Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Budak terjun bangunan

BEIJING - CHINA. Kanak-kanak lelaki 10 tahun maut selepas terjun dari tingkat 30 sebuah bangunan kediaman akibat gagal menulis perkataan ‘maaf’ selepas didenda gurunya di sini, semalam.Media China melaporkan, kanak-kanak itu didenda menulis perkataan tersebut 1,000 kali kerana bercakap di dalam kelas."Maaf saya tidak boleh menyiapkan tulisan ini dan saya mengambil keputusan untuk terjun," memetik nota terakhirnya, menurut AP.Mayat kanak-kanak malang itu dijumpai di atas bumbung sebuah kereta dalam...

Stesen minyak kantoi menipu

IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi...

Tak sangka ALLAH balas cepat

Gambar HiasanKETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu. Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang. Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya. Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah...

Wanita masih terima rawatan kemalangan lagi

Gambar HiasanAlor Gajah: Seorang wanita yang masih menerima rawatan susulan akibat cedera dalam kemalangan empat bulan lalu, terpaksa dimasukkan ke hospital lagi kerana terbabit dalam kejadian sama, malam kelmarin. Norita Abd Aziz, 54, parah pada kaki kanan selepas kenderaan yang dipandu suaminya, Kasim Yatim, 54, terlanggar sebuah PERODUA Myvi di persimpangan jalan Durian Tunggal-Ayer Keroh, kira-kira 10.30 malam itu. Tiba-tiba muncul Ketika kejadian, mangsa yang menaiki Toyota Corolla sedang dalam perjalanan dari pusat bandar raya menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh, apabila sebuah PROTON Wira yang dipandu secara...

Jutawan Arab Saudi pecat Pengarah saluran TV

RIYARD - ARAB SAUDI. Jutawan Arab Saudi Putera Alwaleed Talal memecat pengarah saluran televisyen Islam selepas mengaku menjadi ahli Ikhwan Muslimin di Kuwait. Menurut Press TV, Putera Alwaleed memecat Pengarah Televisyen Al-Resalah, Tarek Al-Suwaidan, selepas pengakuan itu dijelaskan. Stesen Al-Resalah kepunyaan Kumpulan Rotana Alwaleed itu merupakan syarikat konglomerat media terbesar Saudi berpangkalan di Riyadh. Difahamkan Al-Suwaidan, seorang warganegara Kuwait, kini dikecam sejak penyingkiran Presiden Mesir Mohamed Mursi.sinarharian.com.my...

Sembunyi permata dalam dubur

HiasanColombo: Seorang ahli perniagaan Sri Lanka ditangkap ketika cuba menyeludup keluar 32 batu permata bernilai 8 juta Rupee (RM199,529.60) disembunyikan dalam duburnya, lapor akhbar Mirror. Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike malam Jumaat lalu, kata akhbar terbabit. Seorang penduduk di Beruwala, destinasi popular peniaga permata, lelaki berusia 56 tahun itu tiba di lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Singapura jam 11.30 malam. Dalam kondom Kastam berkata sembilan batu permata berbeza disembunyikan dalam sebuah kondom yang dimasukkan ke dalam duburnya. Sementara itu, seorang...

Tentera akui bunuh 36 ahli Ikhwanul Muslimin

Kerajaan Mesir dakwa tahanan dibedil ketika cuba lariKAHERAH: Kerajaan Mesir semalam mengaku tenteranya membunuh 36 anggota Ikhwanul Muslimin dalam tahanan kelmarin, ketika pemimpin tentera dan pergerakan itu masing-masing berikrar untuk terus berjuang demi masa depan negara itu. Kematian itu adalah pembunuhan beramai-ramai keempat ke atas penduduk awam sejak tentera merampas kuasa pada 3 Julai lalu tetapi buat kali pertama sejumlah besar tahanan ramai yang mati serentak. Ketika mengesahkan pembunuhan tahanan itu kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mewajarkan tindakan itu dengan berkata ia dilakukan ketika ...

Jurulatih JDT beri alasan di sebalik kekalahan mengejut kepada PKNSShah Alam: Jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Azmi Mohamad menyifatkan kekalahan mengejut pasukannya kepada PKNS 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi disebabkan ada di kalangan pemain bimbingannya yang tidak jujur dan beraksi tidak sepenuh hati. “Dari awal saya sudah mengingatkan tentang betapa pentingnya fokus terutama dalam mengawal Patrick Ronaldinho. Tapi ada sebahagian pemain terutama di posisi pertahanan yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan kelemahan ini diambil kesempatan oleh...

Fandi kejutkan JDT

Letak jawatan pengurus sehari sebelum Piala Malaysia bermulaJohor Bahru: Menjelang saingan Kumpulan B Piala Malaysia menentang PKNS di Stadium Shah Alam, malam ini, Johor Darul Takzim (JDT) dikejutkan dengan peletakan jawatan pengurus pasukan Fandi Ahmad berkuat-kuasa serta-merta. Menerusi kenyataan media yang diedarkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) semalam, PBNJ dan Fandi mencapai persetujuan untuk mengikuti haluan masing-masing selepas membuat pertimbangan teliti dan mencapai kata sepakat. Saya harap tiada pihak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan ini kerana ia dibuat menerusi persefahaman...

Hosni Mubarak mungkin dibebaskan minggu ini

Kaherah: Bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat ini selepas seorang pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atasnya.Hosni, 85, ditangkap sebaik digulingkan dan muncul di mahkamah dalam kurungan pada perbicaraan atas pelbagai tuduhan, dari rasuah hingga pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.Selepas lebih setahun, satu-satunya asas undang-undang yang menyebabkan beliau ditahan ialah berkait satu kes rasuah yang menurut peguamnya, Fareed el-Deeb, akan diselesai dengan segera. “Apa yang perlu kami lakukan kini ialah prosedur...

25 anggota keselamatan Mesir maut dalam serangan di Sinai

Gambar HiasanKaherah: Kumpulan militan membunuh 25 polis Mesir dalam serangan paling buruk sejak beberapa tahun lalu ketika negara itu berdepan dengan krisis yang berpunca daripada penggulingan Presiden Mohamed Mursi.Menurut tentera, militan menembak roket menyasarkan dua bas membawa anggota polis di Semenanjung Sinai, beberapa jam selepas ketua tentera Mesir berikrar untuk menggunakan kekerasan terhadap keganasan yang melanda negara itu.Serangan itu mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku semula keganasan kumpulan militan seperti yang berlaku pada 1990-an. Kejadian semalam berlaku ketika Mesir bergelut untuk menamatkan krisis...

Polis bunuh 36 tahanan

Gambar HiasanKaherah: Tiga puluh enam tahanan penyokong Ikhwanul Muslimin terbunuh kelmarin ketika didakwa cuba melarikan diri dari penjara.Terdapat percanggahan mengenai laporan berhubung kejadian itu.Kementerian Dalam negeri Mesir mendakwa tahanan itu menjadikan seorang pegawai tebusan dan mati kerana lemas akibat gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan keselamatan. “Tiga puluh enam orang tahanan mati akibat lemas dan kesesakan selepas gas pemedih mata digunakan untuk menyekat mereka melarikan diri,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.Kejadian itu adalah pertumpahan darah terbaru sepanjang lima hari lalu yang...

Perompak mati dalam kubur

Gambar HiasanBeijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi anggota polis untuk meminta bantuan.Kubur purba di Xi’an, wilayah Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian terperangkap.Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan. Seorang perompak yang terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital.Polis masih memburu lelaki...

Cetak potret dalam latte

Taipei: Sebuah rangkaian kedai kopi di Taiwan mereka pencetak khas latte yang mampu mencetak potret pelanggan secara langsung pada minuman mereka.Ia terbukti menghasilkan kejayaan yang besar buat rangkaian kedai kopi kecil Let’s Cafe yang banyak terdapat di seluruh negara itu.Berdepan cabaran bersaing dengan kedai kopi yang mempunyai rangkaian lebih besar, mereka menghasilkan gimik yang tulen untuk menarik pelanggan. Let’s Cafe mengetengahkan cara tersendiri untuk memikat pelanggan melalui mesin pencetak kopi. Malah, kedai terkenal seperti Star- buck pun tidak memiliki kaedah menarik itu. Pelanggan mulanya perlu memuat naik foto...

Penyokong Mursi batal perarakan

Kaherah: Pakatan Islam yang menentang penggulingan Presiden Mohamed Mursi semalam membatalkan tunjuk perasaan besar-besaran yang mereka rancang di Kaherah atas alasan keselamatan.“Perarakan tunjuk perasaan di beberapa kawasan di Kaherah dibatalkan kerana alasan keselamatan,” kata Yasmine Adel, jurucakap Pakatan Anti-Rampasan Kuasa. Menurutnya, beberapa perarakan dilakukan di tempat lain tetapi tidak dapat mengesahkannya. Di daerah Dokki di Kaherah, penduduk menawan sebuah masjid yang dirancang digunakan oleh penyokong Mursi sebagai tempat memulakan perarakan.Sukarelawan kawasan kemenahan kereta yang membawa lelaki berjambang dan memaksa...

Lebih kejam dari Mubarak

Kuala Lumpur: “Mereka (kerajaan sementara Mesir) cuba mengalih tumpuan dunia dengan mendakwa mereka sedang memerangi puak pengganas termasuk melabelkan kami kononnya bersaudara dengan kumpulan Al-Qaeda dan Taliban,” kata penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan, Dr Maha Abou El-Azz.Beliau yang dihubungi Harian Metro di Kaherah semalam berkata, propaganda itu sengaja dicipta bagi mengalihkan tumpuan dunia selain mengurangkan rasa simpati antarabangsa terhadap kezaliman dilakukan mereka saban hari. “Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kami (penyokong Mursi dan Ikhwanul Muslimin) kononnya kami menyeludup senjata api ke Dataran...

Tentera kepung Masjid Al-Fatih

Gambar HiasanKaherah: Beratus-ratus orang terperangkap awal semalam dalam ketegangan antara penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi dengan tentera Mesir di sebuah masjid yang dijadikan rumah mayat sementara.Ketegangan itu sekali gus meningkatkan kebimbangan kemungkinan keganasan akan merebak dan meluaskan lagi kekacauan di negara itu.Masjid Al-Fatih di Dataran Ramses dekat tengah Kaherah menjadi kawasan tumpuan baru keganasan apabila lebih 1,000 orang berlindung di dalamnya berikutan pertempuran antara penunjuk perasaan yang ada hubungan dengan Ikhwanul Muslimin dengan pasukan keselamatan. Penunjuk perasaan membawa rakan mereka yang...

Ada bukti suami dimakan rakan

Gambar HiasanMoscow: Isteri seorang nelayan warga Russia yang hilang di Siberia mendakwa mempunyai bukti menunjukkan suaminya dibunuh dan dimakan dua temannya.Rangka Andrei Kurochkin ditemui di dalam hutan Siberia dengan kesan dan menurut balunya, Olga, bedah siasat menunjukkan dia memang dimakan dua rakannya seperti yang dipercayai selama ini. Dua nelayan dituduh membawa mayat suaminya semalaman melalui hutan dilitupi salji, memakan daging mangsa hingga tiada apa lagi yang tinggal selepas kenderaan mereka rosak. Kedua-dua kanibal terbabit, Alexei Gorulenko, 35, dan Alexander Abdullaev, 37, masih bebas walaupun seorang daripada...

Bawa ratusan kotak gabus dengan beca

Beijing: Gambar menunjukkan seorang wanita mengayuh beca penuh dengan kotak gabus kosong di jalan raya dekat barat Nanjing di Shanghai. Ketika melalui sepanjang jalan raya yang sibuk, dia melewati pengguna jalan raya lain yang kelihatan bingung menyaksikan lagaknya. Beca dikayuhnya dipenuhi lebih 100 kotak gabus yang diikat kemas agar tidak jatuh.Dengan kotak berkenaan saling bertindihan di belakang wanita itu, ia mungkin dapat menjadi pelindung jika keadaan cuaca berubah buruk.Kotak gabus itu digunakan untuk mengisi makanan laut dan sayur-sayuran. Dengan ekonomi China kian berkembang pesat, pemandangan seperti ini adalah perkara...

Bahagia ke si boroi

Isu ini didebatkan berkurun-kurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan selepas berumah tangga dan si isteri pula sukar mencari bentuk badan yang lama. Bagaimanapun, situasi ini langsung tidak dilihat sebagai satu masalah, sebaliknya ia hanya dianggap satu perkara normal.“Bahagialah selepas kahwin, itu yang perut sudah ke depan,” itulah alasan klise bagi mereka yang menegur. Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar dielakkan, namun bahayanya ia langsung tidak dilihat serius oleh kebanyakan pihak.Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif,...

Seni menerusi cahaya

Pernah dengar mengenai lukisan dengan cahaya atau ‘light painting’?Lukisan dengan cahaya adalah satu proses yang terhasil bersama-sama dengan fotografi. Maksudnya, fotografi adalah imej asal yang dilukis ke atasnya pelbagai bentuk pencahayaan. Menurut sejarah, imej pertama dicetak menerusi cahaya dikenali sebagai ‘heliografi’ yang ditemui oleh Joseph NicÈphore NiÈpce dari Perancis. Namun, imej heliograf pertama di dunia dilukis pada plat pewter pada 1826. Kini, teknik itu dipanggil ‘long exposure shooting’.Pada 1935, Laszlo Moholy-Nagy dari Hungary yang mempunyai pengalaman dalam light painting meningkatkan usahanya dalam teknik ‘photogram’....

Proton Lancar Suprima S Yang lebih gah

Kuala Lumpur: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) semalam melancarkan secara rasmi model hatchback mampu milik pertama bagi generasi baru, untuk pasaran tempatan dan global.Proton Suprima S yang dilengkapi pelbagai ciri teknologi dan keselamatan terkini, turut menerima anugerah lima bintang dalam program Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) selepas dinilai menerusi tiga ujian perlanggaran iaitu meliputi bahagian depan dan sisi oleh pakar bebas di makmal khas di Australia. Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata, Proton fokus dalam menambah baik setiap aspek model terbaru itu, terutama...

Antisosial pada pagi Syawal

Anti sosial lebih banyak dikaitkan dengan remaja yang lebih senang bersendirian dan berinteraksi bersama gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba berbanding masyarakat sekeliling.Mereka yang termasuk dalam golongan antisosial akan rasa sukar untuk berkomunikasi dengan dunia realiti dan kelihatan kaku terutama apabila diajak bersembang dengan saudara-mara yang bertandang ke rumah. Namun apabila berinteraksi di dunia maya, mereka boleh dilabel antara golongan yang hebat dalam mengeluarkan hujah dan fakta tapi apabila di dunia sebenar, mulut bagaikan terkunci rapat dan tangan aktif menekan punat telefon bimbit.Malah tidak hairanlah...

Pokai lepas raya

Peruntukan kewangan antara bajet penting yang harus diutamakan ketika Syawal menjelma. Segala persiapan dari segi pakaian, peruntukan duit raya, kos perjalanan untuk pulang ke kampung, kos selenggara kenderaan hingga ke juadah makanan perlu diawasi dan dirancang dengan bijak.Mereka yang berkemampuan tiada masalah. Namun bagaimana pula golongan yang tak berhemah dan terlalu ghairah untuk memiliki barangan keperluan raya? Isu ini tidak timbul jika individu itu melakukan perancangan awal. Sebelum beli keperluan raya, perlu ‘beringat’ kesan buruk yang bakal berlaku jika boros dalam berbelanja. Tak salah jika sakan membeli kerana raya...

Anak muda lebih suka beraya depan TV?

Tak payahlah bersungguh-sungguh membeli-belah pakaian dan kelengkapan beraya kerana penghujungnya, semua itu hanya terperap dalam almari kerana langsung tidak digunakan. Mana tidaknya, balik daripada sembahyang raya hinggalah penyudah, si anak muda lebih suka duduk terperap di rumah.Mak ayah dan adik-adik sibuk menziarahi rumah saudara tapi anak sulung entah ke mana. Itulah tabiat kebanyakan anak bujang hari ini yang langsung tidak sensitif mengenai pengertian sambutan hari raya. Mereka tidak menikmati dengan sepenuhnya, sebaliknya lebih gemar memilih duduk di rumah.Alasan? Sudah besar dan malu untuk keluar bersama keluarga lagi. ...

Mahasiswa Ditangkap meniru?

Kes meniru banyak berlaku dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT). Banyak laporan mereka ‘kantoi’ selepas berjaya ditangkap oleh ­pengawas yang menjaga dewan peperiksaan.Apakah mereka tak yakin dengan jawapan yang diberikan sehingga menjadi punca berkelakuan buruk itu? Dalam satu laporan media tidak lama dulu, seorang pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dari sebuah universiti ditangkap ketika menjawab peperiksaan yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang.Mahasiswa yang ditangkap itu sepatutnya tamat pengajian akhir selepas menduduki kertas peperiksaan terbabit tapi terpaksa ulang semula untuk...

Droid Maxx : Bateri tahan 48 jam

Baru-baru ini, syarikat yang sudah lama tidak meniti nama dalam industri mudah alih, Motorola Mobility mengeluarkan telefon terbaru mereka selepas syarikat terbabit diambil alih, Google.Bukan satu, Motorola menghasilkan tiga model sekali gus iaitu Droid Maxx, Droid Ultra dan Droid Mini yang turut mempamerkan kekuatan syarikat terbabit melalui ketahanan bateri luar biasanya.Droid Maxx direka berdasarkan rekaan unibodi lengkap bersama saiz skrin 5.0 inci yang ditetapkan pada skrin jenis AMOLED Gorilla Glass beresolusi 720 x 1280 piksel.Pada tahap kenipisan sehingga 8.5mm, Maxx mempunyai ketahanan bateri hebat iaitu 3500mAh yang mampu bertahan...

Adat naik buai rai si comel

Adat naik buai suatu ketika dulu pernah menjadi amalan lazim pasangan Melayu yang baru mendapat cahaya mata, namun ia semakin dilupakan generasi muda kini. Kebiasaannya adat ini yang juga dipanggil ‘berendoi’ dilakukan selepas upacara mencukur rambut bayi iaitu pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan atau hari terakhir berpantang ibu iaitu hari ke-44 selepas bersalin.Ia bagi meraikan kelahiran anak di dalam sesebuah keluarga selain memaklumkan kepada masyarakatMajlis naik buai Adat naik buai lazim­nya dilakukan masyarakat Melayu yang mengamalkan adat perpatih, namun amalannya masa kini ba­nyak perbezaan berbanding zaman dulu. Di...

Kemaruk seks dengan kucing

Gambar HiasanBoise (Idaho): Seorang lelaki yang gemar memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu, sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan.Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum...

Mayat wanita tinggal separuh dimakan kucing peliharaan

Gambar HiasanLondon: Seorang wanita Hampshire ditemui dengan tubuhnya tinggal separuh selepas dimakan oleh kucing peliharaannya berikutan mayatnya tidak ditemui selama dua bulan.Mayat Janet Veal ditemui di dapur kediamannya, dua bulan selepas dia meninggal dunia bersama sebilangan besar kucing dan anjing yang hidup dan juga yang sudah mati.Haiwan berkenaan terperangkap dalam ruang sempit bersama mayatnya dan kemungkinan tidak diberi makan sejak beberapa bulan. Pegawai polis yang berkunjung ke kediamannya menjelaskan bahawa mayat wanita berusia 56 tahun itu sudah “digigit dan dimakan” oleh haiwan peliharaannya.Jiran tetangga dikatakan...

Pukul isteri dalam lif, bukan guna alasan 'ajar'

Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya:DALAM suasana terkini yang hangat membincangkan tentang poligami, pagi ini saya dipertontonkan video dua minit lebih 'kebodohan' seorang suami yang begitu keras sehingga membelasah si isteri bertubi-tubi disaksikan dua pasang mata putera dan puteri mereka di dalam sebuah lif. Walau apapun alasan yang si suami berikan bagi menghalalkan pukulan-pukulan kebinatangan itu, Islam tetap mengharamkannya. Jangan sesekali menyelewangkan tafsiran ayat 34 Surah al-Nisaa' yang membenarkan pukulan untuk mengajar isteri yang nusyuz. Terlalu banyak ayat ALLAH dan petunjuk Nabi SAW tentang kasih sayang dan tolak ansur yang wajib...

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.