Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 nahas udara melibatkan VVIP di Malaysia

5-nahas-udara-melibatkan-vvip-di-malaysia
Malaysia telah digemparkan dengan berita nahas helikopter di Semenyih pada 4 April 2015 yang mengorbankan enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alia.

Sebenarnya, kemalangan udara ini bukan nahas pertama yang melibatkan orang kenamaan di Malaysia malah ia sudah berlaku sejak 1976.

Berikut adalah senarai nahas penerbangan udara melibatkan orang kenamaan sejak 1976.

6 Jun 1976 

Kemalangan udara yang berlaku pada jam 3.50 petang ini  mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan 10 VVIP  yang lain termasuk menteri kabinet apabila pesawat buatan Australia milik Sabah Air itu, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

10 Jan 1982 

Menteri Luar Negeri, Tun Mohd Ghazali Shafie, 50, terselamat dari nahas pesawat apabila pesawat Cessna 206 yang dinaikinya terhempas di gunung Kampung Som Som Hilir berhampiran Kampong Janda Baik, 37.5km dari Kuala Lumpur.

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

8 Mac 1987

Helikopter Alouette yang dinaiki Datuk Seri Najib Tun Razak, empat anak kapal dan penumpang dari Pekan ke Kuala Lumpur dilaporkan nahas di 49km Lebuhraya Karak-KL pada 8 Mac 1987.

Bagaimanapun, mereka semua selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

5 Mei 2013 

Helikopter yang dinaiki oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga dilaporkan mengalami masalah kawalan akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi.

Akibatnya, pesawat yang dinaiki mereka terbalik kerana tiupan angin yang kencang.

Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

4 April 2015 


Helikopter jenis AS365N2 Dauphin yang dinaiki oleh Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, 63, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alia terhempas di Kampung Sungai pening, Semenyih, Selangor.

Kejadian yang berlaku pada 4.55 petang ini,  mengorbankan enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alia.

Mereka dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.

Kredit Gambar: Pahang Daily

Sumber

LG AKA: Telefon comel warna-warni

Telefon pintar sering kelihatan terlalu eksklusif atau cuba direka premium menggunakan bahan seperti gelas, aluminum dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula kalau telefon pintar kelihatan ceria dengan warna-warni yang terang hanya dengan menggunakan plastik polikarbonat?

LG memenuhi permintaan terbabit dengan menghasilkan telefon pintar yang diberi nama LG AKA. Ia pertama kali diperkenalkan di Korea Selatan pada penghujung tahun lalu dan kini berada di pasaran.

INFO

LG AKA
- Harga: Tidak ditentukan
- CPU: Qualcomm Snapdragon 410, 1.2GHz
- Skrin: 5 inci
- RAM: 1.5GB
- Memori: 16GB
- Kamera: 8MP, 2.1MP (depan)
- Bateri: 2610mAh
- Dimensi: 138.7 x 71.9 x 9.9mm
- Berat: 157g
- OS: Android KitKat 4.4

Kredit Gambar : MyMetro

Sumber

Remaja ‘100 tahun’ meninggal dunia


remaja-100-tahun-meninggal-dunia
UNITED KINGDOM, (MLP) – Remaja yang menghidap progeria, Hayley Okines meninggal dunia Khamis lalu pada usia 17 tahun.

Berita itu disahkan ibu Hayley sendiri iaitu Kerry Okines menerusi status muat naik di Facebook.

“Anak kesayangan saya kini berada di tempat yang lebih baik. Dia menghembuskan nafas terakhir di dakapan saya pada pukul 9.39 malam,” ujarnya.

Yayasan Penyelidikan Progeria turut memuat naik status menyatakan berita yang sama beberapa jam kemudian.

Memetik laporan BBC, Hayley baru sahaja pulang ke rumah dari hospital sehari sebelum itu kerana menghidap radang paru-paru (pneumonia).

Bapa kepada Hayley menyatakan bahawa ‘kepulangan’ Hayley ke rumah itu mungkin untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.

Progeria adalah satu gangguan genetik yang sangat jarang berlaku. Ia terjadi kepada 125 kanak-kanak di seluruh dunia. Menurut USA Today, progeria menyebabkan Hayley meningkat usia lapan kali lebih cepat daripada biasa.



NIH melaporkan antara simptom mereka yang mengalami progeria adalah keguguran rambut, ketidakupayaan menaikkan berat badan, dan mempunyai ciri-ciri yang menyerupai orang yang tua, yakni penuaan di wajah.

Hayley sebelum ini digelar ‘remaja 100 tahun’ oleh para media di United Kingdom. Gadis istimewa itu sebelum ini diramal tidak akan hidup melepasi usia 13 tahun.

Sepanjang hidupnya, Hayley aktif membantu dalam mewujudkan kesedaran terhadap penyakit yang dihadapinya.

Selain dijadikan ujian untuk beberapa jenis ubatan di Amerika Syarikat, Hayley turut menulis memoir semasa berusia 14 tahun malah terus membuat penampilan untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

“Jauh di sudut hati, saya tidak berbeza daripada sesiapa. Kita semua manusia,” ujar Hayley dalam bukunya, Old Before My Time.

Kredit gambar: dailymail, pixgood
 

El, jejaka idaman Malaya


Drama Teman Lelaki Upahan dalam slot Akasia di TV3 telah pun menamatkan siarannya minggu lalu. Tetapi watak El atau Ezwan Lutfi, lakonan Ungku Ismail Aziz, terus menjadi sebutan ramai gadis di luar sana.

Watak El disifatkan ramai wanita sebagai lelaki idaman Malaya, bukan setakat punya wajah yang tampan, tetapi juga sifat peribadi yang dimilikinya boleh buat mana-mana wanita cair.



Kenapa agaknya El begitu digilai? Ada cara tak untuk lelaki lain menjadi lelaki yang digilai wanita seperti El?

Jawapannya, ada! Nak tahu? Teruskan membaca!

Jadilah lelaki yang romantik

Walaupun romantik kedengaran agak corny pada pendapat sesetengah orang, hakikatnya, women are sucker for this type. Tak ada wanita yang tak suka lelaki yang suka beri bunga, hadiah, ajak candle-lit dinner atau jalan-jalan tepi pantai. Tapi jangan melebih-lebih pula, nanti kami rimas!

Pandai bergurau dan menyakat



Lelaki pandai menyakat akan buat wanita rasa terhibur. Jangan risau kalau kami marah, sebab itu namanya marah-marah sayang. Mulut saja cakap sakit hati, sebenarnya suka!

Pandai memasak



Lelaki yang pandai memasak macam El adalah bonus berganda untuk wanita. Sesekali apa salahnya lari daripada stereotaip? Percayalah, lelaki yang sanggup ambil masa memasak akan buat si wanita rasa sangat dimanjakan!

Caring dan prihatin

When we talk, listen. Be there when we need you. Wanita secara semulajadinya memerlukan seorang lelaki yang boleh jadi kawan baiknya. You are there when we look back; someone we can rely on no matter what situation.


Kredit foto: says.com
 

Teh ais penyebab kegagalan buah pinggang


teh-ais-penyebab-kegagalan-buah-pinggang
Seorang lelaki yang berasal dari Arkansas mengalami kegagalan buah pinggang dan masalah itu dikaitkan dengan tabit minum teh ais yang keterlaluan.

Memetik laporan Associated Press, lelaki berusia 56 itu dilaporkan minum lebih 16 gelas teh ais bersamaan segelen pada setiap hari.

Black tea dilaporkan mengandungi banyak kompaun dipanggil oxalate. Menurut laporan LiveScience, oxalate sering dikaitkan dengan masalah melibatkan buah pinggang.

Seorang doktor yang membentangkankan kesnya dalam New England Journal of Medicine, mengatakan tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oxalate adalah lebih daripada 1,500mg dalam sehari.

Jumlah tersebut amat tinggi jika dibandingkan dengan rakyat Amerika secara purata.

Lelaki itu dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu. Pemeriksaan hospital mendapat air kencing pesakit berkenaan dipenuhi gentian kristal kalsium oxalate yang sering dikaitkan dengan penyakit batu karang.

Dia kini menjalani rawatan dialisis dan mungkin bergantung padanya untuk seumur hidup.

“Kami tidak pernah menasihati atau menghalang orang ramai dari minum teh. Jika anda sihat dan minum teh secara sederhana, ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang,” jelas para penyelidik.

Tambahan pula, kajian terdahulu pernah mencadangkan bahawa jumlah pengambilan teh yang munasabah dapat membendung masalah kesihatan seperti batu karang,” ujar penyelidik luar kepada Reuters.

Oxalate turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum.

Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih 50mg oxalate dalam sehari tetapi rakyat Amerika kebiasaannya mengambil sekitar 152mg hingga 511mg.

Kredit gambar: halrothphotography
 

Kasanova Britain miliki 40 anak


kasanova-britain-miliki-40-anak
LONDON, (MLP) – Seorang lelaki di Britain dianggap sebagai bapa paling banyak zuriat kerana mempunyai seramai 40 anak hasil hubungannya dengan 20 wanita.

Menurut Mike Holpin, 56, dia masih mempunyai keinginan untuk menambah zuriatnya walaupun sukar untuk dia mengingati nama mereka.

Difahamkan, seramai 22 anaknya diberi nama keluarganya manakala 18 lagi tidak berbuat demikian.

Mike berkata, dia sebenarnya tidak mengetahui bilangan sebenar anaknya dan kemungkinan besar, dia masih mempunyai ramai lagi yang tidak diketahui.

Semua anaknya dilaporkan berusia antara tiga hingga 37 tahun.

Kejadian ini adalah disebabkan sikapnya yang suka berfoya-foya dengan wanita dan tidak menggunakan kaedah mencegah kehamilan.

Holpin kini berusaha mencari semua anaknya dan mencacah tatu nama mereka di belakangnya sebagai cara untuk mengingati mereka.

“Saya sebelum ini mengalami ketagihan alkohol yang teruk menyebabkan ramai anak saya dijaga ibu mereka atau jabatan kebajikan,” katanya.

Holpin kini sudah berjaya mengatasi masalah ketagihan itu dan berazam untuk bertemu dengan semua anaknya.

Kredit Gambar: NewsHub

Hampir hilang alat sulit kerana eksperimen!


video-hampir-hilang-alat-sulit-kerana-eksperimen Apa akan terjadi apabila satu eksperimen sains tidak menjadi? Semua orang tahu eksperimen sains perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana jika salah teknik, ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Namun malang nasib seorang pembantu makmal apabila dia yang rela menjadi tikus putih untuk satu eksperimen Fizik, menjadi mangsa apabila berlaku sedikit kesilapan dalam pelaksanaan eksperimen.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Oregon, Amerika Syarikat ini, seorang guru cuba untuk mendemonstrasikan bagaimana untuk memecahkan satu blok yang diletakkan di atas badan seorang pembantu makmal, menggunakan kapak.

Hayunan kapak kali pertama bagaimanapun tersasar, dan terkena alat sulit pembantu makmal tersebut!

Namun guru berkenaan tetap meneruskan eksperimen selepas itu.

Pembantu makmal itu bagaimanapun nampaknya tidak mengalami kecederaan. Namun dia dikhabarkan terpaksa "berjalan dalam gaya yang pelik" selama beberapa hari selepas itu.

Sumber

230 Kereta Musnah, Adik Ganti Paul Walker Jayakan Furious 7

KL, 3 APRIL 2015: Sejak mula ditayangkan diseluruh dunia, filem terbaru dari antara franchais filem paling berjaya pernah dihasilkan, Fast & Furious 7 terus menjadi topik perbualan ramai khususnya peminat filem ini.


Antara yang hebat diperkatakan adalah penampilan Paul Walker di dalam filem terakhir lakonan aktor tersebut sebelum meninggal dunia dalam kemalangan pada November 2013. Ketika itu Paul baru sahaja dua bulan berada di lokasi namun filem ini masih mampu dihabiskan.


Sebenarnya proses menghidupkan semula Paul Walker telah melibatkan beberapa pelakon pengganti. Antara yang terlibat adalah dua orang adiknya, Caleb Walker untuk meniru gerak tubuh Paul, manakala Cody Walker untuk mendapatkan renungan dan bentuk muka Paul.


Tidak cukup dengan itu, terdapat dua lagi orang yang diminta untuk menjadikan Brian O’Connor masih lagi ada dan tidak meninggalkan kumpulan yang menggilakan dunia automobil dan permotoran itu. Teknik CGI turut membantu merealisasikan Fast Furious 7 dengan kehadiran Brian O'Connor.


Dalam pada itu, filem berkisarkan dunia automobile yang juga mengikuti trend semasa permotoran dunia ini juga menampilkan Vin Diesel yang bertindak sebagai penggerak utama kepada kumpulan ini.


Difahamkan untuk filem ketujuh ini sahaja sebanyak 230 buah kereta telah musnah atau tidak boleh diselamatkan lagi. Ia lebih banyak khabarnya daripada siri sebelumnya diaman mereka telah menghancurkan sebanyak 25 kereta setiap hari penggambaran.


Namun tidak dinyatakan pula jumlah yang terpaksa ditanggung pembikin filem ini mengenai kos mereka untuk memusnahkan sebanyak 230 buah kereta demi menjayakan filem ini.


Vin Diesel dalam sebuah temuramah berkata bahawa dia berharap filem ini akan tercalon untuk kategori Filem Terbaik atau Best Picture di Oscars akan datang. Tetapi jika ia tidak berlaku, Fast & Furious & pasti akan menjadi filem yang paling mengharukan untuk cerita bergenre aksi sebegini.

Sumber

Barangan Sifar GST


4 sebab Dato’ Siti digemari ramai


4-sebab-dato-siti-digemari-ramai
Datin Seri Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin yang merupakan seorang penyanyi terkenal telah memulakan kerjaya seusia 16 tahun selepas memenangi satu pertandingan nyanyian Bintang HMI 1995. 

Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia hiburan, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002.

Penyanyi yang cantik ini mempunyai beribu – ribu peminat setia yang juga menjadi salah satu faktor kejayaan beliau. 

Sempena minggu Siti Nurhaliza di MLP News, kami telah berkongsi 4 sebab kenapa Siti digemari ramai. 

Bakat yang hebat

Kita semua tahu bahawa Dato’ Siti Nurhaliza merupakan seorang yang diberkati dengan bakat yang hebat. Siapa tidak suka suka Siti menyanyi? Hampir semua lagu Siti berjaya menarik hati pendengar dan kegemilangan bukan sahaja di negara kita malah juga di luar negara. 

Rajin dan tidak berputus asa

Siti membuktikan bahawa kejayaan seseorang tidak hanya bergantung kepada pendidikan yang tinggi. Walaupun Siti tidak memperoleh ijazah, perkara ini tidak menyebabkan beliau untuk berputus asa sebaliknya berusaha untuk mencapai sesuatu dalam kehidupannya. Kemenangan Siti dalam pertandingan Bintang HMI 1995 telah menjadi titik permulaan kerjaya seninya. Dengan usaha yang gigih, kini Siti mendapat gelaran Dato’ dan menjadi salah seorang artis terkenal di negara kita.  

Berbudi bahasa

Penyanyi ini tidak pernah berhadapan dengan kontroversi. Walau dimanapun, beliau tidak pernah bersikap kurang sopan atau angkuh. 

Paras rupa yang cantik

Cantik dan manis! Tak jemu kita tengok wajah Siti ini. Dengan paras rupa yang manis dan suara yang merdu, penyanyi ini berjaya menawan hati peminatnya.
 

Hidang mertua air teh campur kencing selama setahun


hidang-mertua-air-teh-campur-kencing-selama-setahun
INDIA, (MLP) - Seorang wanita didakwa menyediakan hidangan teh bercampuran air kencing untuk ibu bapa mertuanya selama setahun. 

Perbuatan kejinya terbongkar selepas ibu mertuanya melihat sendiri perbuatan anak mertua, Rekha Nagvanshi, 30 yang sedang mencampurkan kencing di dalam teko untuk dihidangkan kepada mereka.

Media melaporkan, perbuatan wanita tersebut adalah sebagai tindakan membalas dendam terhadap ibu bapa mertuanya kerana tidak membenarkan suaminya, Deepak, 34, melakukan kerja rumah.

Rekha juga dikatakan tidak gembira dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga dengan Deepak dan pernah mahu meninggalkan lelaki itu.

Dia bagaimanapun dihalang oleh suaminya demi anak perempuan mereka yang baru berusia empat tahun.

Selepas ibu bapa mertuanya, Suraj, 60, dan Ajith, 55 tangkap perbuatan keji Rekha, mereka membuat laporan polis terhadapnya. 

Dia kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis namun polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan.

Ibu bapa mertuanya bagaimanapun mengupah seorang peguam untuk mengambil tindakan ke atas Rekha.
Kredit Gambar: Farmo

Perkhidmatan Sifar GST


April Fool: Wanita mendapat BMW percuma apabila gurauan menjadi nyata


april-fool-wanita-mendapat-bmw-percuma-apabila-gurauan-menjadi-nyata
Rupanya iklan BMW New Zealand dalam surat khabar tidak semata – semata direka untuk menipu orang ramai. 

Syarikat itu menyebarkan iklan gurauan sempena "April Fool" dalam akhbar pada hari Rabu, yang menyatakan bahawa pengguna yang datang kepada pengedar Auckland dengan keratan dan bertanya untuk "Tom" akan berpeluang untuk menukar kereta lama mereka kepada BMW baru.

Iklan gurauan yang disiarkan pada semua akhbar akhirnya ternyata benar. 

Apabila Tiaana Marsh dari Auckland, New Zealand, berjalan masuk dengan keratan tersebut, pengurus mengejutkan dia dengan sebuah kereta BMW jenama baru.

Mesti ramai yang menyesal untuk menganggap berita itu sebagai berita palsu April Fool.


Nyaris maut minum coklat luput 25 tahun lalu

Vicenza (Itali): Seorang nenek secara tidak sengaja meracun diri, suami, anak lelaki, cucu dan seorang rakan mereka selepas menyediakan minuman coklat panas daripada peket yang tarikh luputnya 25 tahun lalu.

Rossetta, 77, dari Vicenza, bandar di timur laut Itali, menyediakan minuman itu selepas diminta oleh cucu dan rakannya yang berusia antara sembilan dan 12 tahun.

Dia juga membancuhnya untuk anak lelaki, suami dan dirinya. Tidak lama selepas itu, mereka dibawa ke hospital kerana sakit perut dan muntah.

Menurut media tempatan, pihak berkuasa mengesan punca itu pada minuman berkenaan yang tamat tempoh pada 1990.

Rossetta dipercayai membeli minuman itu pada hujung 80-an.

Serbuk coklat itu tersimpan sekian lama dalam almari hinggalah cucunya meminta Rosetta menyediakan minuman coklat.

Rosetta menjumpai bungkusan serbuk coklat berkenaan dan membancuhnya dengan susu panas sebelum menyajikan kepada mereka.

Suaminya mula muntah dan sakit perut kira-kira sejam selepas meminum minuman itu, diikuti dirinya, kanak-kanak berkenaan dan anak lelakinya.

Mereka dikejarkan ke unit kecemasan untuk diberi rawatan.

Walapun kejadian itu tidak disengajakan, wanita itu berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan. - AFP

Sumber

Bayi lahir tanpa hidung


bayi-lahir-tanpa-hidung
AMERIKA SYARIKAT, (MLP) - Seorang bayi di Alabama dilahirkan tanpa hidung, namun setakat ini bayi lelaki itu menjalani hidup dengan normal.

Eli Thompson yang dilahirkan 4 Mac lalu, disahkan doktor mengalami masalah congenital arhinia, sejenis kecacatan rupa paras yang sangat jarang ditemui.

Menurut artikel yang dikeluarkan Perpustakaan Perubatan Kebangsaan Amerika, masalah kecacatan ini hanya dikesan pada 43 orang bayi semenjak tahun 1931.

Eli yang bernafas melalui mulut sebaik dilahirkan telah menjalani pembedahan tracheotomy untuk membantunya bernafas.

Kerana pembedahan itu, Eli tidak boleh mengeluarkan bunyi apabila menangis. Justeru, ibu dan bapanya perlu sentiasa memantau Eli.

Ibu bapa Eli juga telah membuat keputusan untuk tidak membuat pembedahan plastik, sebaliknya mahu menyerahkan pilihan itu pada Eli apabila dia dewasa kelak.

Foto: Buzzfeed
 

Ulasan filem: Furious 7


ulasan-filem-furious-7
Sudah hampir 14 tahun sejak tayangan pertama francais The Fast and the Furious menemui pawagam. Kini Furious 7 menjadi filem terakhir serta penutup kepada siri filem antara paling popular di zaman moden ini.

Furious 7 merupakan sekuel kepada filem Fast & Furious 6 (The Fast and the Furious: Tokyo Drift secara kronologi), ditulis oleh Chris Morgan dan diarahkan oleh James Wan.


Selepas menewaskan Owen Shaw dan krewnya di London, Dominic Toretto (Vin Diesel), Brian O'Conner (Paul Walker) dan ahli-ahli kumpulan mereka pulang semula ke Amerika Syarikat dan menjalani kehidupan yang normal.

Walau bagaimanapun, abang kepada Owen, Deckard Shaw (Jason Statham) mahu membalas dendam kepada Dom dan ahli-ahli kumpulannya. Selepas dikejutkan dengan berita kematian Han, Dom dan seluruh ahli krewnya mahu mencari lelaki yang bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

Filem aksi ini merupakan filem terakhir lakonan Paul Walker yang meninggal dunia pada 30 November 2013 semasa proses perfileman masih berjalan.


Selepas kematian Paul, proses rakaman ditangguhkan kerana olahan semula skrip. Adik-beradik Paul iaitu Caleb dan Cody Walker membantu untuk menghabiskan baki rakaman yang tingggal.

Sejak tayangan filem Fast Five pada April 2011, seluruh jalan cerita francais ini hampir diolah sepenuhnya dan tidak hanya tertumpu kepada perlumbaan kereta semata.


Penambahan elemen aksi pertempuran, rompakan dan risikan sekaligus membuatkan filem-filem The Fast and the Furious satu siri yang menarik dan tidak cliché.

Furious 7 masih mengekalkan perlumbaan dan penggunaan kereta berhalaju tinggi sebagai latar cerita tetapi suntikan ideologi pembalasan dendam, stunt di luar norma logik serta aksi pertempuran yang mantap mampu memuaskan para peminatnya. Malah penonton yang baru kali pertama menyaksikan.

Antara babak-babak yang pastinya menjadi ingatan tentunya seleksi perlawanan di antara karekter Deckard Shaw bersama Dominic Toretto atau Luke Hobbs (Dwayne Johnson). Beberapa aksi yang melibatkan ketinggian serta kereta berharga jutaan juga mampu membuatkan audien terpegun.


Penampilan pejuang MMA, Ronda Rousey ternyata menambah lebih aksi kepada Furious 7 selain kemunculan istimewa Iggy Azalea semasa adegan di litar lumba.

Istimewa buat para peminat Paul Walker, anda dinasihatkan supaya membawa tisu atau kain pengelap sekiranya menonton klip tribute di pengakhiran cerita.


Rating: 4/5

Kredit gambar: comicbook, superstreetonline, huffpost, liveforfilms, tumblr
 

Siti's 20th anniversary: 11 fakta anda patut tahu


siti-s-20th-anniversary-11-fakta-anda-patut-tahu
1 April, genap 20 tahun pembabitan Datuk Siti Nurhaliza bergelar penghibur. Dari muda sehinggalah yang tua, tak kira apa bangsa sekalipun, nama Siti diakui sebagai antara penghibur terhebat pernah dilahirkan negara.

Apa kata kita imbas kembali sedikit fakta tentang biduanita muda ini.

1. Dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lipis.

2. Mewarisi darah seni keluarganya, khususnya di sebelah ibunya, Siti Salmah Bachik. Datuknya merupakan seorang pemain biola yang sering memainkan lagu-lagu tradisional.

3. Sangat aktif dalam sukan ketika di zaman sekolah, antaranya bola jaring dan hoki.

4. Diberitakan pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA selepas SPM, namun memilih untuk memberi tumpuan pada kerjaya seni yang baharu bermula ketika itu.

5. Sangat menggemari warna hijau.



6. Jika tidak bergelar penyanyi, Siti mungkin menjadi anggota polis atau guru.

7. Antara anugerah antarabangsa yang dimenangi Siti ialah Vokal Terbaik (South Pacific International Song Contest - Australia), Anugerah Emas (Asian Music Festival - China) dan Grand Prix (Voice of Asia Festival - Kazakhstan)

8. Walaupun sudah lebih 6 tahun menarik diri dari Anugerah Juara Lagu, namun sehingga kini Siti masih memegang rekod penyanyi paling banyak memenangi anugerah berprestij berkenaan.

9. Abang Siti, Saiful Bahri atau Ayie pernah melahirkan dua album sebelum menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya adiknya.

10. Vokal Siti diiktiraf antara yang terbaik pernah wujud di Malaysia, dengan 12 kali kemenangan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), 8 kali daripadanya dimenanginya berturut-turut.

11. Sudah memiliki 16 buah album studio dan 6 album rakaman konsert live.

Foto: Rotikaya, Malaysian Gazette

Sumber

Leter suami dari 'kubur'


leter-suami-dari-kubur
ENGLAND, (MLP) - Seorang lelaki percaya isterinya yang sudah meninggal dunia masih menjaga dan meleternya setiap kali dia melakukan kesalahan.

Ted Wiseman, 79, dari Halesowen berjumpa pawang apabila menyedari 'hantu' isterinya cuba menghubungi dengan cara mengubah kedudukan pinggan ketika dia sedang makan di sebuah restoran.

Semenjak itu, banyak kejadian aneh berlaku pada dirinya dan Ted percaya ia adalah 'hasil kerja' isterinya.

"Saya tinggalkan tuala di atas katil, tetapi apabila mahu mengambilnya, ia sudah diletakkan di tempat yang sepatutnya," kata Ted kepada portal berita Metro.

Hantu isterinya itu turut membantunya menyiapkan basuhan pakaian, selain meleternya setiap kali dia naik ke atas katil dengan memakai selipar.

Isterinya, Yvonne, yang dikahwini selama 46 tahun, meninggal dunia akibat strok pada bulan Mei 2014.

Foto: Daily Mail
 

Minyak wangi dengan haruman burger?


minyak-wangi-dengan-haruman-burger Sempena menyambut International Whopper Day pada tahun ini, Burger King bercadang untuk mengeluarkan satu minyak wangi istimewa yang mempunyai haruman seperti burger Whopper.

Wangian berkenaan akan dikeluarkan di Jepun dan dinamakan Flame Grilled. Khabarnya ia akan dijual pada harga £27 (RM148) sebotol.

Kebenaran mengenai berita tersebut masih tidak dapat disahihkan. Ada yang berpendapat ia adalah satu gurauan ekoran International Whopper Day disambut setiap 1 April.

Namun meskipun ianya satu gurauan tetapi Burger King sebelum ini pernah mengeluarkan minyak wangi diberi nama Flame sekitar 2008. Begitu juga Pizza Hut dengan semburan Eau De Pizza Hut yang menemui pasaran pada tahun 2012.


Penyebaran beberapa siri iklan menguatkan lagi berita tersebut. Iklan berkenaan bukan sahaja menarik malah menampilkan parfum tersebut dalam latar yang sungguh mempersona!

Bukan itu sahaja, malah video promo bagi Flame dahulunya membantu menguatkan lagi khabar itu. Benar agaknya anda mampu memiliki semburan wangi yang menjadikan pemakai berbau seperti burger sepanjang hari!

Adakah anda akan membelinya?

Sumber

Rela mati kerana isteri tidak cantik


rela-mati-kerana-isteri-tidak-cantik
CHINA, (MLP) - Seorang pengantin lelaki cuba membunuh diri kerana dipaksa mengahwini wanita yang tidak cantik. 

Menurut pihak polis, mereka tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan yang mengatakan lelaki dikenali sebagai Kang Hu cuba melemaskan dirinya. 

Lelaki itu sempat diselamatkan dan dibawa keluar dari air dan dibawa ke hospital untuk diberi rawatan. 

Keadaannya kini dilapor stabil.

Menurut pegawai Hou Kunshan, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila melihat seorang lelaki terapung dengan muka mengadap ke bawah air.

“Apabila mendekati lelaki terbabit, barulah kami menyedari dia cuba membunuh diri,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Apabila disoal oleh polis akan tindakannya, dia menyatakan bahawa dia kecewa isterinya tidak cantik. 

“Saya tidak gembira dengan perkahwinan yang dirancang oleh keluarga kerana wajah wanita itu hodoh, dan sebab itulah saya membuat keputusan untuk membunuh diri,” katanya. 

Popular Minggu Ini

Kategori

Kongsikan

Powered by Blogger.