boleh dilakukan termasuk:

  • Pastikan OS menggunakan patch terkini kerana program malware akan mengeksploitasi setiap kelemahannya;
  • Jika menggunakan Internet Explorer, pastikan gunakan patch terkini. Anda boleh juga menggunakan browser alternatif seperti Mozilla Firefox (mozilla.com) atau Opera (opera.com);
  • Baca kotak popup sebelum klik "OK". Ada juga iklan yang menyerupai kekotak dialog dari windows. Pastikan anda klik 'X' dan bukan "OK";
  • Jika menggunakan Firefox, anda boleh dapatkan perluasan seperti "NoScript" untuk membenarkan penggunaan Javascript di laman-laman web tertentu yang anda percaya. Untuk mengelak iklan dari jenis flash pula, anda boleh dapatkan perluasan "Adblock";
  • Jangan melayari laman web yang diragui, seperti porno, cracks, dan warez;
  • Dapatkan program anti spyware seperti Spy Bot Search & Destroy, IE-SPYAD, Spyware Blaster dan Windows defender (masih dalam beta) untuk mengesan program yang diragui. Anda juga boleh menggunakan program berkenaan serentak tidak semua program boleh mengesan segala spyware dan malware;
  • Browser terkini seperti Firefox, Internet Explorer dan Opera, kini mempunyai pilihan untuk menghalang pop-up. Aktifkan ciri itu.
  • Jangan pasang program-program dari laman web yang diragui.
Sumber Maklumat: Harian Metro

Kereta berkulit haiwan

PENCINTA haiwan pasti berang sekiranya mereka terlihat kenderaan pacuan empat roda ini. Pasti ada mengandaikan pemilik kenderaan ini memburu puluhan binatang semata-mata untuk dijadikan hiasan kenderaan tersebut.

Menurut laporan dipetik MailOnline, kenderaan dihiasi lebih 50 kulit dan bangkai haiwan termasuk spesies terlindung ini ditemui di Savannah, Georgia dan Amerika Syarikat.

Jurugambar Diane Dodd, 43, berkata, beliau berasa terkejut apabila melihat kenderaan seperti itu.
-->
“Saya dapat melihat bangkai tupai, rakun, katak, ular dan buaya. Saya pasti bangkai haiwan itu diawet untuk sekian lama,” katanya.

Menurutnya, identiti pemilik kenderaan misteri itu tidak boleh didedahkan namun tidak menolak pemiliknya mungkin seorang pemburu atau peminat haiwan.

“Kawasan ini merupakan lokasi pemburuan popular dan tidak mustahil mereka yang berada di sini pasti mempunyai minat memburu yang tinggi,” katanya.

Tips Komputer : Windows Keyboard Shortcut

window2Win(logo) » to open start menu , untuk menampilkan start menu


window2Win+R » to open Run dialog box, membuka dialog RUN


window2Win+M » to minimize all opened windows, untuk minimize semua program yang sedang aktif/dijalankan


window2Win+Shift+M » to maximize all opened windows, untuk maximize semua program yang sedang aktif


window2Win+L » Back to login page (programs is still active), Kembali ke tampilan login (kondisi program masih aktif)


window2Win+E » to open My Computer , untuk membuka jendela my computer


window2Win+F » to open search options , untuk membuka tampilan search


window2Win+U » to open Utility Manager , untuk membuka utility manager

-->
window2Win+D » to view desktop/minimize all windows , untuk menampilkan desktop


window2Win+F1 » to view windows help page , untuk membuka windows help


window2Win+Pause » to view the System Properties dialog box , untuk membuka properti sistem


window2Win+Tab » move through taskbar programs , untuk pindah ke program yang lain yang sedang aktif





Alt+Tab » move through opened windows programs, untuk berpindah ke program yang lain yang sedang aktif





Alt+F4 » to close active windows program, untuk menutup / menghentikan program yang sedang aktif





Alt+ SPACEBAR +N » to minimize the active program , untuk minimize satu program yang sedang aktif






Alt+ SPACEBAR+M » Press keys to move the active program , untuk memindahkan posisi/letak aktif program









Ctrl+Alt+Delete / Ctrl+Shift+Esc » Apply to open windows task manager , untuk membuka task manager






Ctrl+Esc » to open start menu , untuk menampilkan start menu





Shift » press when inserting CD/external drive to prevent CD/external drive from automatically playing, untuk mencegah autoplay CD atau external drive , tekan Button shift ini ketika memasukkan CD / external drive




Shift+Delete
» Untuk memadam terus sesuatu file/Obejk (tidak ke Recycle Bin).

Sumber : ICT pmr.penerangan.gov.my

BAHAYA! Apa Anda Perlu Tahu Berkenaan Phishing

Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari. Kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat.

Link ringkas ini membawa pelayar internet ke laman web yang berbeza seperti yang dipaparkan manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet. Link tersebut kebanyakannya menggunakan paparan dan imej yang seksi tujuannya untuk menarik pelayar untuk klik pada link tersebut.
-->
Terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu. Kedua-dua bersifat mengelirukan pelayar internet dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahayanya. Antaranya ada tujuan pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan terakhir adalah untuk memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan.

Link ini merupakan dalang syarikat-syarikat tertentu untuk memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka. Link tersebut tidak akan merbahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis link yang satu lagi. Link kedua sangat berbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan. Untuk kenal pasti link tersebut, apabila setiap kali pelayar internet menekan link tersebut untuk menonton video akan menjadikan lebih cepat.

Serangan Adware tidak memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan. Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.

Laman sosial merupakan medium untuk melakukan aktiviti phishing

Pelayar perlu berhati-hati dengan arahan memuat turun fail yang mempunyai nama domain .exe dan buat .bat kerana pabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah. Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran pop up akan muncul.

Pelayar juga dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti membeli-belah dan perbankan menggunakan komputer awam seperti kafe internet atau sambungan WI-FI awam. Selain itu, dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dengan terma free. Cracked dan Pirated kerana ia mungkin mengandungi malware.

Untuk langkah yang lebih selamat jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi atau informasi kewangan selagi tidak pasti permintaan tersebut sah.

Sumber : penerangan.gov.my

Peraturan Berniaga Dalam Talian Berkuatkuasa Hari Ini


Bermula Hari ini , 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa, iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.

"Lebih 1,879 kes penipuan dilaporkan pada 2011."Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, ia akan memerlukan mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.
-->
Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.

Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:

Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.
Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian.
Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
Kaedah pembayaran
Terma dan syarat-syarat
Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.

Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.

2 Cara Biasa Untuk Kaya (Part 2)

Kali ini kita sambung daripada artikel sebelum ini 2 Cara Biasa Untuk Kaya (Part 1) .Sekarang, mari lihat satu lagi kumpulan iaitu golongan yang berusaha dan kejayaan akan datang dengan sendirinya.

Selalunya golongan ini terdiri dari mereka yang kreatif, pencipta benda baru, pelabur, usahawan dan pemilik perniagaan besar.

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, anda patut mendengar nasihat berikut.
Berhenti bekerja untuk duit tetapi bekerja supaya anda boleh meneruskan kehidupan.
-->
Anda boleh pilih sama ada untuk berada dalam golongan pertama atau kedua. Namun, jika anda ingin berada dalam golongan kedua. Anda perlu sedar akan perkara berikut.
•    Golongan kedua adalah golongan yang berusaha.
•    Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa belajar.
•    Golongan kedua adalah mereka yang selalu bernasib baik.
•    Golongan kedua adalah mereka yang berani untuk menyuarakan pandangan mereka.
•    Golongan kedua adalah mereka yang sentiasa belajar dari perkara sebenar, bukannya dari sekolah.
Untuk berusaha, anda perlu bermula melalui perkara yang kecil dahulu. Donald Thrump, ketika melakukan temuduga melalui The Apprentice, beliau menyuruh calon-calonnya untuk menjual air lemonade di jalanan. Bagi orang lain ia tidak penting, namun, bagi beliau ia adalah penting. 
Jika perkara sekecil itupun, mereka tidak mampu lakukan, bagaimana mereka hendak menangani perkara yang besar?
Bermula kecil sentiasa menghasilkan keputusan yang besar.

2 Cara Biasa Untuk Kaya (Part 1)


Semua manusia mahu memiliki wang yang lebih dan biasa manusia tergolong dalam dua kategori. Orang yang duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untuk memiliki wang atau Orang yang berusaha dan kejayaan akan datang kemudian. Anda berada di mana? Mari kita siasat 2 cara untuk kaya ini.

Golongan yang hanya duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untuk memiliki wang selalunya adalah golongan pekerja biasa, pelajar lepasan ijazah dan peniaga kecil-kecilan.

Tidak salah jika anda tergolong dalam golongan ini dan saya tidak menghina anda tetapi tolonglah pertimbangkan pendapat berikut. Jika anda berada dalam golongan ini, anda sebenarnya sedang menggadaikan masa anda yang berharga untuk wang.
-->
Tiada jalan terpantas untuk memiliki wang yang banyak selain berusaha dan bekerja ke arahnya. Masa yang anda gunakan untuk mencarinya akan terbuang begitu sahaja. Selalunya golongan ini akan melakukan perkara berikut :

•    Bekerja pada kadar minimum supaya tidak di pecat oleh bos
•    Sentiasa memikirkan perkara negatif.
•    Sentiasa berada di dalam dilemma.
 
Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, hanya ada satu sahaja cara untuk anda memiliki wang yang lebih iaitu lakukan sesuatu dengan sentuhan luar biasa.

Wang dan masa : jenis manusia di dunia


Bila bercakap berkenaan duit dan masa. Ada pelbagai jenis manusia atau orang yang boleh dilihat. Kesimpulan yang dapat dibuat ada 4 jenis semuanya. Di mana kita berada dalam dunia duit dan masa ini. Jom tengok.






1.    Tiada masa dan tiada wang.
-->
Kebanyakan pekerja jatuh pada kategori ini. Mereka bekerja setiap hari dan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakn dari mereka juga kahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan kebebsan yang tidak dapat di kawal.

2.    Tiada masa tetapi ada banyak wang.

Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam kategori ini. Mereka lebih bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka ada banyak wang. Namun, mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungan sentiasa berada pada pihak mereka.

3.    Ada masa tetapi tiada wang.

Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan jatuh pada kategori ini. Mereka ada banyak masa tetapi tiada wang untuk di belanjakan.

4.    Ada masa dan ada banyak wang.

Pemilik perniagaan besar, memiliki tanah yang banyak dan pelabur jatuh pada kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk membelanjakan wang. Sudah tentu, anda pun mahu berada dalam tahap ini.

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.